DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, June 23, 2013

Sebuah lagi PROJEK 'PUOK-PUOK KERA' di TINGKAT 4 JPM atas NAMA DS Najib dan Kerajaan UMNO/BN?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PERTAMA sekali kita nak SEBUTkan di sini bahawa kita SENGAJA MALAS nak mengULAS perHIMPUNan puak-puak 'DAJJAL' di Padang Merbok tadi.. TIDAK ada apa-apa pun yang perlu diULAS kerana ianya TIDAK lebih daripada meLIHAT seKELOMPOK 'BEROK-BEROK' LIAR yang PERASAN mereka tuh memahami DEMOKRASI dengan memPELAJARinya menerusi KOMUNIS! IRONInya, kawasan berHAMPIRannya diFAHAMkan akan diMAJUkan oleh ANAK SYARIKAT Khazanah NASIONAL untuk menDIRIkan sebuah 'ATTRACTION' berNAMA Malaysia Truly Asia Attraction.. Inilah apa yang kita nak TULIS nih..

DiFAHAMkan, Khazanah telah diBERIkan 'HAK' untuk meROBEK kawasan HIJAU seLUAS 26.3 HEKTAR di sana untuk TUJUAN ini.. Siapakah yang memBERIkan 'HAK' dan kenapakah 'HAK' itu diBERIkan, itu kena TANYAlah kepada DS Najib sebagai PENGERUSI Khazanah NASIONAL.. Anda jugak boleh BACA BLOG APANAMA untuk mengetahui sebab-musabab untuk PROJEK ini.. ->KLIK<-


Kalau menurut BERITA Harian pulak, CEO ANAK SYARIKAT Khazanah itu KATA,

"Apabila siap kelak ia akan menjadi satu lagi tumpuan pelancong asing yang utama di Kuala Lumpur, kerana mereka hanya perlu menghabiskan antara tiga hingga empat jam untuk melihat keseluruhan budaya dan tarikan yang ada di Malaysia. Kawasan projek terletak strategik di pusat bandaraya dan kami akan mengekalkan kehijauan di kawasan itu kerana ia berhampiran dengan Taman Tasik Perdana dan Tugu Peringatan Negara," ->KLIK<-


Kita pun tak TAHUlah pelancong ASING manalah dalam DUNIA ini yang begitu BODOH nak meLAWAT sesebuah NEGARA untuk 3 atau 4 JAM sahaja? SeTAHU kitalah, keBANYAKkan pelancong ASING nih kalau meLAWAT NEGARA kita kerana terTARIK dengan keHIJAUan HUTAN walaupun di tengah-tengah KL, terTARIK dengan BUDAYA dan jugak kerana perBELANJAan yang agak MURAH.. Tak pernah lagi kita DENGAR pelancong ASING datang ke NEGARA kita untuk 3 atau 4 JAM hanya nak tengok 'ATTRACTION' seperti yang cuba diBINA oleh ANAK SYARIKAT Khazanah ini? 'BOSS-BOSS' Khazanah agaknya melancong lagu tuh kot?


Selalunya kalau ada PROJEK yang tak MASUK AKAL dan diILHAMkan pulak oleh GLC-GLC di bawah PM nih biasanya berKAIT RAPAT dengan 'PUOK-PUOK KERA' yang dok jadik KONSULTAN di TINGKAT 4 pejabat PM tuh.. Kalau ZAMAN PM ke-5 dulu kita menyaksikan 'PUOK-PUOK KERA' inilah yang menCADANGkan,

1) PengGABUNGan UTUSAN degan NSTP

2) PenSWASTAan IJN

3) PemBINAan LCCT di Labu, Negeri Sembilan

4) PemBATALan JAMBATAN Bengkok antara Johor dan Singapura

5) PemBATALan PROJEK MONOREL di Putrajaya

6) PemBATALan PROJEK 'DOUBLE Track' sebelum diSAMBUNG semula

7) PenJUALan SAHAM-SAHAM GLC kepada Temasek Holdings sebelum diBELI semula

NAMPAKnya 'PUOK-PUOK KERA' di TINGKAT 4 nih telah meMASUKki FASA BARU selepas PRU-13 dengan mengILHAMkan PROJEK sebegini.. Agak-agak siapakah yang POKETnya 'MASYUUK!' kerana KOMISEN untuk KONSULTAN PROJEK?

Apakah kita diLIHAT berSANGKA BURUK terhadap DS Najib dengan menulis pasal PROJEK ini secara NEGATIF dalam BLOG ini? Tak KISAH pun.. Kalau dah buat KERJA BODOH kenalah KATAkannya KERJA BODOH! Mungkin 'PUOK-PUOK KERA' di TINGKAT 4 tak BELAJAR sedemikian kot masa mereka kat OX-BRIDGE? Tuh pasallah 'PUOK-PUOK KERA' di TINGKAT 4 nih PERASAN mereka aje yang KONONnya dah BELAJAR kat 'OVERSEA'? Kalau takat ini aje ALASAN yang diBERIkan untuk mengHALALkan PROJEK sebegini, NAMPAKnya 'PUOK-PUOK KERA' di TINGKAT 4 nih masih belum CUKUP ILMU! Takkan SIJIL main BELI kot?

KLIK IMEJ UNTUK KE LAMAN WEB

Orang kalau buat PROJEK untuk RAKYAT, bukannya untuk kePENTINGan orang ASING atau untuk BUNCITkan PERUT sendiri dengan pelbagai KOMISEN! Dah le ALASAN untuk PROJEK ini macam BODOHkan orang? LOKASI pun tak STRATEGIK!

1) Lebuhraya MAHAMERU yang sentiasa SESAK akan berTAMBAH SESAK jika 'ATTRACTION' ini diBINA..

2) Semakin KURANG kawasan HIJAU di tengah-tengah KL yang menyegarkan..

3) Kalau nak diKIRA, sudah BANYAK 'ATTRACTION' yang diBINA dan boleh diAKSES dari KL seperti Sunway Lagoon, BERJAYA Times Square, Desa Water PARK, Genting HIGHLAND, I-City, Mines WONDERLAND dan lain-lain..      

4) Melaka, Pulau Pinang, Kota Bharu, Seri Menanti, Kota Kinabalu dan Kuching meRUPAkan DESTINASI pelancongan berCIRIkan keBUDAYAan RAKYAT kita..

Jadik? LOGIKkah ALASAN yang diBERIkan mereka KONONnya untuk menarik para pelancong ASING sekitar 3 atau 4 JAM dengan menDIRIkan 'ATTRACTION' sebegini? TAKJUB sangat ke pelancong ASING untuk meLAWAT 'ATTRACTION' sebegini? Bukankah lebih baik jika ANAK SYARIKAT Khazanah itu menumpukan kepada 'ATTRACTION' sedia ada MILIK mereka seperti KIDZANIA dan Legoland? Atau TUJUAN mereka sebenarnya nak memPARIAHkan lagi TANAH di sekitar KL? Terus-terang KATAlah, kalau RAKYAT terpaksa MENOLAK DS Najib dan UMNO/BN kerana menyimpan 'PUOK-PUOK KERA' TINGKAT 4 ini, mereka akan LAKUkan!

Wallahualam..

8 comments:

Anonymous said...

Surat terbuka untuk Datuk Sri Ah Jib Gor ...
Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah di atas kejayaan umno dalam pru pada tahun ini walaupun tanpa dokongan padu dari MCA dan MIC yang gagal memberi kemenangan bermakna kepada BN untuk membentuk kerajaan yang kuat.
MCA nyata menipu Datuk Sri dalam siri kempen pru ke 13 baru-baru ini. Tuan digelar Ah Jib Gor ... disambut dan dirai penuh meriah pada setiap kali program mereka anjurkan dan tuan dijemput sebagai tetamu kehormat selaku presiden BN. Tuan nampak begitu bersemangat dengan sambutan yang sebegitu rupa. Tetapi semasa mengundi ... jumlah undi dari mereka tidak sama dengan jumlah kehadiran mereka ke majlis Datuk Sri ... ke mana pergi semua undi tersebut? Datuk Sri tentu tahu jawapannya kerana Datuk Sri seorang lulusan tinggi ... bukannya orang kampung macam kami yang begitu setia mengundi Datuk Sri dan BN serta UMNO khususnya yang tidak pandai main wayang seperti mereka dan kami pun tidak pandai meminta lebih. Apa yang Datuk Sri bagi kami terima dengan syukur. Kami tidak pandai memberi nasihat kepada Datuk Sri seperti nasihat yang begitu berharga yang diberi oleh Omar Ong dan kumpulan penasihat yang ada disekeliling Datuk Sri. Dan dengan nasihat itu mereka mampu memiliki kekayaan yang tiada taranya yang tidak mampu kami rakyat marhaen di kampung nikmatinya walaupun kami hidup 7 kali selepas mati dan bekerja siang dan malam sepanjang kehidupan itu.
Tetapi sebagai rakyat marhaen, agak anih juga bagi kami kerana Datuk Sri tidak tahu bahawa bangsa yang Datuk Sri sanjung itu amat sukar untuk menyebut huruf “R”. Tetapi mereka memberi nama Ah Jib Gor kepada Datuk Sri ... Dan lebih anih lagi sebegitu ramai penasihat Datuk Sri ... seorang pun tidak perasan masalah yang nampaknya kecil itu tetapi sebenarnya mempunyai implikasi yang amat besar itu. Kenapa mereka tidak memanggil Datuk Sri sebagai Ah Jib Ho ... kerana setahu saya Ho itu bermakna “baik” dan Datuk Sri pun amat baik dengan mereka ... Ataupun Ah Jib Goh ... Sesuatu yang mereka senang sebut dan mesra dengan mereka.
Ah Datuk Sri ... tahukah kaum ini amat pendendam ... Ini kita boleh lihat kepada tindakan yang mereka perbuat sekiranya sesuatu perkara itu tidak mendatangkan untung kepada kaum mereka. Mereka akan menentang habis-habisan. Datuk Sri tahu tak apakah nasib yang telah menimpa sebuah filem melayu yang memaparkan kejayaan Tun Razak bapa kepada Datuk Sri dalam membangunkan ekonomi orang melayu ... Khabarnya filem itu diperap dalam stor pawagam milik kaum tersebut ... tidak ditayang sampai sekarang ... Kenapakah cerita kejayaan bapa Datuk Sri membangunkan ekonomi melayu melalui FELDA ini mereka ingin sorokan. Ah mungkin Datuk Sri tidak beminat dengan filem melayu ... lantas tidak mengambil tahu tentang nasib filem melayu yang malang itu. Datuk Sri ... alangkah baiknya jika Datuk Sri mengambil berat tentang nasib filem itu ... Bukannya apa ... sekurang-kurangnya jasa bapa Datuk Sri membangunkan bangsa melayu dapat diketahui oleh bangsa melayu yang telah lupa asal-usul mereka dan tidak mengetahui sejarah bangsa sendiri ... Apabila menyedari susah payah ayah Datuk Sri membangunkan bangsa yang serba naif ini dengan itu anak muda tidak akanmudah termakan hasutan pembankang ...
Kesinambungan dari itu ... Datuk Sri sebagai anak kepada Tun Razak telah menerima tempias akibat dendam mereka kepada Tun Razak. Ini kerana Tun Razak telah menubuhkan pelbagai agensi kerajaan untuk membantu bangsa melayu bangkit dalam pembangunan ekonomi. Ini amat tidak disenangi mereka. Agensi-agensi seperti FELDA, MARA dan pelbagai agensi lain yang ditubuhkan oleh kerajaan telah banyak membantu bangsa melayu ... Apatah lagi kebanyakan kakitangan agensi tersebut adalah dari kaum melayu ...

Anonymous said...

Maaf Datuk Sri ... ini hanya pandangan dari saya, orang kampung yang serba lemah akal dan fikir berbanding dengan akal dan minda penasihat Datuk Sri yang bijak bistari itu ... Datuk Sri tentu lebih minat mendengar nasihat mereka yang hebat-hebat itu ...
Datuk Sri ... hamba orang kampung tidak meminta banyak di atas nasihat tersebut ... bukannya 25% atau projek berjuta atau sebagai eksekutif sebuah syarikat tersohor sebagaimana yang Datuk Sri berikan kepada penasihat Datuk Sri .... Apatah lagi nasihat tersebut hanya nasihat yang kecil dan tidak bermakna kepada kejayaan politik Datuk Sri ... dan tidak pun menyebabkan satu majlis besar meraikan Datuk Sri hasil dari nasihat itu ...
Sebagai rakyat kecil dan tidak memiliki apa-apa ... saya hanya minta perkara yang kecil sahaja ... Pertamanya janganlah Datuk Sri perbuat sesuatu yang akan menyebabkan harga barangan naik dan menyebabkan kami, pengundi Datuk Sri yang tinggal di kampung-kampung menerima bahana akibat kenaikan harga barang tersebut. Saya amat yakin Datuk Sri akan mampu melakukannya kerana kebijaksanaan penasihat yang ada disekeliling Datuk Sri itu tentu dapat memikirkan idea yang bernas dan berguna kepada kami rakyat yang kecil ini.
Keduanya ... kami yang tinggal di kampung sukar untuk pergi ke bandar-bandar besar bagi mendapat perkhidmatan perubatan ... kami ini hidup kais pagi makan pagi ... kais petang makan petang ... alangkah molek rasanya jika kami mendapat perkhidmatan kesihatan di kampung kami sendiri ... jadi tidak perlulah kami menaiki teksi atau bas untuk ke bandar bagi mendapat rawatan kesihatan. Kami tidak minta hospital besar ... seperti kat bandar ... cukup rasanya sebuah klinik kecil yang ada seorang doktor ... dua orang pembantu perubatan dan beberapa orang misi disamping jururawat desa yang bertugas di klinik tersebut. Setidak-tidaknya seorang pembantu perubatan dan beberapa orang misi disamping jururawat desa. kami berharap waran perjawatan untuk perkhidmatan kesihatan di kampung-kampung ini ditambah ... bukannya apa ... budak-budak Datuk Sri kat JPA itu amat kedekut untuk menambah waran perjawatan ... ini akan menyebabkan masalah tersebut tidak akan selesai kerana tanpa waran perjawatan tentunya tenaga pekerja tidak akan bertambah. Budak-budak Datuk Sri kat JPA akan sentiasa melihat kepada waran perjawatan apabila mahu mengisi sumber manusia dalam mana-mana jabatan.
Ketiganya ... kami berharap sistem pendidikan di sekolah diperkemaskan ... kami berharap guru-guru ditambah dengan waran perjawatan juga ditambah ... bukannya apa ... budak-budak Datuk Sri kat JPA itu amat kedekut untuk menambah waran perjawatan ... ini menyebabkan banyak sekolah mempunyai masalah kekurangan guru ... tetapi tidak dapat di isi kerana waran perjawatan tidak dapat ditambah. Kasihan saya mendengar keluhan guru-guru yang gagal mendidik anak murid dengan baik kerana kekurangan guru ... tetapi apabila saya berjumpa dengan guru ... mereka beritahu jumlah guru tidak dapat ditambah kerana tiada waran perjawatan ... Malangnya anak kami, iaitu pelajar yang tinggal di kampung kerana tidak mendapat pendidikan yang sempurna akibat masalah kekurangan guru ini ... Dan anak kami ini adalah dari bangsa melayu yang telah mengundi parti politik Datuk Sri ... Saya juga memohon agar Datuk Sri menambah kemudahan bagi sekolah-sekolah yang berada di kawasan kampung ... jadi dapatlah anak kami menikmati prasarana yang sama dengan pelajar di bandar dan pelajar yang bijak pandai ... Ah projek yang Datuk Sri berikan kepada sekolah itu pun hamba sebagai rakyat tidak akan dapat memperolehi keuntungan apa-pun ... tetapi sekurang-kurangnya kontraktor yang merupakan anak-anak melayu tempatan dapat sedikit manfaatnya ... mereka ini jugalah yang banyak membantu parti Datuk Sri semasa PRU baru-baru ini ... sedangkan saya dan rakyat lain hanya menumpahkan setia kepada parti pimpinan Datuk Sri ...

Anonymous said...

Keempatnya ... kami amat berharap keselamatan negara di pertingkatkan ... Janganlah setelah berlaku sesuatu peristiwa seperti kes Lahad Datu ... barulah anggota keselamatan di tempatkan di tempat itu ... dan lebih malang lagi jika penempatan itu hanya bersifat sementara dan waran perjawatan pun hanya dipinjam dari lain-lain bahagian ... kasihan kat bahagian yang mana waran perjawatan itu dipinjamkan kat sana maka bahagian yang memberi pinjaman perjawatan itu di atas kertas akan kelihatan ... perjawatan ada ... kekuatan ada tetapi orang itu tiada di bahagian tersebut kerana bertugas di tempat lain ... Inilah antara rungutan yang saya dengar apabila saya bersembang dengan beberapa orang polis di kampung saya. Saya juga amat berharap Datuk Sri menambah waran perjawatan di balai-balai polis memandangkan tugas sebagai penguatkuasa undang-undang kini amat mencabar tambahan pula ulah yang dibuat oleh pihak pembankang pada setiap hujung minggu menyebabkan beban tugas mereka bertambah selain dari tugas-tugas harian yang perlu mereka lakukan. Saya juga amat berharap agar balai-balai polis yang baru dibina di kawasan taman-taman perumahan dan dibekalkan dengan waran perjawatan dan anggota yang mencukupi ... Kepesatan pertambahan taman-taman perumahan tanpa bertambahnya anggota polis melalui pembinaan balai-balai polis dan penempatan anggota di balai-balai berkenaan bersama waran perjawatan yang baru menyebabkan masalah keselamatan penduduk setempat tidak dapat siatasi dengan berkesan.
Datuk Sri ... dadah adalah merupakan masalah utama negara ... sehingga digelar sebagai musuh no 1 negara ... ini adalah suatu realiti, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membasmikan masalah dadah ini ... namun malangnya kesannya seakan tidak dicapai .... masalah dadah tidak dapat diatasi ... bukan untuk membasmi ... untuk mengurangkan pun seakan jauh sekali. Undang-undang memang telah ada dan memang kelihatannya telah terlaksana ... namun kepincangan di sana sini menyebabkan perlaksanaannya jauh dari mencapai matlamat. Bayangkan Datuk Sri ... apabila saya pergi ke balai polis dan berhubung dengan bahagian anti dadah di balai berkenaan dan mengadu bahawa pada masa itu anak buah di kampung saya sedang membuat onar kerana kesan dari penagihan dadah ... saya diberitahu bahawa oleh polis tersebut bahawa pada malamnya mereka telah keluar dan membuat operasi menangkap penagih dan pengedar dadah. Hasilnya mereka telah berjaya menangkap beberapa orang penagih dan beberapa orang pengedar dadah yang memiliki sejumlah dadah dan kini anggota yang sama ... yang masih belum berehat ... perlu melakukan tugas lain ... seperti membawa pesalah dadah tersebut ke mahkamah dan ke hospital dan lain-lain tugas lagi ... mereka kini tidak mempunyai orang untuk membantu saya menangkap anah buah saya yang sedang membuat onar akibat ketagihan dadah itu ... kasihan saya kepada mereka Datuk Sri ... komited mereka kepada kerja amatlah saya sanjungi ... tetapi kekangan mereka dalam melaksanakan tugas dengan berkesan kerana kurangnya orang untuk melaksanakan membuat saya terharu ...

Anonymous said...

Itu adalah antara contoh jabatan kerajaan yang saya lihat menghadapi masalah kurang orang dan kurang perjawatan di dalam jabatan mereka. Ada yang mana satu jabatan tu ... apabila saya pergi ke pejabatnya ... saya tidak pernah berjumpa dengan pegawainya ... kerana apa Datuk Sri ... kerana pegawainya perlu menjalankan tugas di luar pejabat ... iaitu membuat lawatan ke tapak-tapak projek yang diusahan oleh orang kampung dan untuk makluman Datuk Sri ... jabatan itu hanya mempunyai seorang pegawai sahaja ... dialah kerani ... dialah pegawai ... dialah pemandu ... dan dialah segala-galanya ... ada kalanya dia perlu hadir kursus dan menyebabkan pejabatnya tertutup tanpa ada orang bertugas. Saya yakin Datuk Sri tidak melihat masalah yang kecil ini kerana terlalu asyik memikirkan perkara yang besar-besar tetapi kekangan yang sata beritahu itu ada kaitannya dengan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sebagaimana yang Datuk Sri war-warkan. Sistem tersebut tidak akan mampu bergerak dengan optimun sekiranya orang yang perlu mengendalikan sistem itu tidak cukup ... walaupun sistem itu mampu bergerak ... ianya seumpama menggunakan tayar dengan tiga skru ... sedangkan tayar kereta itu perlu empat skru ... maka lama kelamaan tayar tersebut akan rosak ... bahkan rim dan lain-lain akan jahaman ... memang kereta tersebut boleh bergerak ... tetapi ianya hanya untuk pergi ke benkel bagi diperbaiki dan ditambah skru tersebut ....
Rasanya sudah banyak saya sampaikan ... harap-harap Datuk Sri luangkan masa untuk membacanya dan melaksanakan permintaan saya penduduk kampung yang serba naif dan daif ini yang mengharapkan slogan Datuk Sri iaitu Rakyat Diutamakan tercapai .... sekian ....

Anonymous said...

nak tengok jugak kebijakkan menilai ekonomi pelancongan oleh Dato Sri Najib tahap mana?Apa kata,beliau.Kalau seriuslah sangat nak buat ekonomi pelancongan, boleh tiru mcm kat dubai.Gelanggang tertutup boleh main ski salji bukan mcm kat ict.Mmg sesuai dgn pasaran terbesar di rantau asia tenggara dgn cuaca panas.Industri pelancongan merentas hutan pun boleh buat,cuma kena study bentuk muka bumi,kemudahan setiap pos perhentian dgn rekaan selari rupa bentuk hutan.Akhir sekali,kena rujuk pengalaman dgn pendaki gunung.

Anonymous said...

kita yg dok undi bn, memang nak kasi pemimpin yg ada penasihat kaut habis segala kekayaan. next pilihanraya, bn mungkin boleh bungkus sebab jadi pembangkang. apa punya perdana menteri tah. rasanya yang banyak guna penasihat untuk mentadbir, dua pm yg terakhir la. kita pilih sebagai pemimpin, dia senang mudah, lantik pulak orang lain untuk jadi penasihat memimpin negara. sapa tah yg buat keputusan. kalu tak bekerja sebagai pm dan asyik penasihat jer, alamatnya, bn akan the end dan ah jib gor akan jadi pm yg menjadikan bn memerintah yg terakhir la. apa guna undi bn, serupa bagi undi kat pas juga. mangkuk punya pemimpin yg tidak berfikir tetapi orang lain yg tolong fikirkan. harap kalu cerita ni tak betul, pemimpin dan yg tersenarai nama saman tuan punya blog.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TerTANYA-TANYA kita nih UNDI siapa seBENARnya?

Wallahualam..

Anonymous said...

Kalau dah amalkan Dasar"masyukk komisen" dgn projek malaysia truly asia attraction mcm nie,abis ler masyukk pendapatan kerajaan negeri yg juga mengharap hasil produk pelancongan yg sama.Maka, pendapat tmpt lain akan mengecut dan tertumpu ke satu tempat kos tanah yg tinggi utk di kembangkan.Itu sudah membazir namanya.Maknanya kita dah terbalikkan,periuk nasi kita ke tanah.Sebab tak de untung.Yg masyukk banyak keluarpun banyak utk berkembang, sbb area kuala lumpur mmg mahal.Kalau nak jana pendapatan masyukk komisen kroni2pun,buat lah produk perlancong yg menjangkakan impact yg besar di persekitarannya boleh berkembang berkali2 ganda dan murah berbanding kuala lumpur yg tepu serta menjana pendapatan negara yg besar di masa2 hadapan.Banyak tema produk pelancongan yg boleh di fikirkan dan tidak bertindih serta bersaing sesama sendiri di dlm malaysia.Buat malu dgn singapore aje.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS