DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, September 18, 2012

'BOSS' Pemuda UMNO dan Lebai-Lebai DUNGU PAS adakan DEMONSTRASI memBANTAH filem 'Innocence of MUSLIM' untuk memPOPULARkan diri sendiri aje?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kenapa agaknya tiba-tiba 'BOSS' Pemuda UMNO dan Lebai-Lebai DUNGU PAS merasa SENSITIF dan mahu mengadakan DEMONSTRASI terhadap penerbitan FILEM 'Innocence of MUSLIM'? Sedangkan sebelum ini mereka SEMUA pakat MENYEPI dan buat BODOH aje dalam ISU-ISU umat ISLAM lain seperti penindasan ETNIK Rohingya di Myanmar serta ISU umat ISLAM di Selatan Thai dan Selatan Filipina? DiFAHAMkan 'BOSS' Pemuda UMNO hendak mengadakan BANTAHan ala 'RAKSASA Ultraman' pada Jumaat ini berhubung dengan penerbitan FILEM tersebut dan turut mengajak Lebai-Lebai DUNGU PAS bersama-sama.. KONON-KONONnya nak bagi 'GEMPAK' la tuh.. ->KLIK<-

Secara JUJURnya, kita TIDAK NAMPAK pun keIKHLASan 'BOSS' Pemuda UMNO dan Lebai-Lebai DUNGU PAS di sebalik pengANJURan DEMONSTRASI tersebut Jumaat ini.. TIDAK diNAFIkan penerbitan FILEM sedemikian adalah salah satu daripada AGENDA ZIONIS Neo-CON untuk mengHINA umat ISLAM.. Namun demikian, LOGIKkah mereka ini bersungguh-sungguh berDEMONSTRASI memBANTAHnya sedangkan mereka ini jugak terang-terangan berSEKONGKOL dengan PENYOKONG ZIONIS Neo-CON di NEGARA ini?


Lebai-Lebai DUNGU PAS berSEKONGKOL dengannya di dalam PR sementara 'BOSS' Pemuda UMNO tuh pulak pernah 'VOLUNTEER' jadik 'PemBAWA PASSPORT' kepada INDIVIDU itu?


Jadik, di manakah RASIONALnya untuk tiba-tiba aje mereka ini nak berDEMONSTRASI menunjukkan diri masing-masing pejuang ISLAM KONON-KONONnya? Sedangkan AGENDA ZIONIS Neo-CON depan MATA dalam NEGARA sendiri mereka SENGAJA buat TAK NAMPAK? Dah tu siap HULUR tangan pulak untuk menJAYAkannya? Bukankah sebaiknya diNYATAkan aje DEMONSTRASI ini TIDAK kerana ISU penerbitan FILEM 'Innocence of MUSLIM' sebaliknya,

1) 'BOSS' Pemuda UMNO ingin menunjukkan kepada DS Najib KONONnya dia masih berPENGARUH, masih 'GLAMOUR' dan TIDAK patut diPINGGIRkan sebagai CALON PRU-13..

2) Lebai-Lebai PAS masih ingin berLAKON KONONnya mereka lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain walaupun terpaksa 'Sorokkan TELOQ' bila diSERGAH dek sekutu mereka DAP La'anatullah asal berCAKAP pasal ISLAM?

Seperti yang kita KATAkan, SENSITIVITI yang diTUNJUKkan oleh 'BOSS' Pemuda UMNO dan Lebai-Lebai DUNGU PAS secara tiba-tiba ini sebenarnya menJIJIKkan dan TIDAK NAMPAK pun keIKHLASan mereka.. Kalau setakat nak menunjuk-nunjuk atau memperBODOHkan RAKYAT, hentikan aje.. RAKYAT dah kenal sangat-sangat mereka ni.. Kalau TIDAK kerana tujuan POLITIK PERIBADI masing-masing, TAK adanya mereka PEDULI dengan ISU ini.. Anda boleh TANYAkan setakat mana SENSITIVITI mereka ini dalam ISU-ISU meLIBATkan umat ISLAM sebelum ini samada di NEGARA sendiri atau di NEGARA luar? Takkan tiba-tiba aje nak TONJOLkan diri ala-ala ARTIS 'GANGNAM STYLE'?

Kerajaan Malaysia dah berTINDAK BIJAK dengan memutuskan AKSES terhadap FILEM tersebut menerusi YOUTUBE.. Namun demikian, BANYAK lagi yang boleh diLAKUkan oleh Kerajaan Malaysia terMASUKlah mengHANTAR Nota BANTAHan kepada DUTA US, meNILAI semula beberapa kerjasama perDAGANGan atau mengHADkan keMASUKkan dana-dana HARAM ZIONIS Neo-CON untuk kegiatan POLITIK tokoh-tokoh tertentu di NEGARA ini.. Pada kita, USAHA-USAHA sedemikian lebih memBERI makna dan IMPAK daripada berDEMONSTRASI dan beKERJASAMA dengan 'PeRUSUH' Lebai-Lebai DUNGU PAS yang sebelum ini menJAYAkan agenda ZIONIS Neo-CON untuk meREPUBLIKkan NEGARA ini..



TUN Dr. Mahathir dah TUNJUKkan CONTOH yang amat BAIK tentang bagaimana kita mampu untuk saling beKERJASAMA sesama umat ISLAM.. TAK perlu pun turun berDEMONSTRASI atau meRUSUH ala-ala Lebai-Lebai DUNGU PAS semasa BERSIH 3.0 dulu! Namun, TUN Dr. Mahathir inilah yang diGELARkan 'MAHAFIRAUN' oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS dan segelintir juruBLOG yang SENGAJA diPELIHARA oleh 'BOSS' Pemuda UMNO untuk KARIER POLITIKnya..


Apabila DS Najib bersama-sama mengANJURkan perMUAFAKATan sesama umat ISLAM bersama-sama MANTAN Timbalan PRESIDEN PAS, GAMBARnya diPIJAK dan NAMAnya diHINA oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS.. MASA tuh, adakah 'BOSS' Pemuda UMNO tampil ANJURkan DEMONSTRASI memBELA DS Najib? Ada ke?

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

hanya hang yang betul...

fikri said...

Saja nak buat gempaklah kononnya....nak menunjukkan dia masih relevan mengapa masa Bersih 3 diadakan mengapa tak dibuat perhimpunan raksaksa untuk melawan?

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Err.. DS Najib buat HIMPUNan kat STADIUM Nasional.. Mungkin ALASAN yang sama tak boleh dipakai? HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS