DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, December 30, 2012

Anda yakin ke PAS tak akan HALANG PRESIDENnya keluar 'LIVE' di TV jelaskan pasal AMANATnya itu?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau bukan kerana BUKU yang diTULIS oleh CN AL-Afghani berTAJUK 'KAFIRkah aku?', RASAnya PRESIDEN PAS masih lagi mampu TIDUR lena di malam hari.. Malah, kita yakin dia 'KONFIDEN' je nak memimpin PAS untuk mengHADAPi PRU-13 walaupun pernah berHASRAT untuk 'RESIGN'.. Namun, apakah BUKU ini mampu menJATUHkan PRESIDEN PAS seperti mana keJATUHan Penasihat PKR semasa dia dalam UMNO dengan BUKU '50 DALIL Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang diTULIS oleh arwah Khalid Jaffri? BENARkah AMANAT HJ Hadi yang KONTROVERSI itu ialah PUNCA umat ISLAM di NEGARA ini berPECAH? 

PRESIDEN PAS pun tentunya TIDAK menyangkakan AMANAT yang diUCAPkannya di Banggol Peradong, Dungun itu kembali diUNGKIT pada hari ini.. Harus jugak kita INGATkan bahawa hanya beberapa KERAT di kalangan GENERASI X dan mungkin tiada langsung di kalangan GENERASI Y hari ini yang ambik KISAH dengan AMANAT tersebut.. Sebab itulah PRESIDEN PAS meRASAkan KISAH lamanya itu orang dah tak PEDULIkan lagi.. Sebenarnya, apa yang diUCAPkan oleh PRESIDEN PAS pada masa tuh tak de BEZA dengan apa yang Timbalan PRESIDEN PAS dan Naib PRESIDEN PAS yang takde SPM tuh selalu MERAPU di setiap CERAMAH mereka pada hari ini! 

Dengan KATA lain, itu SEMUA hanyalah RETORIK POLITIK semata-mata.. 30 TAHUN dulu manalah wujud keCANGGIHan Internet seperti hari ini.. Cuba kalau AMANAT yang SAMA diUCAPkan semula pada hari ini.. Nescaya PRESIDEN PAS akan menerima NASIB sama seperti ADIK Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang bukan main 'GEDEBE' lagi dok DOAkan orang 'KO' tetapi akhirnya SEMPUT NAFAS bila diTIBAI segenap PENJURU.. Nasib BAIKla tak berULANG masuk CCU HUSM macam ABANGnya tuh.. Seingat kitalah, hanya sekali itu sahaja PRESIDEN PAS mengUCAPkan AMANATnya itu pada TAHUN 1981.. Ada ke pernah dia ULANG?

Masalahnya apabila AMANATnya itu diUNGKIT kembali ketika PAS 'BerCEMOLOT' secara B2B dengan DAP La'anatullah dan pelaku MAKSIAT dalam PKR.. Cuba kalau PAS masih SOLO sebagai PARTI POLITIK.. Rasanya AMANAT tersebut orang dah tak PEDULI pun.. Malah, PAS pun akan terPINGGIR jauh dari persada POLITIK NEGARA.. Nak tak nak PRESIDEN PAS kena tarik balik la AMANATnya tuh.. Namun, dia tak akan mampu berbuat demikian walaupun dia mahu melakukannya.. Kenapa? Kerana orang TUA 'BANGKAI' nih masih memerlukan AMANAT tersebut sebagai MODAL POLITIKnya sampai dia MATI..


Ya.. PRESIDEN PAS sendiri sedar AMANATnya yang telah wujud selama 30 TAHUN itu lebih menyusahkan dirinya daripada memBANTU.. Kita TAHU dia memang ada NIAT untuk memperBETULkan keadaan.. Masalahnya, dia tak mampu nak berHADAPAN dengan FIRAUN TUA itu.. Kalau AMANAT tersebut ditarik dan PRESIDEN PAS memohon MAAF seperti yang disuarakan oleh para MUFTI dan ULAMA lain, yang akan menerima padahnya orang TUA tuh la.. Ini macam KES pewaris SAKA berNIAT nak membuang SAKAnya tetapi terpaksa meRELAkan SAKA itu 'MAKAN Diri'nya pasal ada Tok BOMOH tak kasi buang!

Kita menyambut BAIK sekiranya PRESIDEN PAS mahu siaran 'LIVE' di RTM dan TV3 untuk menJELASkan AMANATnya itu.. ZAMAN 'KeterBUKAan' nih kasi aje..


Namun demikian, kita jugak berSETUJU dengan CADANGan DS Utama Dr. Rais YATIM yang mahukan para MUFTI dan ULAMA turut sama dalam SESI 'LIVE' tersebut.. ->KLIK<-

TerINGAT pulak SESI yang seakan sama pernah diadakan ketika 'ABUYA' AL-Arqam diTAHAN bawah ISA 20 TAHUN dulu.. Masa tuh ada 'LIVE' di TV1 RTM yang menyiarkan sesi soal jawab antara 'ABUYA' dengan para ULAMA lain.. Akhirnya, terBUKTI keSESATan AL-Arqam dan pegangan AURAD Muhammadiah yang jadik pegangan mereka..

Apakah PAS akan mengIZINkan PRESIDENnya memberikan penJELASan secara 'LIVE' di RTM dan TV3? Haa... Itu yang menarik untuk anda SEMUA perhatikan.. Kita PERCAYA akan ada SYARAT yang pelik-pelik bukan dari PRESIDEN PAS tersebut sebaliknya dari FIRAUN TUA dan para penTAKSUBnya itu.. Sudah tentu  mereka pun dapat mengHIDU BAHAYA jika PRESIDEN PAS diberikan SESI 'LIVE' tersebut terutama sekali jika berHADAPAN dengan para MUFTI dan ULAMA lain.. Sebarang terSALAH 'KECEK' di dalam SESI 'LIVE' tersebut pasti menDATANGkan keMUSNAHan yang berKEKALan kepada PAS.. Jadik, agak-agak mereka BERANI ke?  

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS