DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, September 14, 2012

Kenapa Pok Nik KONFIDEN aje nak BUBARkan DUN Kelantan SERENTAK dengan PARLIMEN diBUBARkan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita PERCAYA RAMAI di kalangan ahli-ahli UMNO/BN yang GELAK berGULING-GULING apabila meLIHAT puak-puak PR TIDAK SEPAKAT untuk memBUBARkan DUN masing-masing serentak dengan PARLIMEN diBUBARkan pada PRU-13 nanti.. Dari satu SUDUT, memang ianya tampak LUCU lagi memBODOHkan orang.. Namun, dari satu SUDUT yang lain, mungkin itu jugak satu TAKTIK yang diRANCANG bagi mengHURU-HARAkan NEGARA ini secara berTERUSan walaupun PRU-13 telah SELESAI.. Kalau diLIHAT lebih terPERINCI, ianya menyeRUPAi TAKTIK 'BOSS' Pemuda UMNO yang KALAH semasa penCALONan untuk JAWATAN tersebut di CAWANGAN dan BAHAGIAN tapi MENANG di PWTC..

Dalam satu pePERANGan BESAR, bukan SEMUA pasukan TENTERA perlu diKERAHkan ke barisan HADAPAN.. TAMBAH pulak jika pasukan TENTERA itu sebenarnya LEMAH tetapi SENGAJA meNAMPAKkan diri mereka masih GAGAH.. Untuk pasukan TENTERA begini, apa yang perlu diLAKUkan ialah meLENGAH-LENGAHkan MUSUH dari sampai ke keDUDUKan mereka.. Macam perang GERILA jugaklah.. Sebab itulah sampai sekarang Taliban GAGAL diTEWASkan TENTERA NATO.. TAKTIK yang SAMA mungkin di'CILOK' oleh puak-puak PR bagi mengHADAPi PRU-13 kali ini.. Dengan KATA lain, mereka ENGGAN BUBARkan DUN serentak dengan PARLIMEN untuk meLENGAHkan keMARAan UMNO/BN..

Kenapa pulak Pok Nik 'ALAIHISSALAM' nak BUBARkan DUN serentak dengan PARLIMEN? Untuk ini, anda harus SEDAR di kalangan NEGERI 'JAJAHan' PR, Kelantan adalah NEGERI paling KUKUH dan sukar diTEMBUSi oleh UMNO/BN.. Ini kerana UMNO/BN masih GAGAL mengawal NAFSU para PEMIMPIN mereka di Kelantan walaupun PRU-13 semakin DEKAT.. Ini dah pun diDEDAHkan oleh juruBLOG KICKDEFELLA beberapa HARI lepas.. ->KLIK<-

BerDASARkan keadaan inilah Pok Nik 'KONFIDEN' aje nak BUBARkan DUN Kelantan serentak dengan PARLIMEN sekaligus meLETAKkan PAS Kelantan di barisan paling HADAPAN untuk menghadapi UMNO/BN pada PRU-13 nanti..

Dengan KATA lain, SENARIO keMENANGan UMNO/BN pada PRU-13 berGANTUNG kepada keUPAYAan UMNO/BN berTEMPUR di Kelantan.. Jika UMNO/BN diTAKDIRkan MENANG di Kelantan pun keMENANGan tersebut bukannya MUDAH dan mungkin sekadar cukup MAKAN aje.. UMNO/BN harus TAHU yang kedua-dua belah PIHAK TIDAK harus ambil MUDAH 'BATTLEFIELD' di Kelantan ini.. Jangan ada yang KETAWA hari ini kerana LUCU dengan keBODOHan PR tetapi MENANGIS selepas PRU-13 kerana GAGAL mengubah SENARIO sedia ada.. UMNO/BN harus meLIHAT 'BATTLEFIELD' di Kelantan ini kepada dua SENARIO..

1) SENARIO JIKA UMNO/BN MENANG DI KELANTAN

Apakah yang akan berlaku? Kelantan BERJAYA diTAWAN oleh UMNO/BN dengan HARGA yang MAHAL.. Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pulak masih belum BUBARkan DUN dan sedang mengatur TAKTIK GERILA sebelum DUN masing-masing diBUBARkan.. Pok Nik walaupun MENANG di DUNnya akan berMATI-MATIan mengatakan UMNO/BN bersama SPR menipu di dalam PRU-13 di Kelantan.. Pok Nik akan diSOKONG tentunya oleh PKR dan DAP La'anatullah.. RUSUHan seperti BERSIH 3.0 akan mengIRINGi keMENANGan UMNO/BN pada PRU-13.. TEKANAN pihak LUAR seperti yang berlaku terhadap NEGARA-NEGARA Arab yang menghadapi 'SPRING' RAKYATnya akan berlaku pulak di NEGARA ini..

Akibat RUSUHan seperti BERSIH 3.0 walaupun dalam SKALA yang KECIL, keMUSNAHan dalam bentuk keGIATan EKONOMI dan IMEJ NEGARA akan HANCUR.. Jika UMNO/BN GAGAL menangani PERSEPSI sebegini dengan BAIK, ianya akan meREBAK dan RAKYAT mungkin terMAKAN dengan FITNAH yang diLEMPARkan oleh puak-puak PR ini.. Walaupun mungkin RAKYAT Kelantan MENANGkan UMNO/BN pasal MELUAT dengan Pok Nik dan EXCO 'HIGHWAY'nya, puak-puak PR akan meMAINkan PERSEPSI sebaliknya KONONnya nak menuduh UMNO/BN main TIPU.. Apabila DUN Kedah, Selangor dan Pulau Pinang diBUBARkan, UMNO/BN sukar untuk menawan semula kerana PERSEPSI yang diMAINkan oleh mereka..

2) SENARIO JIKA UMNO/BN GAGAL DI KELANTAN

Dah tentulah puak-puak PR akan pukul CANANG ke seluruh NEGARA untuk mengatakan UMNO/BN GAGAL dalam PRU-13.. Jika UMNO/BN MENANG cemerlang 2/3 di PARLIMEN sekalipun, puak-puak PR akan tetap meRAIH KREDIT kerana keGAGALan UMNO/BN di Kelantan.. Sekurang-kurangnya, mereka dapatla meMOTIVASIkan diri untuk berTEMPUR di 'BATTLEFIELD' Kedah, Selangor dan Pulau Pinang bila DUN masing-masing diBUBARkan kelak.. Masa tuh, UMNO/BN akan menDAPATi SENARIO POLITIK selepas PRU-12 masih berLANJUTan walaupun PRU-13 telah SELESAI.. UMNO/BN bersama SPR akan diTUDUH pulak meMANIPULASI keputusan PRU-13 untuk kerusi PARLIMEN..

Jadik, kot mana sekalipun UMNO/BN kenalah meRANCANG STRATEGI untuk mengHADAPi PERSEPSI ekoran keTIDAK-SERAGAMan pemBUBARan PARLIMEN dengan DUN di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.. Seperti kita sebut awal-awal tadi, ianya diRANCANG puak-puak PR demi meLENGAHkan UMNO/BN seterusnya menimbulkan HURU-HARA secara berTERUSan hingga mengundang campur tangan ASING.. SENARIO yang cuba diWUJUDkan untuk menyamai apa yang berlaku di NEGARA-NEGARA Arab yang menghadapi 'SPRING'.. KUNCI keJAYAan UMNO/BN ialah 'BATTLEFIELD' Kelantan dan keBIJAKSANAan mengubah PERSPESI RAKYAT hasil keMENANGan di sana.. Nak MENANG kenalah BIJAK!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS