DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, September 27, 2012

RAMAI makhluk peROSAK di IPT terHINA dengan keMENANGan PRO-ASPIRASI di sana..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pertama sekali, kita ingin UCAPkan TAHNIAH kepada MAJORITI generasi MUDA di IPT yang memilih PRO-ASPIRASI sebagai peMENANG pilihanraya KAMPUS.. Kalau diIBARATkan pilihanraya KAMPUS ini sebagai GAMBARan PRU-13, tak MUSTAHIL ianya akan memperLIHATkan keputusan yang SAMA.. ->KLIK<

Kalau PRO-ASPIRASI diGAMBARkan KONONnya seperti UMNO/BN manakala PRO-MAHASISWA pulak ialah PR, jelas sekali keMENANGan PRO-ASPIRASI ini mengGUSARkan puak-puak PR yang meMOMOKkan KONONnya generasi MUDA hari ini bersama mereka.. NAMPAKnya jelas sekali SIAPA pilihan mereka kini..

Dalam KONTEKS yang diNYATAkan, kita PERCAYA keMENANGan PRO-ASPIRASI ini memBUKTIkan keWIBAWAan generasi MUDA di IPT untuk meneruskan dan meWARISi kePIMPINan NEGARA ini.. Dengan KATA lain, sudah tiba MASAnya generasi MUDA seperti mereka ini diajak bersama-sama kerajaan untuk memBANGUNkan NEGARA tanpa perlu memperBODOHkan diri dengan SLOGAN 'New POLITICs' yang cuba diSEMAIkan oleh seorang Timbalan MENTERI.. Seharusnya Timbalan MENTERI yang diMAKSUDkan dan didapati semakin menJAUHkan diri dari keHIDUpan KAMPUS menyedari HAKIKAT keGAGALan SLOGANnya itu! Kesian dia..

Begitu jugak dengan si DUNGU ini yang KONON-KONONnya cuba berLAGAK meWAKILi MAHASISWA sedangkan ada beRIBU orang lagi MAHASISWA yang jauh lebih MULIA dan INTELEKTUAL berbanding mereka yang 'DROP' ini.. 

Sekarang apa lagi MODALnya untuk KELENTONG KONONnya dia meWAKILi suara mereka yang berada di KAMPUS? Tak pasal-pasal masa DEPANnya dah JAHANAM! Atau mungkin masih boleh diSELAMATkan lagi jika dia sanggup menjadi CALON 'Coffee BOY' kepada Penasihat PKR? Jangan BIMBANG, kita PERCAYA RAMAI lagi yang seDUNGU dengannya akan MENYOKONG kariernya!

Dalam pada itu, keMENANGan BESAR PRO-ASPIRASI ini jugak seharusnya diLIHAT sebagai satu TAMPARan kepada beberapa PROFESOR 'KANGKONG' dan SAINTIS 'KONG kali KONG' yang rajin buat 'SURVEY' dan ANALISA untuk kePENTINGan POLITIK pihak tertentu.. Ada aje 'SURVEY' untuk kaji POPULARITI kerajaan setiap kali timbul ISU yang BERAT untuk diJAWAB oleh puak-puak PR CONTOHnya isu JET MEWAH dan penajaan ZIONIS terhadap NGO HARAM seperti SUARAM.. Atau mungkinkah ANALISA yang dikeluarkan oleh UMCEDEL ini salah 'TIMING' dan TIDAK diSENGAJAkan? HE!HE!HE! ->KLIK<- 

Pada kitalah, 'SURVEY' ini hanya KELUAR jika SENARIO hari ini TIDAK memihak kepada PR.. Apa pun tentunya TIDAK ADIL untuk berKATA demikian kerana wujud jugak 'SURVEY' yang berpihak kepada UMNO/BN oleh UIA dan Jabatan PENERANGAN.. Namun, yang PENTING ialah perlunya PROFESOR 'KANGKONG' dan SAINTIS 'KONG kali KONG' yang KONONnya PERASAN mereka aje yang PANDAI ini diperINGATkan bahawa bukan SEMUA orang yang berada di luar KAMPUS ini boleh diperBODOHkan sebegitu MUDAH.. Jangan INGAT golongan yang ada 'MASTER' dan PhD itu hanya wujud di KHALAYAK mereka sahaja!

PROFESOR 'KANGKONG' dan SAINTIS 'KONG kali KONG' ini LUPA bahawa dengan perKEMBANGan PESAT penDIDIKan NEGARA, semakin RAMAI orang biasa dapat meMILIKki SIJIL yang SAMA dengan mereka di luar KAMPUS.. Jadik, setakat 'SURVEY' dengan DATA 'SAMPLING' tak SAMPAI pun 0.001% JUMLAH penduduk NEGARA, ianya hanya menCERMINkan keDUNGUan mereka yang KONONnya berlindung disebalik 'TITLE' dan JENAMA IPT tersebut.. SAMAlah dengan Lebai-Lebai DUNGU PAS yang KAGUM KONONnya Penasihat PKR tu ada 'TITLE' DOKTOR PhD tanpa menyedari itu adalah KURNIAan ZIONIS Neo-CON tanpa dia perlu buat apa-apa THESIS pun!
  
REALITInya, kita PERCAYA bahawa MAHASISWA PRO-ASPIRASI mampu memBERIkan 'SURVEY' yang lebih BAIK daripada apa yang diTUNJUKkan ini.. Sudah LUMRAH bahawa suatu hari seorang MURID pasti akan mengatasi GURUnya.. Jadik, janganlah TUNGGU bila ILMU SESAT tuh meMAKAN diri sendiri.. Janganlah meROSAKkan tahap INTELEKTUAL dan keILMUan dengan POLITIK yang dibawakan oleh pihak yang jauh lebih BODOH! ILMU itu akan berMANFAAT jika ianya berGUNA bagi mereka yang memPELAJARinya.. Kalau ILMU itu sudah ROSAK dek kerana FAHAMan POLITIK? Ada MANFAAT lagi ke?

Wallahualam..     

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS