DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, October 20, 2013

CALON Melayu/ISLAM yang POPULAR dalam BLOG tetapi telah di'MANDI'kan dengan JAYAnya oleh UMNO sendiri?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ini bukan sekadar SINIS.. Namun demikian, para juruBLOG yang masih PERCAYAkan KONONnya UMNO masih memBERIkan TEMPAT kepada INDIVIDU yang memPERTAHANkan kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM sudah TIDAK diBERIkan TEMPAT lagi dalam UMNO.. Ya.. Kita tak NAFIkan beberapa 'OTAI' yang SUKAR diGUGAT dan keLIHATan memPERTAHANkan kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM.. Namun demikian, bagaimana dengan mereka ini yang diPILIH oleh RAMAI para juruBLOG kerana penampilan mereka yang seakan 'HEROIC' terhadap perJUANGan UMNO yang ASAL? SeKURANG-KURANG mereka HERO yang tak MENGADU kat 'OMAK'! KAH!KAH!KAH!


HARI ini mereka di bawah ini dan juruBLOG yang memPROMOSIkan mereka ini patut SEDAR bahawa perJUANGan TOKOH-TOKOH di bawah ini terhadap kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM atau seKURANG-KURANGnya perJUANGan ASAL UMNO dah diHAPUSkan 100% .. Apabila mereka ini TIDAK lagi diPILIH oleh KONON-KONONnya 146 RIBU perWAKILan UMNO, di manakah lagi RELEVANnya perJUANGan UMNO untuk kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM? Ada lagi ke? Berikut ialah SENARAI TOKOH-TOKOH yang diPROMOSIkan oleh beberapa juruBLOG terkemuka tetapi terBUKTI telah di'MANDI'kan dengan JAYAnya oleh perWAKILan UMNO sendiri HARI ini..

Kita MULAkan dengan TOKOH yang paling MALANG dan begitu sekali diHINA oleh UMNO walaupun JASAnya terhadap UMNO terlalu BESAR.. 


Kalau IKUT KATA BLOG RBF dan HOUSE PK, tanpa TOKOH Wanita ini Perak akan GAGAL diRAMPAS oleh UMNO/BN.. HARI ini apakah NASIBnya? Selanjutnya kita SENARAIkan ajelah ye..


HE!HE!HE! MINTAK MAAFlah pasal TOKOH yang kat ATAS nih kita takdelah SOKONG mana pun pasal kita WAS-WAS 'RELATIONSHIP' dia dengan si 'ANAK OMAK' penCETUS HURU-HARA dalam UMNO.. NAMPAKnya dia dah di'MANDI'kan dengan JAYAnya dek 'ANAK OMAK' tadi?

Apa pun, TOKOH yang NAMPAKnya CUKUP SERONOK di'MANDI'kan HASIL peRANCANGan 'ANAK OMAK', 'OMAK'nya dan jugak 'MENTERI AMARAN' ialah MB Kedah DATUK Mukhriz ini..


Oppss!! TUNGGU dulu!! Dia bukanlah menerima NASIB yang sebegitu MALANG.. Lebih MALANG lagi untuk kedua-dua TOKOH VETERAN ini yang SEMANGAT keMELAYUan mereka begitu HEBAT tetapi langsung TIDAK diHARGAi oleh UMNO kerana KONON-KONONnya menurut KATA 'ANAK OMAK', SEMANGAT sebegini TIDAK 'CENTRIST' dan menJAUHkan UMNO daripada generasi Y?


 Nak KATA apa lagi? Kedua-dua TOKOH ini sebenarnya asyik terKENA dengan si 'ANAK OMAK' aje setiap kali pemilihan UMNO.. BETUL tak? HE!HE!HE!

Apa pun, keSEMUA mereka dia atas terpaksa menerima HAKIKAT kerana mereka TIDAK mampu meLAKUkan seperti TOKOH-TOKOH LIBERAL atau 'CENTRIST' dalam UMNO ini LAKUkan..




Kepada mereka yang teRASA di'MANDI'kan tadi, mungkin anda meRASAkan UMNO Johor dan UMNO Pahang memulaukan anda.. Anda patut TAHU bahawa BERAPA RAMAI agaknya TAIKUN 'AH-Beng' dari Singapork dan TOKEY-TOKEY BALAK 'AH-Beng' di Pahang telah menaburkan 'FULUS' bagi memastikan mana-mana TOKOH yang memPERJUANGkan kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM diHAPUSkan dari kePIMPINan UMNO sejak pemilihan semalam? HE!HE!HE!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

aku isytihar keluar UMNO..parti yang menjijikkan..memalukan..Parti yang telah khianat pada bangsa dan agama sendiri..Macam nak ludah2 jer tgk mulut pondan n c liberal yang ternganga besar tu..sakitnyerrr hatiiii!!!!! Ketawa pun dah mcm buaya tua ala2 muka pondan tak siap..alahai...nasib badan... Hati kat UMNO..tapi UMNO sendiri gali kubur untuk PRU14..Macam bodoh jer kita nie kan..mengharap perjuangan yang suci, asli dan ikhlas..Rasanya macam nak meraung bila melihat keputusan semalam...sedih2 dengan sikap perwakilan UMNO..Alahai melayu...

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau PAS CERDIK, PAS boleh mengatasi UMNO.. Asalkan PAS PERCAYA bahawa perJUANGan LIBERAL dan 'CENTRIST' yang diGEMBAR-GEMBURkan oleh PKR dan DAP La'anatullah TIDAKlah seperti yang diGAMBARkan..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS