DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, December 01, 2012

EKSKLUSIF PAU 2012:- Setiap CADANGAN perlulah diIRINGi dengan USAHA untuk menJAYAkannya..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

CORAT-CORET 1:-

PenDEKATan POLITIK di kalangan orang Melayu/ISLAM di NEGARA ini semakin menJURUS kepada FAKTOR keAGAMAan.. Maka TIDAK hairanlah kenapa pada PAU kali ini ada DESAKan agar meWUJUDkan suatu SAYAP baru iaitu Majlis ULAMA UMNO yang berTUJUAN untuk memastikan UMNO ISTIQAMAH menjaga kePENTINGan umat ISLAM daripada ANCAMan FAHAMan PLURALISME.. ->KLIK<-

Kita menyambut BAIK cadangan sedemikian.. SOALnya, UMNO jugak jangan LUPAkan SEJARAH bahawa PAS itu dahulu meRUPAkan PECAHan daripada UMNO sendiri yang mengGUNAkan ISLAM sebagai LANDASan perJUANGan POLITIK mereka.. Sudah tentu RAKYAT dan penyokong UMNO mengHARAPkan agar SEJARAH yang SAMA TIDAK berULANG.. Sekiranya mahu diTUBUHkan, UMNO perlu mengGARISkan bidang TUGAS Majlis ULAMA tersebut dan keSEMUA ahli-ahli UMNO jugak perlu berISTIQAMAH untuk PATUH apa sahaja KEPUTUSAN Majlis ULAMA UMNO ini berKAITAN AGAMA ISLAM..

CORAT-CORET 2:-

Seperti jugak cadangan penubuhan Majlis ULAMA UMNO, ada jugak cadangan agar UMNO/BN sebagai kerajaan menubuhkan PUSAT pemulihan PONDAN dan PENGKID bagi menangani AMALAN LGBT.. Mungkin LUCU tetapi ada BAIK jugak untuk diTELITI cadangan sebegini KHUSUSnya untuk umat ISLAM! ->KLIK<-

Cumanya, sekali lagi kita HARAPkan agar sekiranya diTUBUHkan PUSAT sedemikian, ahli-ahli UMNO sendiri jugak perlulah TURUN PADANG untuk menerangkan dan menCEGAH AMALAN LGBT ini.. RAKYAT sudah tentu TIDAK mahu PUSAT sebegini hanya sebagai 'DUMPING' kepada mereka yang berMASALAH.. Sedangkan AMALAN LGBT ini harus diBANTERAS dengan USAHA dan keSEDARan yang berTERUSan.. Kita mahu PUSAT ini terlebih dahulu memulihkan Penasihat PKR ANAK-berANAK yang terlalu KEMARUK menyokong AMALAN LGBT ini..

CORAT-CORET 3:-

PENGERUSI Tetap UMNO, TS Badruddin Amiruldin diKATAkan 'HANGIN' dengan TINDAKan Kerajaan Selangor di bawah MB GAGAP untuk mengambil alih pengurusan pasar PAGI, pasar MALAM dan pasar TANI.. Walaupun TS PENGERUSI jugak meRUPAkan PENGERUSI FAMA, sebenarnya kita rasa sebenarnya TIDAK ada apa yang perlu diRISAUkan pun dengan TINDAKan MB GAGAP itu yang jelas MAHUkan POPULARITI semata-mata.. ->KLIK<-

MB GAGAP seperti sebelum ini jugak ialah SPESIS manusia yang SUKA 'SHOOTING his OWN foot!'.. Seperti jugak 'GAME' dalam ISU BEKALan air di Selangor, MB GAGAP cuma ingin menunjuk-nunjuk KONONnya dia 'Maha BerKUASA' aje kepada UMNO/BN.. Sedangkan, semua MAKLUM bahawa TIDAK ada apa pun yang boleh diBANGGAkan dengan penCAPAIan MB GAGAP sejak dia berKUASA di Selangor.. Apa yang lebih PENTING, UMNO sendiri perlu LEBIHkan bagi PENERANGAN dan bukannya sekadar meLALAK depan MEDIA jika MAHU meRAMPAS Selangor..

CORAT-CORET 4:

MANTAN MB Terengganu yang jugak Pengerusi MARA mengatakan bahawa GLC perlu meLAKSANAkan sePENUHnya AGENDA PemBANGUNan BUMIPUTERA.. KATAnya, GLC TIDAK wajar meLAKSANAkan AGENDA tersebut hanya bagi memenuhi tanggungjawab SOSIAL KORPORAT semata-mata.. ->KLIK<-

Kita SETUJU dengan kenyataan ini.. Namun, pada MASA yang SAMA ianya perlu jugak penelitian tetang siapa yang sedang berMAHARAJALELA dalam GLC-GLC ketika ini.. Apakah mereka yang diMAKSUDkan itu KOMITED terhadap AGENDA PemBANGUNan BUMIPUTERA atau sekadar mengGUNAkan GLC-GLC bagi memBUNCITkan PERUT mereka seolah-olah RAKYAT lain TIDAK pergi SEKOLAH? Itulah yang perlu diFAHAMi dan perlu diBANTERAS terlebih dahulu.. Bagaimana GLC nak menJAYAkan AGENDA tersebut kalau 'MALAUN' yang berKUASA di dalam GLC itu sendiri menganggap AGENDA PemBANGUNan BUMIPUTERA sebagai sudah LAPUK?

Secara keSELURUHan, HASRAT yang diLUAHkan menerusi perBAHASan pada PAU 2012 kali ini memang MUDAH diFAHAMi oleh RAKYAT.. Tinggal bagaimana pulak untuk memastikan HASRAT tersebut diLAKSANAkan dengan JAYAnya kepada RAKYAT.. Kita TIDAK mahulah HASRAT tersebut tinggal HASRAT dan diLUAHkan semula pada PAU akan datang.. Dok ULANG perkara yang SAMA pasal dah takde apa pun nak diKEMUKAkan.. Itu pun kalau UMNO masih KEKAL jadi kerajaan la selepas PRU-13 nanti.. Jangan SALAHkan RAKYAT pulak kerana RAKYAT pada HARI ini RAMAI yang berpenDIDIKan TINGGI daripada ahli POLITIK!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS