DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, December 28, 2012

UMNO/BN nak MENANG besar PRU-13 tetapi masih tercari-cari CARAnya..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RAMAI pihak suka memBUAT RAMALAN berapa BANYAK kerusi PARLIMEN dan DUN yang akan diMENANGi oleh UMNO/BN kali ini.. Antaranya ialah:-

1) RAMALAN oleh seorang ahli Majlis PROFESSOR NEGARA (MPN) yang UMNO/BN hanya mampu mengekalkan 120 kerusi PARLIMEN.. ->KLIK<-

2) RAMALAN oleh KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad MASLAN yang mengatakan UMNO/BN mampu RAMPAS 5 kerusi PARLIMEN PAS dan DAP La'anatullah serta 10 kerusi PARLIMEN PKR.. ->KLIK<-

3) RAMALAN oleh Tun DAIM yang diKUTIP oleh puak-puak PR sebagai 'TANGKAL SEMANGAT' mereka KONONnya UMNO/BN hanya mampu MENANG 3 NEGERI sahaja.. ->KLIK<- dan ->KLIK<-


Tengok pada RAMALAN di atas pun dah NAMPAK setakat mana SEMANGAT UMNO/BN nak MENANG.. Apa pun RAMALANnya, perSOALan yang patut diTANYAkan ialah apakah UMNO/BN sedang berUSAHA untuk MENANG lebih BAIK berbanding keadaan sekarang? Kalau tengok kepada keadaan sekarang, RAKYAT cuma NAMPAK DS Najib dan TS Muhyiddin aje yang bertungkus-lumus turun padang untuk meMENANGkan UMNO/BN.. Para PEMIMPIN UMNO lain bagaimana? Turun padang bila ada PUBLISITI dari MEDIA aje ke? Bagaimana pulak dengan PARTI komponen BN lain? Bersungguh ke nak MENANG PRU-13 atau tunggu MASA nak LOMPAT PARTI jika diTAKDIRkan keadaan TIDAK memihak kepada UMNO/BN?

Kalau menurut KATA Ketua PENGARAH JASA dalam Utusan Malaysia semalam, 

"Pihak yang ingin menang perlu mendapatkan sokongan kaum Cina tidak kurang 30 peratus serta sokongan Melayu, Bumiputera dan India melebihi 60 peratus. Oleh kerana kaum Melayu berpecah kepada 3 sokongan maka sudah tentulah kaum Cina menjadi rebutan semua pihak dan mereka boleh menjadi 'King Maker' dalam perpecahan kaum Melayu. Ini diambil kesempatan oleh pihak pelampau Cina dengan membuat tuntutan yang sukar bagi Najib membuat keputusan." ->KLIK<-

Dengan KATA lain, jika UMNO/BN mahu MENANG besar dan meRAMPAS semula NEGERI-NEGERI di bawah REJIM PR, mereka perlu menumpukan untuk dapatkan UNDI daripada kaum Melayu/BUMIPUTERA dalam peRATUSan yang BESAR.. PECAHan SOKONGan kaum Melayu/BUMIPUTERA kepada 3 itu harus diKECILkan atau dijadikan kepada 2 PECAHan seperti sebelum ini.. UMNO sendirian harus meLENYAPkan PECAHan SOKONGan kaum Melayu/BUMIPUTERA di dalam PKR dan mengecilkan peRATUSan SOKONGan kaum ini kepada PAS.. UMNO TIDAK boleh mengHARAPkan KOMPONEN BN untuk dapat SOKONGan kaum-kaum lain yang jelas TIDAK dapat dipastikan arah mana SOKONGan mereka kali ini..

Selain ANALISA tentang SOKONGan mengikut kaum, apakah CARA untuk UMNO meNILAI keKUATan SOKONGan terhadap PARTI ini? TIDAK diNAFIkan PERSEPSI terhadap para PEMIMPIN era REJIM 'Bapak Mertua-MENANTU' yang diWARISi oleh DS Najib TIDAK banyak memBANTU kepada keMENANGan UMNO/BN.. Untuk itu, kita ambil PENDAPAT juruBLOG Syed Akbar ALI seperti berikut,

"Many of them are now with the Prime Minister. Here I can vouch that all the pro-UMNO Bloggers fully support the Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak in leading the party and the nation onward.  The Bloggers also support the deputy party president and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyudin Yasin. 

However I am quite certain that the love stops there. Beyond the PM and the Deputy PM, no one can say for sure if the Bloggers support any of the other Cabinet Ministers, the other UMNO and BN  leaders, MPs and ADUNs.  

The Bloggers certainly are against many of the Jurassic Park candidates who are left overs from the Abdullah Badawi regime. We are still perplexed why the PM has kept them around. Too many of them are serious liabilities." ->KLIK<-

Kegiatan 'CURANG' mereka ini sering diDEDAHkan dalam MEDIA sosial dan Internet tetapi diDIAMkan sahaja.. Bukan aje berOTAK LIBERAL, mereka ini jugak seperti TALAM beRATUS MUKA yang TIDAK setia pun.. Selain peranan MEDIA sosial di Internet, UMNO/BN jugak TIDAK harus mengetepikan PERANAN anggota masyarakat yang SEDERHANA tetapi mampu menyebarkan MAKLUMAT seperti para PEMANDU teksi, para AJK MASJID dan kakitangan agensi SWASTA atau GLC yang hari-hari berJUMPA dengan RAKYAT.. UMNO/BN kena tahu SENTIMEN mereka dan apakah yang mereka mahu daripada UMNO/BN ini..

UMNO/BN TIDAK boleh lagi mengHARAPkan SOKONGan kakitangan Kerajaan PUSAT atau agensinya seperti dahulu.. Terlalu RAMAI yang bermain POLITIK dan berMUKA-MUKA dengan UMNO/BN.. Di Selangor sahaja kita dah DEDAHkan ada kakitangan Kerajaan PUSAT di Pejabat TANAH dan SUK berMUKA-MUKA bermain POLITIK untuk menJAMIN kedukukan Kerajaan PR di sana.. Segala FAIL  milik PEMIMPIN UMNO/BN diKOREK untuk diDEDAHkan manakala FAIL KORUP milik para PEMIMPIN PR pulak diSEMBUNYIkan.. Tak PERCAYA? Tak KISAH pun.. Tunggu aje masa KEMPEN PRU-13 nanti dan tengoklah penDEDAHannya nanti yang pasti akan meRESAHkan UMNO/BN..

KeGAGALan UMNO/BN memahami SETIMEN RAKYAT sekarang hanya akan meLEMAHkan UMNO/BN sendiri.. Untuk menJAMIN keMENANGan besar UMNO/BN nanti, ianya bukan tugas DS Najib dan TS Muhyiddin sahaja.. Malah seluruh PEMIMPIN UMNO/BN patut bersama-sama memikulnya dan bukan setakat meLALAK masa perHIMPUNan AGONG PARTI masing-masing aje.. SEMBOYAN untuk menyerang sudah lama diBUNYIkan oleh DS Najib tetapi para PEMIMPIN UMNO/BN lain macam buat PEKAK aje.. Nak MENANG tetapi masih dok TIDUR mimpi BASAH dan berANGAN lagi..


UMNO/BN perlu berUBAH dan RAKYAT sendiri perlu tahu mereka dah berUBAH agar RAKYAT dapat menolak para PEMIMPIN PR yang sudah TIDAK lagi RELEVAN dengan ZAMAN sekarang seperti Pok Nik 'ALAIHISSALAM', Penasihat PKR &  keluarga dan DINASTI Lim + SINGH ..

Wallahualam.. 

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS