DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, October 19, 2013

Sebelum PRU-14 DS Najib dan TS Muhyiddin BAKAL di'MANDI'kan oleh perWAKILan UMNO yang diPILIH HARI ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tatkala perWAKILan UMNO sedang SYOK berMESYUARAT, ada PLOT sedang diRANCANG untuk menJAHANAMkan UMNO.. Tatkala ada perWAKILan PERASAN KONONnya mereka meRASAkan UNDI mereka antara yang bakal diKIRA dalam 146 RIBU UNDI tersebut sedangkan sebenanrya hanya UNDI 191 BAHAGIAN yang diKIRA, keDUDUKan DS Najib dan TS Muhyiddin sedang diRANCANG untuk meROBEK sebelum PRU-14.. Tatkala MEDIA The Malaysian INSIDER menyiarkan perMOHONan MAAF untuk KOMPLOT yang diRANCANG bersama 'ANAK OMAK' si 'BOSS' Pemuda UMNO, rancangan sedang diATUR untuk pengGANTIan DS Najib!


Anda masih KATAkan kita berKHAYAL lagi? DS Najib dalam TAHUN-TAHUN menDATANG akan diLIHAT seperti keDUDUKan TUNKU Abdul RAHMAN pada TAHUN 1969.. Akan ada SUARA daripada Pemuda dan Wanita UMNO MAHUkan DS Najib dan TS Muhyiddin diGANTIkan sebelum PRU-14.. KONONnya, mereka berdua ini TIDAK lagi sesuai bagi meWAKILi HASRAT GENERASI Y yang diPUTAR-BELITkan pulak KONONnya semakin berTAMBAH dalam Pemuda UMNO!



Eh! Ini bukan perkara BARU pun.. Ini kerana DS Najib TIDAK menguasai SEMUA KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO pun.. PEMIMPIN peringkat Pemuda UMNO akan NAIK mengGANTIkan mana-mana PEMIMPIN yang MAHUkan UMNO KEKAL memPERTAHANkan kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM di NEGARA ini.. Sekarang ini, siapa yang BANYAK 'FULUS', dialah menjadik RAJA.. Bukanlah KATA DS Najib tak de 'FULUS' tapi DS Najib atau TS Muhyiddin akan berMASALAH kalau diKETAHUi mereka mengGUNAkan 'FULUS' untuk keDUDUkan dalam PARTI ini..


Sedangkan kalau SEPUPU DS Najib meRANGKAP 'MENTERI AMARAN' yang cuba memPERTAHANkan JAWATAN Naib PRESIDEN UMNO itu mengGUNAkan 'FULUS', ianya akan dianggap suatu keWAJARan oleh keBANYAKkan AHLI-AHLI UMNO selepas pemilihan HARI ini.. Begitu jugak dengan 'ANAK OMAK' yang jadik 'BOSS' Pemuda UMNO dan jugak 'BOSS' Wanita UMNO itu.. Ini kerana, jika mereka mengGUNAkan 'FULUS' untuk jaga JAWATAN mereka, ianya TIDAK SALAH pasal keBANYAKkan yang menyokong mereka jugak lebih LAPARkan 'FULUS' berBANDING LAPARkan NASI! Itulah penCAPAIan SAYAP UMNO itu..

Apa yang ingin diCAPAI oleh UMNO dengan berTAMBAHnya AHLI-AHLI yang LAPARkan 'FULUS' berBANDING LAPARkan NASI selepas ini? KeMENANGan pada PRU-14? Err.. Bukan ke MUKA yang SAMA jugak terLIBAT dalam PRU-13 lalu? MCA dan MIC pun akan TUKAR PEMIMPIN sebelum PRU-14, jadik kalau anda menJANGKA MUKA-MUKA ini mengGANTIkan DS Najib, setakat mana UMNO/BN akan MENANG pada PRU-14 nanti? Oh ya.. DS Najib dan TS Muhyiddin akan diperTANGGUNG-JAWABkan selepas ini atas penCAPAIan PRU-13, MATInya UMNO di Selangor dan Pulau Pinang serta LUMPUHnya UMNO di Terengganu..


Kenapa TIDAK? Bukankah kalau SEPUPU DS Najib dan 'ANAK OMAK' itu berGANDINGan KONON-KONONnya sebagai PEMIMPIN GENERASI Y dalam UMNO pada PRU-14 nanti, UMNO pasti akan mendapat berJUTA-JUTA UNDI golongan ini? GENERASI Y akan meLUPAkan segala macam KISAH dan TRAGEDI seperti INSIDEN Lahad Datu, ISU NFC, penJUALan MV Agusta, pemBATALan jambatan BENGKOK dan MENYAMUN GLC-GLC.. Walaupun sebelum ini GENERASI Y inilah yang meLETAKkan keSALAHan itu kepada UMNO di bawah kePIMPINan DS Najib sebelum ini menerusi MEDIA SOSIAL.. Ye la.. Melayukan MUDAH LUPA?


TS Muhyiddin yang PERTAMA sekali akan diGANTIkan dengan SEPUPU DS Najib meRANGKAP 'MENTERI AMARAN'.. Walaupun seluruh NEGARA TAHU sangat setakat mana sangat keBIJAKsanaan dia, dia pasti akan menendang TS Muhyiddin dengan SOKONGan Pemuda dan Wanita UMNO serta perWAKILan UMNO Johor sendiri.. Gandingan berSEPUPU memerintah NEGARA? Pergh.. Jenuhlah RAKYAT menyaksikan segala macam DEMONSTRASI, HURU-HARA dan RUSUHan.. Tak pe.. Itukan 'HAK ASASI Manusia' bak KATA puak-puak berOTAK LIBERAL dan KONSULTAN dalam TERAJU? Asalkan mereka dapat KEKAL MENYAMUN, OK aje..

DESAKan menendang DS Najib akan berGEMA sebelum PRU-14.. Maka, DS Najib akan diTENDANG secara CEMERLANG, GEMILANG dan terBILANG.. 'MENTERI AMARAN' akan NAIK sebagai PM dan TPMnya tentulah 'ANAK OMAK' tuh.. Wah.. BANGGAlah 'OMAK'nya nanti.. Nak buat 'APPOINTMENT' dengan ANAK kena mengadap SEMBAH TAKZIM depan 'OMAK'nya dulu! KALAH Kak Mah! HE!HE!HE!


Bila GANDINGan kedua-duanya ini NAIK, PERLEMBAGAAN UMNO akan diUBAH oleh para KONSULTAN dalam Ethos Consultant ata TERAJU supaya menjadik LIBERAL ala-ala PERLEMBAGAAN PAP di Singapura atau pun menyerupa DAP La'anatullah.. Tiada lagi MARA, PNB, Tabung HAJI, ZAKAT, JAKIM dan sebagainya.. SEMUAnya akan diURUSkan oleh KONSULTAN atau para MAK CIK 'GOSSIP' yang berSEKONGKOL dengan 'BOSS' Wanita UMNO dan si 'OMAK' tadi!


Jangan terKEJUT.. Nanti SEJARAH NEGARA pun akan diUBAH seperti mana SEJARAH Singapork.. Akan terCATAT dalam BUKU TEKS SEJARAH bahawa 'ANAK OMAK'lah PEMIMPIN yang diTUNGGU-TUNGGU keDATANGannya di akhir ZAMAN! KALAH Lebai-Lebai DUNGU PAS menDEWA-DEWAkan Pok Nik 'ALAIHISSALAM'! 

Wallahualam.. 

3 comments:

Anonymous said...

APAKAH PEMIMPIN UMNO TIDAK SEDAR BAHAWA 'ANWAR IBRAHIM JUNIOR' SEDANG MEMAINKAN PERANANNYA MEMBUNUH UMNO DARI DALAM???? DUNGU SANGATKAH PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN YANG ADA SEKARANG???????

Anonymous said...

Biarlah menteri amaran dan anak omak merancang pelbagai helah dan cara untuk mendapat kuasa. Apa semua orang Melayu Malaysia ini bodoh dan boleh dibeli dengan wang.
Kalau benar benar terjadi rancangan mereka menguasai UMNO, Insya Allah rakyat akan menolak mereka dan UMNO. Tanpa rakyat siapalah menteri amaran dan anak omak?

antihipokrit said...

Kalau itu berlaku , Melayu akan buka satu parti baru.. Biarlah UMNO dan anak omak dgn labu2nya.. UMNO takkan dikenang lagi dan bakal mati mcm Tun M kata

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS