DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, March 23, 2013

'BAHALOL' KIRAM III nak TAWARkan diri sebagai KETUA PENGARAH ROS?

\
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita tak TAHU dah berapa kali dah kita SEBUT bahawa dekat-dekat PRU-13 kali ini, Kerajaan dan PARTI UMNO/BN akan diSABOTAJ oleh pihak tertentu dari dalam ORGANISASI Kerajaan dan PARTI itu sendiri.. SABOTAJ dalam UMNO sudah pun berlaku apabila beberapa PEMIMPIN UMNO yang dapat JAWATAN dalam beberapa GLC telah memperALATkan GLC-GLC tersebut untuk menyakiti HATI RAKYAT seperti di Johor.. Dijangka SABOTAJ dalam UMNO/BN akan semakin RANCAK jika PARLIMEN diBUBARkan dalam MASA terDEKAT.. Bukankah PEMIMPIN UMNO/BN sendiri yang dok BAWAkan PASSPORT Penasihat PKR dulu?

Itu dalam UMNO/BN.. Dalam agensi Kerajaan PUSAT jugak bukan TIDAK ada PENYOKONG atau pun penSABOTAJ dari dalam.. Bukan SUSAH untuk mengenali para penSABOTAJ ini jika apa yang mereka LAKUkan berTENTANGan dengan apa yang mereka IKRARkan apabila menerima JAWATAN tersebut dari Kerajaan PUSAT.. SABOTAJ ini bukan dari kalangan penJAWAT AWAM seperti GURU, PENSYARAH atau JENERAL 'PENCEN' aje.. Malah ada jugak di kalangan pihak yang terlibat dalam penguatKUASAan.. Kita TIDAK tahulah samada mereka ini SENGAJA menSABOTAJ atau mereka 'TerSABOTAJ' secara TIDAK SENGAJA..


Kita merasa HAIRAN dengan penDAFTAR perTUBUHan (ROS).. Kita HAIRAN kerana ROS seolah-olah TIDAK ada KUASA untuk meLAKSANAkan TUGASnya walaupun mereka memang ada KUASA untuk itu.. Anda masih ingat lagi tentang ISU perTUBUHan HARAM SUARAM sebelum ini? Hari ini apakah yang telah diLAKUkan oleh ROS setelah mereka sebelum ini GAGAL meMASUKki PREMIS perTUBUHan HARAM ini pada September TAHUN lepas? ->KLIK<-

PELIK bukan? ROS seakan TIDAK ada KUASA langsung untuk memBONGKARkan DALANG dan keGIATan perTUBUHan HARAM ini? Habis tuh, ROS nak BUAT apa?

Kali ini kita PERCAYA yang RAKYAT jugak akan jadik PELIK dengan ROS apabila mereka GAGAL untuk menDESAK PARTI DAP La'anatullah memBERIkan kerjasama SIASATan pemilihan CEC PARTI ini yang menCURIGAkan.. ->KLIK<-

ALASAN yang diBERIkan oleh KETUA Pengarah ROS jugak seakan cuba nak BODOHkan RAKYAT.. KETUA Pengarah ROS mengatakan bahawa SIASATan TIDAK dapat diTERUSkan kerana keGAGALan meMINTA seorang PEMIMPIN PARTI DAP La'anatullah mengHADIRkan diri untuk diSIASAT oleh ROS.. 

"Kita telah menghantar notis jemputan memberi keterangan kepada pemimpin DAP tersebut tetapi dia belum dapat menghadirkan diri dan dimaklumkan beliau tiada masa. ROS perlu mendapatkan keterangan beberapa pemimpin utama DAP bagi melengkapkan siasatan sebelum sesuatu keputusan dibuat,"

SUDAH tentu ALASAN yang diBERIkan oleh KETUA Pengarah ROS ini hanya menimbulkan rasa JELIK bagi mereka yang meLAPORkan KES ini kepada ROS.. TIDAK hairanlah apabila bekas NAIB Pengerusi DAP La'anatullah, TUNKU Abdul Aziz menDESAK ROS segera memBATALkan penDAFTARan DAP La'anatullah kerana keDEGILan PARTI itu mengadakan pemilihan semula CEC.. Namun demikian, sekali lagi kenyataan daripada KETUA Pengarah ROS keDENGARan begitu menJELIKkan berHUBUNG KES ini.. Dia mengatakan,

"ROS menghormati undang-undang yang ada, kita akan ambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang dan bukan dengan desakan. Proses siasatan juga masih panjang, walaupun keterangan lain seperti daripada pengadu telah dibuat tetapi kita perlu dapatkan pengesahan aduan daripada pihak jawatankuasa DAP juga" ->KLIK<-


Agaknya BERAPA LAMA lagi ROS perlukan untuk menyiasat KES ini? 10 TAHUN? 20 TAHUN? Atau sehingga KETUA Pengarah ROS ini PENCEN? SUSAH sangatkah untuk ROS mengARAHkan mereka berKERJASAMA untuk menyiasat KIRAan 'EXCELSHEET' mereka semasa pemilihan CEC? Apakah mereka yang diDAKWA meLAKUkan keSALAHan itu akan SUKARELA memBERIkan KERJASAMA untuk memBUKTIkan keSALAHan mereka? PENJENAYAH mana dalam DUNIA ini yang sudi meMAKLUMkan dia telah meLAKUkan JENAYAH? Begitu jugak dengan perTUBUHan HARAM SUARAM.. Apa DALIH untuk ROS BERIkan demi mengelak dari menyiasat perTUBUHan ini?


JELIK bukan? Namun, itulah yang diNYATAkan sendiri oleh KETUA Pengarah ROS.. ALASAN yang diBERIkannya macam BUDAK sekolah yang tak mahu diHUKUM kerana 'KANTOI' meROKOK! Kalau inilah 'LEVEL' pemikiran seorang KETUA Pengarah sebuah AGENSI Kerajaan PUSAT, adalah lebih BAIK jika mana-mana KERABAT 'BAHALOL' KIRAM III mengambil dia nih berKERJA sebagai juruCAKAP mereka!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS