DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, June 30, 2013

PerLANTIKkan PENGERUSI baru Tabung Haji - TIDAK perlu diRAIkan dan TIDAK perlu jugak untuk diCEMUHkan..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

ESOK kita diFAHAMkan bahawa TABUNG HAJI akan mendapat seorang PENGERUSI yang BARU.. Ada yang mengALU-ALUkan dan ada jugaklah yang menCEMUH perLANTIKkan DATUK Abdul AZEEZ Abdul RAHIM ini.. ->KLIK<-


Sudah tentulah ada PRO dan KONTRA yang akan WUJUD dalam mana-mana perLANTIKkan.. Namun demikian, kita memilih untuk TIDAK meRAIkan dan TIDAK jugak menCEMUH berHUBUNG perLANTIKkan DATUK AZEEZ Rahim ini.. 

Kita TIDAK menCEMUH perLANTIKkan DATUK AZEEZ kerana kita TAHU sumbangan dia selama ini terhadap AKTIVITI-AKTIVITI keMANUSIAan di serata DUNIA di Acheh, Somalia, Palestin, Pakistan dan BANYAK lagi NEGARA.. Bukan SENANG untuk orang seperti DATUK AZEEZ ini mengHABISkan MASAnya untuk AKTIVITI sebegini.. RAKYAT jugak sedia maklum bahawa bukan SEMUA orang mahu membuat AKTIVITI sebegini kerana GILAkan PUBLISTI.. Anda sanggup?


Ada jugak orang GILAkan PUBLISTI masuk ASKAR Wataniah KONON-KONONnya tetapi bila NEGARA kita diSERANG dek pengGANAS Sulu di Lahad Datu, ada tak mana-mana PERAJURIT kita yang terNAMPAK MUKA dia nih dok TEMBAK pengGANAS kat sana? KAH!KAH!KAH!

Ya.. Itulah yang memBEZAkan antara AKTIVITI yang diLAKUkan oleh DATUK AZEEZ dengan AKTIVITI yang diLAKUkan oleh orang kat atas tuh.. Itu pun masih RAMAI yang BUTA PERUT untuk meNILAI siapa yang GILA 'GLAMOUR' dan siapa pulak yang sanggup berSUSAH PAYAH ke 'GROUND Zero' seluruh DUNIA untuk menyampaikan BANTUAN kepada para penduduk MALANG di sana.. Apa pun, kita tak naklah MENGUTUK lebih-lebih sangat kerana kita diFAHAMkan orang itu tengah berDUKA LARA kerana RUMAHnya dimasukki peROMPAK.. TAKZIAH kita UCAPkan.. Lagipun, sudah LUMRAH yang RUMAH orang KAYA akan diROMPAK tanpa mengira bagaimana keKAYAan itu didapati! ->KLIK<-

Walaupun kita TIDAK menCEMUH perLANTIKkan DATUK AZEEZ, kita jugak TIDAK mengALU-ALUkan atau meRAIkan perLANTIKkannya sebagai PENGERUSI TABUNG Haji.. Kenapa? Ini kerana ada pihak mempunyai PENDAPAT seperti berikut:-

1) Kita CUAK dengan perLANTIKkan DATUK AZEEZ kerana adanya GAMBAR LAMA di zaman PM ke-5 seperti ini terSEBAR di INTERNET.. 


Ini akan memBUATkan RAKYAT terTANYA-TANYA apakah ada 'UDANG disebalik MEE' antara DATUK AZEEZ dengan orang-orang di dalam GAMBAR ini? RAKYAT akan mula bermain PERSEPSI apabila melihat keAKRABan DATUK AZEEZ dan orang-orang di dalam GAMBAR ini.. Jika ada yang tak kena dengan TABUNG HAJI sek-sok, keAKRABan di dalam GAMBAR ini pasti akan diperSOALkan nanti!

2) Kita memang TIDAK pernah berSETUJU dengan AMALAN meLANTIK orang-orang POLITIK atau mana-mana ahli PARLIMEN di GLC-GLC atau AGENSI-AGENSI kerajaan.. BAIK tak payah susah-susah pergi SEKOLAH? Baik berPOLITIK aje? Selain menDEDAHkan kepada PERSEPSI penyalahGUNAan KUASA, ianya akan dijadikkan MODAL untuk menuduh kerajaan mengAMALkan KRONISME.. Ini tentunya akan memBURUKkan IMEJ Kerajaan UMNO/BN sendiri!


Secara JUJURnya, DS Najib TIDAK perlu merasa terHUTANG BUDI kepada mana-mana ahli PARLIMEN selepas PRU-13 hingga meLANTIK mereka ke JAWATAN-JAWATAN tertentu dalam GLC-GLC.. Bukan SEMUA ahli PARLIMEN itu ada keLAYAKan yang sepatutnya untuk menerajui GLC-GLC itu.. Atau ini pun atas NASIHAT Ethos 'RASPUTIN' CONSULTANT jugak ke? Kerajaan sendiri buat apa?

3) PerLANTIKkan INDIVIDU yang menJALANkan AKTIVITI keMANUSIAan seperti DATUK AZEEZ ini diKHUATIRi akan meRENCATkan ORGANISASI dan OPERASI penyaluran BANTUAN oleh perTUBUHan keMANUSIAan yang diWAKILinya.. Jika itu berlaku, ianya sekaligus akan meMALUkan NAMA Malaysia di mata DUNIA.. 


Selain itu, RISIKO lain yang mungkin diperKATAkan ialah jika pengLIBATan di dalam AKTIVITI keMANUSIAan dijadikkan MODAL untuk mendapat tempat dalam POLITIK sekaligus mendapat JAWATAN dalam GLC-GLC tanpa perlu menimba PENGALAMAN terlebih dahulu..

Itu sebabnya kita TIDAK menCEMUH dan TIDAK jugak meRAIkan perLANTIKkan DATUK AZEEZ sedemikian rupa.. TAMBAH pulak dengan ORGANISASI seHEBAT TABUNG HAJI, ianya belum tentu akan menDATANGkan keBAIKkan kepada INDIVIDU yang diLANTIK dan jugak kepada ORGANISASI tersebut.. Jika berlaku sesuatu yang diluar JANGKAan, CONTOHnya jika ada 'LEVEL 4 Boys' cuba buat 'TAIK', apakah JAMINan bahawa Kerajaan UMNO/BN TIDAK akan mengHADAPi keMARAHan RAKYAT seperti apa yang berlaku terhadap Shin Corp di Thailand? Mungkinkah ini satu bentuk RANCANGan untuk meROSAKkan NEGARA ini?
   
Wallahualam.. 

1 comment:

Anonymous said...

dah takda org lain ke nak dilantik sbg Pengerusi Tabung Haji???ramai lg bekas pegawai tinggi tabung haji yg ada penalaman dan tau selok belok urusan tabung haji yg boleh dilantik.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS