DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, October 23, 2013

DILEMA 'RAKYAT Kedah MAHUkan DS Mukhriz tetapi 'REJECT' UMNO' di PRK DUN Sungai Limau?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

AKHIRnya selesailah sudah peNAMAan CALON untuk PRK DUN Sungai Limau.. Kita pun dah TAHU siapa CALON meWAKILi UMNO/BN dan siapa pulak meWAKILi PAS.. KeDUA-DUA CALON ialah CALON terBAIK meWAKILi PARTI masing-masing.. SOALnya, mampukah CALON tersebut membawak keMENANGan dan apakah SENARIO POLITIK semasa memihak kepada UMNO/BN? Itulah yang patut kita BINCANGkan kali ini.. Dalam KONTEKS ini, apa KATA kalau kita mengKHUSUSkan kepada UMNO/BN terlebih dahulu terUTAMAnya SENARIO PASCA pemilihan UMNO? Apakah PELUANG UMNO/BN masih CERAH selepas keGAGALan TRANSFORMASInya?

Kita sedia MAKLUM MB Kedah GAGAL secara berMARUAH dalam perCUBAannya untuk menjadi Naib PRESIDEN UMNO kali ini.. Walaupun dia diFITNAH dan ada pulak 'ANAK OMAK' yang meMINTA 'OMAK'nya memBURUKkan dia dalam NST, dia masih mampu meRAIH UNDI POPULAR yang mampu memBUKAK MATA kePIMPINan UMNO yang selama ini PERASAN diri mereka seakan TURUN dari KAYANGAN.. Namun demikian, disebabkan UMNO 'SENGAJA' memilih UNDI ELEKTORAL untuk menentukan keMENANGan, maka KALAHlah MB Kedah ini dan KECEWAlah RAKYAT terUTAMAnya UMAT Melayu/ISLAM untuk menyaksikan perUBAHan dalam UMNO..


IRONInya, seBAHAGIAN BESAR UMAT Melayu/ISLAM jelas MAHUkan perUBAHan dalam UMNO yang sedia ada ini.. Mereka MAHUkan PEMIMPIN yang menjaga kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM bukannya PEMIMPIN yang sanggup menJUAL NAMA UMNO seMATA-MATA untuk mengekalkan JAWATAN.. IMPAK daripada pemilihan UMNO ini akan memBERIkan KESAN kepada PRK DUN Sungai Limau kali ini.. PengUNDI Kedah yang RATA-RATAnya SUKAkan DATUK Mukhriz tetapi KECEWA dan MELUAT dengan kePIMPINan UMNO yang BARU diPILIH kali ini.. Apakah UMNO mampu mengekang tahap MELUAT seBAHAGIAN BESAR RAKYAT?

DiLAPORkan pulak Wanita UMNO cuba mengGUNAkan SLOGAN DATUK Mukhriz iaitu 'BERANI berUBAH' sebagai SLOGAN KEMPEN untuk PRK Sungai Limau kali ini.. Alahai.. NAMPAK sangat dah takde MODAL 'BOSS' Wanita UMNO yang telah mengHURU-HARAkan PARTI dalam ISU NFC untuk memPOPULARkan diri! ->KLIK<-


Kita pun terTANYA-TANYA apakah RAKYAT Kedah mampu diperBODOHkan dengan SLOGAN sedemikian walaupun HAKIKATnya mereka menyaksikan sendiri pemilihan  UMNO Kedah untuk JAWATAN Naib KETUA Wanita UMNO diNAFIkan oleh CALON yang lebih berUSIA? TIDAKkah SLOGAN itu JANGGAL untuk Wanita UMNO GUNAkan?

RAKYAT Kedah NYATA sekali MAHUkan PEMIMPIN yang mengUTAMAkan kePENTINGan UMAT melayu/ISLAM bukannya SPESIS PEMIMPIN UMNO yang dah diKORUPkan dan terHUTANG BUDI dengan KAUM lain yang jelas menolak UMNO.. Nak CONTOH? Baiklah, kita LIHAT balik kenyataan terBARU MT UMNO dari Johor..

"Kita tidak harus lupa pengundi Cina banyak membantu BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum 1999 apabila Umno, parti yang menunjangi BN berpecah ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Tetapi semasa pilihan raya umum baru-baru ini, mereka ambil kesempatan daripada perpecahan itu untuk menyokong pembangkang dengan harapan boleh mengubah kerajaan. Bagaimanapun, ia tidak bermakna kita harus mengetepikan mereka kerana jika mahu terus berkuasa dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka," ->KLIK<-


Haa.. NAMPAK tuh? NAMPAK tak setakat mana UMNO menjaga kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM hanya untuk PEMIMPIN mereka mengekalkan JAWATAN dalam PARTI aje? Jangan terKEJUT bahawa itulah 'MIND-Set' yang telah terTANAM dalam KEPALA OTAK para PEMIMPIN UMNO dari Johor dan Pahang yang telah diKORUPkan semasa pemilihan PARTI yang terBARU.. Mereka lebih RELA diSOGOKkan dengan 'FULUS' daripada KAUM 'AH-Beng' seMATA-MATA untuk meNAFIkan mana-mana PEMIMPIN yang mengUTAMAkan kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM diNAFIkan daripada memegang JAWATAN dalam PARTI UMNO ini..


UMNO sebenarnya sedang meng'KAMBING-HITAM'kan PEMIMPIN seperti DATUK Mukhriz ini.. Jika UMNO KALAH pada PRK DUN Sungai Limau, pasti kePIMPINan yang baru diPILIH akan mengatakan bahawa perJUANGan untuk kePENTINGan UMAT melayu/ISLAM sudah TIDAK RELEVAN lagi.. Jika UMNO MENANG pulak, dengan MUKA tak MALUnya mereka akan mengatakan bahawa kePIMPINan 'LIBERAL' DS Najib pulak diTERIMA.. KONON-KONONnya pulak, TRANSFORMASI DS Najib diTERIMA oleh RAKYAT walaupun HAKIKATnya ia GAGAL SAMA sekali apabila meLIHAT keputusan pemilihan UMNO.. Itulah dia HAKIKI di dalam UMNO sekarang..

Jadik, DATUK Mukhriz patut SEDAR bahawa dia TIDAK perlu terlalu 'CENTRIST' kepada kePIMPINan UMNO sedia ada.. DATUK Mukhriz patut membawa sendiri ASPIRASI perJUANGannya untuk UMNO Kedah dan RAKYAT Kedah secara UMUM.. Apa pun keputusan PRK DUN Sungai Limau kali ini, ia sepatutnya menunjukkan ISYARAT bahawa DATUK Mukhriz sememangnya PEMIMPIN RAKYAT Kedah dan bukannya PEMIMPIN UMNO seMATA-MATA.. Kalau diTAKDIRkan UMNO 'LEBUR' pada PRU-14 nanti pun, RAKYAT Kedah akan tetap KEKAL berSAMA DATUK Mukhriz yang diLIHAT jauh lebih JUJUR dan berWAWASAN berBANDING yang lain..

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

Kupasan yang menarik. Tulisan ini mewakili pemikiran kebanyakan orang Kedah sekarang. Saya sendiri terkejut bila DSS tanpa rasa malu mahu menggunakan tag line DPMM. Sebaik-baiknya UMNO luar jgn datang berkempen. Orang Kedah masih terasa. Biarkan UMNO Kedah yang bekerja. Peluang lebih cerah. Pemuda dan Wanita UMNO terutama jgn datang ke Kedah. Fikirlah saranan saya ini. Kalau mereka datang bereerti mereka sengaja mahu sabotaj DPMM sama seperti PAU. Saya rasa DPMM boleh menyusun gerak kerja bagi PRK Sg Limau kerana beliau telah pun bekerja menentang seluruh jentera Wanita dan Pemuda UMNO dalam PAU yg telah berlalu yg jelas untuk mengenepikan beliau. Saya mohon sokongan tuan empunya blok ini

Anonymous said...

Saya bukan orang Kedah, TAPI SANGAT SETUJU dengan posting ini.

Syabas!

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Inilah IBARAT 'TARIK mati EMAK, LUAHkan mati BAPAK'..

UMNO harus berSEDIA untuk menJAWAB jika diTANYAkan,

"Buat apa kami di Kedah berSUSAH-PAYAH untuk UMNO Pusat (DiBACA UMNO Johor dan Pahang) yang berMATI-MATIan mengekalkan PEMIMPIN yang TIDAK POPULAR di kalangan RAKYAT?",

Inilah DILEMA bukan sahaja untuk UMNO Kedah, malah untuk UMNO secara keSELURUHannya..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS