DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, October 14, 2013

UMNO oh UMNO ~ RUMAH dah nak RUNTUH, tetapi PAHAT, TUKUL dan GERGAJI masih belum berBUNYI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KELAKAR dan sungguh KELAKAR pemilihan UMNO pada KALI ini.. Seperti yang kita JANGKAkan sebelum ini, pemilihan UMNO walaupun diBUKA kepada lebih RATUSan RIBU kePIMPINan akar UMBI pun ianya TIDAK memBERI sebarang MAKNA.. BLOG RBF telah menDEDAHkan keDUNGUan AHLI-AHLI UMNO untuk berFIKIR tentang MASA depan PARTI mereka sendiri.. ->KLIK<-


Kalau MASA depan PARTI mereka sendiri pun boleh di pandang RINGAN dengan membuat CARA pemilihan seperti yang diNYATAkan oleh BLOG RBF, apakah kita sebagai RAKYAT masih nak memBERIkan MUKA untuk UMNO pada PRU-14?

Menariknya, FORMULA pengiraan UNDI untuk CALON jugak GAGAL memBERIkan MAKNA kepada kePIMPINan PARTI.. Dari SEGI 'GAH'nya, diKHABARkan KONONnya lebih 150 RIBU kePIMPINan AKAR UMBI memilih kePIMPINan PARTI deiperingkat PUSAT.. Namun demikian, KEPUTUSAN menunjukkan bukannya setiap 150 lebih RIBU UNDI itu yang menentukan siapa peMENANG sesuatu JAWATAN.. Sebaliknya, UNDI 150 RIBU lebih itu diBAHAGIkan pulak mengikut 191 BAHAGIAN dan akhirnya keputusan diTENTUkan oleh BAHAGIAN jugak.. Jadik, apa MAKNA keputusan sebegini kalau 'NILAI' setiap UNDI TIDAK diKIRA?


IRONInya, SPR sendiri mengGUNAkan KAEDAH pengiraan 'UNDI POPULAR' untuk menentukan peMENANG sesuatu KAWASAN pilihanraya.. 'UNDI ELEKTORAL' berDASARkan WILAYAH diGUNAkan untuk menentukan peMENANG bagi memBENTUK sesebuah kerajaan.. Dalam KONTEKS pemilihan UMNO yang SKALAnya jauh lebih KECIL berBANDING pilihanraya, sepatutnya 'UNDI POPULAR' yang menentukan keMENANGan seseorang CALON bukannya 'UNDI ELEKTORAL' mengikut BAHAGIAN.. PELIKnya, apabila JAWATAN Naib KETUA Pemuda  SERI, bolehlah pulak nak IKUT FORMULA 'UNDI POPULAR'? ->KLIK<-

Apakah ini MAKNA 'DEMOKRASI' atau keterBUKAan dalam UMNO? Memang ianya meLUCUkan dan KELAKAR.. Apa BEZAnya dengan pemilihan CEC DAP La'anatullah yang KONTROVERSI sebelum ini? Apa BEZAnya dengan pemilihan PAS yang menyaksikan seorang PEMIMPIN paling 'MANGKUK' menJAWAT JAWATAN Timbalan PRESIDEN? Apa BEZAnya dengan pemilihan PKR yang menyaksikan ANAK-berANAK menguasai kePIMPINan PARTI? Jadik, UMNO TIDAK LAYAK memPERLEKEHkan pemilihan PARTI LAWAN kerana pemilihan PARTI mereka sendiri pun GAGAL mengetengahkan CALON yang berWIBAWA?

Kalau kita nak mengulas pemilihan mengikut SAYAP PARTI, kita dah memang SEBUTkan sebelum ini bahawa pemilihan 'BOSS' Pemuda UMNO UMPAMA 'David VS GOLIATH', jadik kalau nak berTANDING kenalah berSEDIA dulu.. ->KLIK<-


Kalau bukan kerana KUASA 'FULUS', US pun takdenya nak memandai-mandai menCEROBOH NEGARA lain.. Jadik, kalau nak LAWAN dengan 'GOLIATH' yang kita TAHU terlalu BANYAK 'MISCELLANEOUS' tentang sumber KEWANGAN untuk kegiatan POLITIKnya jangan HARAPlah perWAKILan UMNO akan memilih hanya kerana berDASARkan 'AIR LIUR' kita seMATA-MATA.. Itulah UMNO yang KONONnya nak TARIK 'GENERASI Y' sekarang..


Pemilihan Wanita UMNO jugak menunjukkan 'TREND' terkeBELAKANG.. Tatkala 'TREND' orang LAMA dan BARU diCANANGkan oleh kePIMPINan ATASan UMNO sebagai kesinambungan PARTI, Wanita UMNO pulak berTINDAK sebaliknya dengan menjadikkan SAYAP PARTI ini sebagai KELAB SOSIAL 'Makcik-Makcik GOSSIP' sahaja.. TIDAK WUJUD ISTILAH kePIMPINan MUDA dalam Wanita UMNO.. Malah, ada jugak MUKA LAMA yang di'RECYCLE' serta mereka yang berJASA kepada UMNO seperti Kak Midah diTENDANG keluar seperti kain BURUK.. Mungkin pasal keBANYAKkan mereka dah 'MENOPAUS' kot? ->KLIK<-

Kita TIDAK menJANGKA sebarang tempat untuk mereka yang ingin berJUANG untuk kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM pada pemilihan Naib PRESIDEN dan AHLI-AHLI MT nanti.. Kalau diIKUTkan 'TREND' sekarang, bukan aje PEMIMPIN yang GAGAL seperti ini diPILIH semula, PEMIMPIN yang BAIK pulak bakal diTENDANG atau diKALAHkan dengan pelbagai HELAH!


Kita dah DEDAHkan peRANCANGan 'BOSS' Pemuda UMNO untuk meNAIKkan PEMIMPIN yang 'LOSER' dalam JAWATAN Naib PRESIDEN dan mengenepikan mana-mana CALON yang berTERASkan perJUANGan UMAT Melayu/ISLAM tak KIRAlah ianya CALON dari NEGERI Melaka atau Kedah.. PEMIMPIN yang LEMAH boleh aje menjadi 'PAK TURUT' kepada apa sahaja keMAHUannya nanti.. TINDAKAN ini diRESTUi oleh 'AH-Jib-GOR' NAMPAKnya.. ->KLIK<-


Ye la.. 'AH-Jib-GOR' manalah SELESA dengan perJUANGan berTERASkan UMAT Melayu/ISLAM ala-ala allahyarham TUN Abdul RAZAK dulu.. Itu SEMUAkan keTINGGALan dan menJEJASkan 'TRANSFORMASI'nya? UMNO pun tak LAMA dah.. TUNGGU MASA aje diTANAM hidup-hidup pada PRU-14 nanti selepas RAKYAT KHUSUSnya UMAT Melayu/ISLAM tak NAMPAK perBEZAan antara UMNO dengan PARTI-PARTI lain seperti PAS, PKR dan DAP La'anatullah.. Kalau dulu UMNO diLIHAT ISTIMEWA kerana NOSTALGIA perJUANGan keMERDEKAan dan pemBANGUNan NEGARA, 'GENERASI Y' sekarang mana nak INGAT semua tuh..

Wallahualam..

5 comments:

tebing tinggi said...


Sampai bila UMNO nak sedar dan insaf dan kembali kapada semagat perjuangan (penubohan ).
Mereka melihat kemungkaran,mereka melihat dan mengahtawi kebenaran ,tetapi mereka tetap memilih kemungkaran.
Jangan tunggu ALLAH mengubah segala-galanya.

Anonymous said...

setuju..umno masih dibuai mimpi indah!!kemuncak transformasi hishamudin kekal sbg naib presiden..PRU 14 UMNO bungkus mengali kubur sendir!!tahniah melayu liberal!!

Anonymous said...

Yang puak luar UMNO dok ambil kisah pasal UMNO ni kenapa. Jaga le parti hampa dan perkuatkan parti hampa untuk melawan UMNO. Siapa pun yang ahli UMNO nak pilih untuk menjadi pemimpin mereka apa yang hampa kisah. Itu rumahtangga depa. Sibuk betul yang bukan ahli UMNO dari yang menjadi ahli UMNO.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hek elleh..

Apa keLEBIHan jadik AHLI UMNO? Kami RAKYAT biasa ini yang akan mengUNDI dan menentukan WUJUD atau TIDAK UMNO tuh pada PRU-14.. Ada 15 JUTA lebih RAKYAT yang bakal jadik pengUNDI pada PRU-14.. AHLI UMNO pun takat 3.4 JUTA orang aje.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Anonymous said...

samada ahli UMNO terlau dungu atau pemimpinnya yang terlalu bodoh.Aku sgt2 kecewa melihat keputusan pemilihan pemuda dan wanita.Duit menentukan segalanya....tanyalah ketua2 bahagian kalu mereka mampu bercakap dengan jujur.ni lah nilai pemimpin dan ahli UMNO sekarang ni.Amat mustahil pemimpin atasan tak menyedari apa yang berlaku melainkan mereka sendiri terlibat.INGAT...KUASA TAK BOLEH DI BELI DI AKHIRAT KELAK.Hidup di dunia ni tak sampai pun sehari di akhirat.jgn jadi pemimpin munafik ckp tak serupa bikin

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS