DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, June 19, 2013

UMNO patut menCADANGkan pemilihan PEMIMPIN menerusi FORMAT RANCANGan REALITI TV!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

UMNO sebenarnya BODOH kerana TIDAK lagi meLAHIRkan PEMIMPIN.. UMNO sekarang sibuk meLAHIRkan ARTIS yang cuma pandai berLAKON sebagai PEMIMPIN.. Kita TIDAK NAFIkan ada ARTIS yang BIJAK meMAINkan EMOSI para PENONTON.. Namun demikian, ARTIS yang diLAHIRkan oleh UMNO cumalah ARTIS MURAHan yang berLAKON pun ala-ala pementasan budak TADIKA tetapi masih dapat MENIPU RAMAI perWAKILan UMNO setiap kali PAU.. Jadik, nak KATA apa lagi kalau bukan BODOH? UMNO patut menyediakan PLAN untuk jadik pemBANGKANG pada PRU-14 nanti.. Bukan sebab LAWAN mereka KUAT tetapi sebab kerap diTIPU oleh SPESIS PEMIMPIN begini!

Dalam KONTEKS yang diNYATAkan, pasca PRU-13 menyaksikan BN semakin LEMAH tetapi UMNO KEKAL KUAT.. UMNO KEKAL KUAT kerana SOKONGan MAJORITI Melayu/ISLAM masih KUKUH dan ENGGAN meLEPASkan penTADBIRan NEGARA kepada mereka yang mengHINA ISLAM, KeSULTANan Melayu dan HAK-HAKnya.. Namun demikian, jika UMNO ENGGAN meLENYAPkan SPESIS berOTAK LIBERAL dari dalam PARTInya, PRU-14 pasti UMNO hanya PARTI yang bakal TINGGAL SONGKOK sahaja.. KeGAGALan UMNO memperTAHANkan KERUSI mereka di Selangor dan meRAMPAS Kelantan sepatutnya menjadi ASAS kepada keTAKUTan seperti ini..


Apakah tiada lagi PEMIMPIN yang ada KUALITI dalam UMNO? Apakah tiada lagi yang boleh diCUNGKIL bakat kePIMPINan daripada Pemuda UMNO? Ada lagi ke? Kita berSETUJU 100% dengan apa yang diTULIS oleh Kamarulzaman KAMDIAS dalam BLOG Kepal NASI Kepal BERAS terhadap seorang PEMIMPIN Pemuda UMNO,

"Ke arah mana golongan belia mahu dihalakan oleh KJ? KJ mahu belia berfikir cara mana? KJ mahu belia jadi apa? Kecenderungan yang bagaimana yang KJ mahu gembeling pemikiran dan budaya belia hari ini?

Jika difikir dan dianalisa semua persoalan dan kemungkinan-kemungkinan apa sebenarnya yang KJ mahu lakukan, tiada jawaban yang lebih tepat melainkan Menteri Belia ini hanya mahu menjadi pemimpin populis yang menjadi igauan segenap penjuru. 

Dia mahu menjadi "darling" kepada akhbar perdana pro kerajaan. Dia juga mahu menjadi "darling" kepada media pro-pembangkang. Dia mahu media perdana dan media pro-pembangkang sama-sama menjadikan dia sebagai ikon tunggal orang muda yang paling dinanti-nantikan. 


Dia juga mahu dirinya dikenali sebagai sebagai Ketua Pemuda UMNO yang berkebolehan dan berkeupayaan untuk memperjuangkan agenda golongan muda melayu yang trendy. Dia juga mahu dikenali sebagai pemimpin muda "Masakini" yang paling relevan untuk semua keadaan, semua ideologi dan semua segmen anak muda. 

Dia mahu dilihat sebagai "ikon sesumpah" yang paling relevan untuk mewakili semua segmen golongan muda yang wujud di Malaysia. Expectation beliau, dengan cara populis ini kononnya seluruh segmen belia akan dapat ditarik. Seterusnya kerajaan BN akan mendapat sokongan majoriti anak muda di atas pengaruh peribadi Khairy Jamaludin." ->KLIK<-

Oleh itu, UMNO patut mengGUNAkan PLATFORM seperti TV3 untuk menerbitkan RANCANGan REALITI TV bagi menCUNGKIL bakat-bakat kePIMPINan dalam PARTI mereka.. Kaedah untuk meMUNCULkan PEMIMPIN dengan meLATIH mereka dari peringkat CAWANGAN, BAHAGIAN hingga ke PUSAT sudah TIDAK PENTING lagi.. Lagi pun, ZAMAN-ZAMAN 'POYO' nih mana ada lagi ANAK-ANAK MUDA yang MAHU melalui jalan SUSAH ke PUNCAK KUASA? SEMUAnya nak 'GLAMOUR' dan PUBLISITI sementara UMUR mereka masih MUDA.. Seperti mana ARTIS, MASA inilah mereka nak buat DUIT pun.. Bila dah TUA nanti, taklah diLUPAkan macam KAIN BURUK aje!

SOAL PEMIMPIN sebegini TAHU buat KERJA atau TIDAK, TOLAK ke tepi dulu.. SOAL samada mereka BENAR-BENAR memahami perJUANGan UMNO pun TOLAK ke tepi jugak.. Apa yang PENTING, keHEBATan OTAK LIBERAL mereka perlu diperLIHATkan untuk menjadi PILIHAN dan menDAPAT UNDI 126 RIBU AHLI-AHLI UMNO di seluruh CAWANGAN dan BAHAGIAN.. Tak usah KIRAlah berapa RAMAI AHLI-AHLI UMNO yang akan MUNTAH di KACA TV meLIHAT PE'EL mereka ini.. Panel HAKIM untuk meNILAI pulak bolehlah diPILIH dari kalangan 'SELEBRITI' ini.. Bukankah 'SELEBRITI' ini ialah PRODUK UMNO di kalangan UMAT Melayu/ISLAM?


Jika UNDI diLAKUkan menerusi SMS pun AHLI-AHLI UMNO pasti TIDAK akan terLIBAT dengan GEJALA POLITIK WANG.. Ye la.. Nak SOGOK ikut mana? Lagi pun RAMAI AHLI-AHLI UMNO meMILIKki lebih daripada DUA 'HENSET'? Jadik, dah SAH-SAH pemilihan UMNO ala-ala REALITI TV ini 'BERSIH'.. BETUL tak? DS Najib dan TS Muhyiddin pun tak perlulah SAKIT KEPALA kerana PEMIMPIN sebegini lebih HEBAT KUALITInya berBANDING mereka? Sudah tentu RAKAN-RAKAN BN yang lain pun akan IKUT aje jika ini SPESIS PEMIMPIN yang dipilih dalam UMNO? Bukankah ini memBUKTIkan pemikiran OTAK LIBERAL PEMIMPIN UMNO menyamai puak-puak PR?

Wallahualam.. 

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS