DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, March 19, 2013

PerSAMAan KETARA antara MB Johor dengan MB Kelantan?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau diKATAkan kepada orang Johor bahawa NEGERI mereka menyamai NEGERI Kelantan, tentu sekali mereka MARAH.. Ye la.. NEGERI Johor meRUPAkan NEGERI ketiga paling MAJU selepas KL (Wilayah Persekutuan) dan Selangor.. Tentunya tak masuk AKAL jika diKATAkan NEGERI Johor memPUNYAi perSAMAan dengan NEGERI Kelantan.. TIDAK diNAFIkan pemBANGUNan PRASARANA di Johor jauh lebih MAJU berBANDING Kelantan walaupun kedua-dua NEGERI adalah NEGERI yang berSEMPADAN dengan NEGARA jiran.. Namun, ada satu perSAMAan KETARA antara Johor dan Kelantan iaitu PERANGAI BURUK MB masing-masing!

Seperti mana Pok Nik 'ALAIHISSALAM' di Kelantan, MB Johor jugak boleh diKATAkan terlalu LAMA 'BerDINASTI' di sana.. Kalau dah terlalu LAMA jadik MB, bukanlah SEMUAnya perkara yang ELOK aje berlaku setiap hari.. Johor yang semakin MAJU sebenarnya mempunyai MASALAH yang SAMA dengan Kelantan.. MASALAH yang kita MAKSUDkan ialah MASALAH tadbir urus NEGERI.. Walaupun Pok Nik memang peMALAS lagi peMAKAN GAJI BUTA.. Namun, MB Johor jugak jenis PEMIMPIN yang suka mencari jalan MUDAH dalam menTADBIR NEGERInya! Kalau dah rasa MALAS nak GUNAkan OTAK, bukankah lebih baik 'RESIGN' aje?

PemBANGUNan yang di bawa ke Johor sebenarnya lebih MUDAH kerana Johor berSEMPADAN dengan NEGARA maju seperti Singapura.. Sedangkan Kelantan pulak hanya berSEMPADAN dengan wilayah paling MISKIN dalam NEGARA Thailand.. Namun, itu TIDAK berMAKNA bahawa segala keMAJUan yang dibawa masuk ke NEGERI Johor adalah untuk keperluan Singapura.. Sepatutnya keMAJUan tersebut haruslah diNIKMATi sepenuhnya oleh RAKYAT Johor sendiri.. Jika RAKYAT sendiri TIDAK meRASAi sedemikian, ada BEZA ke Johor dengan Kelantan? Malah, ada BEZA ke MB Johor dengan Pok Nik MB Kelantan tuh?

Jika RAKYAT GEMBIRA dan meNIKMATi keMAKMURan, TIDAK mustahil Johor KEKAL sebagai NEGERI kubu KUAT UMNO/BN walaupun PEMIMPIN bersilih GANTI.. Namun begitu, jika hanya beberapa KERAT aje RAKYAT yang GEMBIRA dan PEMIMPIN pulak buat-buat PEKAK dengan suara RAKYAT, tak MUSTAHIL beberapa DUN dan PARLIMEN Johor pun akan ROBEK pada PRU-13 nanti.. Apabila 'BAPAK LIM' yang meRUPAkan 'KOMRAD AGONG' DAP La'anatullah mahu kembali ke Johor untuk berTANDING pada PRU-13, sudah tentu ada sebabnya.. Tentu ada sebab kenapa dia 'KONFIDEN' untuk berTANDING di sana.. ->KLIK<-


'BAPAK LIM' pun TAHU jika dia berTANDING di Kelantan, dia TIDAK akan MENANG seMUDAH dia berTANDING di Johor.. Sekiranya 'KOMRAD AGONG' yang sudah REPUT sepertinya masih MAMPU meMENANGi mana-mana KERUSI di Johor pada PRU-13, ianya akan meMALUkan UMNO.. Ada BAIKnya ahli-ahli UMNO pakat-pakat LUMURkan sambal BELACAN kat MUKA MB Johor dan SEMUA PEMIMPIN UMNO di sana jika 'BAPAK LIM' ini MENANG.. Sebab itulah kita RASA yang MB Johor ini berPENYAKIT SAMA seperti Pok Nik di Kelantan.. TIDAK berPIJAK di BUMI yang nyata! Masih KHAYAL seolah-olah dia baru jadik MB!

Benarkah RAKYAT Johor SEMUAnya senang HATI dengan kePIMPINan MB Johor pada hari ini? Seperti yang kita SEBUT di awal tadi, kalau SEMUA RAKYAT GEMBIRA, tukarlah berapa RAMAI MB pun Johor akan KEKAL sebagai kubu UMNO! Namun, penDEDAHan demi penDEDAHan terhadap kePINCANGan MB Johor akhir-akhir ini terlalu KURANG menyenangkan.. ->KLIK<- dan ->KLIK<-


Agaknya UMNO dah BOSAN sangat-sangat kot asyik MENANG aje kat Johor? Sesekali mungkin terINGIN jugak 'SEDEKAH' DUN atau PARLIMEN kat LAWAN?


Apakah Johor keKURANGan PEMIMPIN? Kalau tengok berapa RAMAI MENTERI, Timbalan MENTERI dan S/U PARLIMEN, memang tak PERCAYA Johor takde PEMIMPIN.. Namun, kalau nak diKATAkan PEMIMPIN UMNO/BN dari Johor ni SEMUAnya berKUALITI, itu boleh membuat RAMAI akan KETAWA berGULING! Kita pun tak TAHU setakat manakah RAKYAT Johor khususnya generasi MUDA boleh berTOLERANSI dengan gaya kePIMPINan MB Johor sekarang yang dah nak SAMA dengan Pok Nik di Kelantan.. Kalau MB Johor boleh berLAKON ZUHUD macam Pok Nik, mungkin dia boleh diTERIMA lagi.. Kalau tak, faham-faham aje la!

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

Partai Tindakkan Rakyat ,atau PAP memang pelupor sistem Cadre yang di amal kan olih Ah beng punya parti.

Alex Josey menulis "By 1967 PAP has become a cadre party......An undisclosed number are Cadres....Only cadres can vote and take part in in certain meeting....."

George Orwell menulis dalam buku Animal Farm...All animals are equal, some are more equal than others"...

Maka semangat toleransi kerajaan perdana menteri pertama memberi maana kapada demokrasi yang telah melahir kan DAP.

Semangat toleransi ,walau bagaimana telah di hijack olih 1M yang serba bolih dan ULTRA liberal dan sino centric mengakibat kan kaum rasis bercondong kapada Ah Beng Pulau Pinang dan Ah Beng punya daddy nak cuba nasib di gelang patah dan lain.
Kalau jawapan yang sunyi olih 30,000 orang yang hadhir di seremban menjadi pentunjuk, maka Johor sudah tidak selamat bagi UMNO.
UMNO Johor dah lama leka lupa lalai, kena penyakit Sabah Syndrom.
MB ambil jalan mudah, jadi Neveille Chamberlain ikutan najib.
Maka kaum rasis akan menang by default.
arjuna waspada
changkat lobak.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tatkala UMNO/BN berPOTENSI untuk kembali MENANG di Kedah, Selangor dan Kelantan, Johor mungkin 'TEMPANG' dek kerana UMNO/BN 'Over CONFIDENT'..

Wallahualam..

pengundi johor said...

High time for Johor to have new MB. Present MB is more like an administrator rather than a political leader. Political leader must look into welfare, needs and problems of the people and solve its, and must have visions and abilities to develop the state.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS