DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, March 15, 2013

Pok Nik pun PENING? Sumpah LAKNAT pakai KITAB AGAMA lain pun dapat BALASAN jugak?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KeMATIan bukanlah sesuatu yang boleh diperSENDAkan.. Namun demikian, RASAnya pemahaman ini langsung TIDAK ada dalam OTAK puak-puak PR dan para 'CAI-CAI' mereka.. KeMATIan para PERAJURIT kita diperSENDAkan mereka.. Begitu jugak dengan keMATIan beberapa TOKOH POLITIK dari UMNO/BN sebelum ini.. Dengan berLAGAK seolah-olah mereka itu 'IMMORTAL' yang turun dari LANGIT, mereka terLUPA mereka jugak akan dicabut NYAWA bila tiba MASAnya.. Itulah yang sepatutnya mereka FAHAMi apabila MODAL UTAMA mereka untuk menJATUHkan DS Najib melalui FITNAH iaitu PI BALA hari ini dah jadik MENDIANG akibat serangan SAKIT jantung.. ->KLIK<-

MENDIANG PI BALA adalah meRUPAkan MODAL UTAMA puak-puak PR untuk mengaitkan pemBUNUHan seorang MODEL Monggolia dengan DS Najib dalam KEMPEN PRU-13 kali ini.. Walaupun HAKIKATnya, DS Najib dah SEBUT pun "Wallahi Wabillahi Watallahi" bagi meNAFIkan dia terlibat.. Namun, demi keSUNGGUHan mereka untuk menJATUHkan DS Najib, puak-puak PR dan segala 'CAI-CAI'nya tetap menabur FITNAH hanya dengan kenyataan MENDIANG tadi.. Malah, punyalah KEMARUK mereka nak menabur FITNAH hinggakan MENDIANG berSUMPAH LAKNAT dengan KITAB AGAMAnya pun dianggap satu keBENARan oleh puak-puak PR ini.. Hari ini bila dia dah jadik MENDIANG, nak KATA apa lagi?

Yang mengHAIRANkan tuh, FITNAH yang diSOKONG dengan SUMPAH LAKNAT oleh KITAB AGAMA lain tuh boleh pulak di'HANGGUK' oleh puak-puak PR yang berAGAMA ISLAM? Tak ke SYIRIK NAMAnya tuh? Atau Pok Nik 'ALAIHISSALAM' pun turut 'HANGGUK' dengan SUMPAH sedemikian dan mengatakannya SAH?


Ha... Hari ini bila orang yang berSUMPAH tuh dah jadik MENDIANG, Pok Nik nak KATA apa pulak? Pok Nik nak KATA 'TUHAN'nya lebih menyayangi MENDIANG pulak ke? Atau pun Pok Nik nak KATA pulak MENDIANG dikira sebagai SYAHID pulak ke? Belum Pok Nik SEBUT begitu pun dah ada 'CAI-CAI'nya KATA begitu!



IRONInya, SUMPAHlah dengan apa sekali pun kalau itu adalah pemBOHONGan lagi FITNAH, pasti SUMPAH sedemikian akan meMAKAN diri.. Ya.. Mungkin ada antara kita meRASAkan takkan Allah SWT peduli SUMPAH oleh orang KAFIR.. Namun demikian, jika anda beranggapan begitu, anda meNAFIkan SIFAT Allah SWT sendiri iaitu 'MAHA MengeTAHUi' dan 'MAHA MenDENGAR'.. Jika SUMPAH sedemikian diTUJUkan pulak kepada orang ISLAM lain seperti DS Najib, sudah tentu perTIMBANGan akan memihak kepada DS Najib yang telah meNAFIkan FITNAH tersebut dengan berSUMPAH LAKNAT secara ISLAM.. Boleh ke keMATIan MENDIANG diKATAkan sebagai 'KEBETULAN' sedangkan itu ialah QADA dan QADAR?

Err... Siapakah lagi yang pernah berSUMPAH LAKNAT atau SUMPAH MUBAHALAH sebelum ini? Jangan buat-buat LUPA pulak.. Cuba LIHAT GAMBAR di bawah ini..


Haa.. Kepada puak-puak PR dan 'CAI-CAI' BELAan mereka, cuba ingat kembali kepada siapakah SUMPAH oleh setiap INDIVIDU dalam GAMBAR itu diTUJUkan? Kepada siapa? Kepada MANUSIA 'Anugerah TUHAN' ke? Dah jadik MANUSIA 'Anugerah TUHAN' pun TAKUT pulak nak berSUMPAH LAKNAT sebagai timbal-balas SUMPAH mereka dalam GAMBAR tuh? Patutlah sampai sekarang HIDUP dia sekeluarga tak pernahnya AMAN.. Apa sahaja rancangan yang diATURnya untuk menJATUHkan DS Najib terMASUKlah dengan pengLIBATan para LANUN seperti di Sabah pasti GAGAL.. Kat sini pun dah terserlah siapa BENAR dan siapa SALAH.. Jadik, tak usahlah 'KENCING' lagi KONONnya dia sentiasa diUJI!


Mungkin kita patut jugak INGATkan kepada mereka yang sebelum ini menjadi SAKSI kepada SUMPAH LAKNAT kepada mana-mana INDIVIDU yang meLAKUkannya dalam GAMBAR tadi tetapi kemudiannya sanggup memBELOT kerana RELA diperHAMBAkan oleh MANUSIA 'Anugerah TUHAN' tadi.. Mereka patut ingat bahawa SUMPAH dengan NAMA Allah SWT bukanlah sesuatu yang boleh diambil RINGAN oleh sesiapa pun tak KIRA apa pun AGAMA mereka..


Mereka yang diMAKSUDkan itu patut TAHU bahawa mereka jugak TIDAK terKECUALI ditimpa BALASAN kerana menidakkan SUMPAH yang diLAFAZkan atas NAMA Allah SWT.. Apakah mereka yang memBELOT itu ingat SUMPAH sedemikian macam SEBUT 'PASSWORD' seperti 'M-O-K-H-T-A-R' aje ke? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..    

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS