DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, December 20, 2012

KUIZ MATEMATIK:- Berapa BANYAK yang PAS telah 'KORBAN'kan kepada DAP La'anatullah dan PAS pulak dapat apa?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KECOH seluruh alam bila PRESIDEN PAS diMINTA menarik balik AMANAT SESATnya 30 TAHUN dulu.. AMANAT yang mengatakan sesiapa yang berkerjasama dengan golongan bukan ISLAM boleh diLABELkan sebagai menolak ISLAM (KAFIR la.. Apa lagi kan?).. Hari ini selepas 30 TAHUN terBUKTI pulak PAS yang menagih kerjasama sebegini daripada golongan bukan ISLAM yang meMUSUHi ISLAM dalam PKR dan DAP La'anatullah.. Err... Kerjasama macam ni tak pulak diKATAkan sebagai menolak ISLAM walaupun SEKUTU bukan ISLAM PAS itu jelas sekali menolak keDUDUKan ISLAM dalam Perlembagaan NEGARA?

Kerjasama PAS dengan golongan bukan ISLAM yang meMUSUHi ISLAM dalam PKR dan DAP La'anatullah terlalu mengAIBkan.. Walau apa pun ALASAN yang cuba diTUNJUKkan oleh beberapa juruBLOG yang MAK BAPAKnya tak ajar pasal ISLAM semasa KECIL, ianya menambahkan lagi keBURUKkan kepada PAS! ->KLIK<-

Ya.. Di mana LOGIKnya untuk 1.6 bilion umat ISLAM seluruh DUNIA ini untuk mengatakan PAS boleh mengKAFIRkan orang ISLAM lain tetapi menDAKWA pulak diri mereka lebih ISLAM berBANDING orang ISLAM lain dalam bab bekerjasama dengan golongan bukan ISLAM? TIDAKkah ini memBUKTIkan JAHILnya PAS?


RAMAI jugak bekas pengikut PAS sendiri KECEWA dengan TINDAKan DUNGU para PEMIMPIN mereka sendiri.. Ada yang menulis BUKU dan mengEDARkannya bagi menyatakan keSESATan PAS di alam NYATA.. Turut diDEDAHkan SAMA ialah bagaimana Lebai-Lebai DUNGU PAS ini begitu BIJAK menSONGLAP duit DERMA sampai berJUTA-JUTA RM atas nama PARTI dan ISLAM.. DUIT balun jugak ye..

Walaupun ini bukanlah perkara BARU kerana semalam KECOH dalam DUN Perak tentang penDEDAHan bagaimana PEMIMPIN DAP La'anatullah memperolehi TANAH di Kelantan walaupun mereka berMAHARAJALELA mengHINA ISLAM dan penganut ISLAM.. BerTUAH benar jadik PEMIMPIN DAP La'anatullah ye.. ->KLIK<-


Usah diTANYAkan kepada Lebai-Lebai DUNGU PAS ini apakah UNTUNGnya mereka  sebegitu BAIK terhadap SEKUTU yang meMUSUHi ISLAM seperti DAP La'anatullah dan PKR.. Mereka tak dapat menJAWABnya kerana keDUNGUan yang WUJUD dalam PARTI ini.. 

- Ada TANAH, beri kat DAP La'anatullah.. 

- Duit DERMA, kena KONGSI dengan SEKUTU dalam PR..

- Nama Allah SWT pun kasi KONGSI dengan Kristian EVANGELIST..

- PEMIMPIN PKR yang berZINA dan bersekeDUDUKan, di'SUCI'kan dek Pok Nik 'ALAIHISSALAM'..

- PEMIMPIN DAP La'anatullah diBENARkan jual ARAK secara terbuka dan BINA rumah URUT di Selangor..

Sebaliknya, apa pulak yang Lebai-Lebai DUNGU PAS dapat daripada mereka? Mana BANYAK jumlahnya antara yang dapat dengan yang telah diberikan? RASAnya budak 'FAIL' MATEMATIK pun tahu buat kira-kira MUDAH sebegini..

Memang TEPAT sekali TULISan Syed Akhbar ALI dalam BLOGnya yang meLABELkan Lebai-Lebai DUNGU PAS sebagai,

1) "The PAS are masters at this game of collecting money in the name of religion. No money no religion."

2) "PAS is more suited for ostat perut buncit, bini dua, tiga and empat. Mati syahid is NOT exactly their cup of tea." ->KLIK<-

Memang jauh BEZA TULISan orang yang terPELAJAR seperti Tuan Syed ini dengan TULISan juruBLOG PAS seperti di AWAL tadi.. Sudah tentu orang yang BANYAK menTELAAH berBEZA TULISannya dengan juruBLOG DUNGU yang jelas MAK BAPAKnya mengABAIkan penDIDIKan ISLAM semasa dia KECIL! HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

Anak Lenggong said...

Biasa laa tu melayu PAS cuma boleh dijadikan barua, balaci, kuli batak dan budak upahan..asalkan dapat kuasa serta kocek fitis masyukkk..kuli pun kuli laa

Anonymous said...

Aku pun heran betul apa kena dengan PAS ni.
Berlagak mulia tapi sekongkol dengan Anwar.
Berlagak tegakkan Islam tapi senyap menikus dengan DAP yang terang-terang anti Islam, anti Melayu.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS