DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, October 18, 2013

TRANFORMASI UMNO ke arah keMUSNAHan diri mereka sendiri pada PRU-14 dalam pemilihan Sabtu ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anda TAHU kenapa ada PIHAK berIYA-IYA MAHUkan tiada perUBAHan dalam JAWATAN Naib PRESIDEN UMNO kali ini.. Seperti yang kita jelaskan sebelum ini, NAMPAK jelas BELANG bahawa 'BOSS' Pemuda, 'BOSS' Wanita dan Naib PRESIDEN UMNO yang jugak 'MENTERI AMARAN' tuh berPAKAT untuk memFARAIDkan UMNO macam PUSAKA TOK NENEK mereka.. Walaupun UMNO ada 3.4 JUTA AHLI, jelas sekali KUASA dalam UMNO bukan lagi berPUSAT kepada AHLI-AHLInya ini sebaliknya kepada 3 orang ini sahaja.. Malah, bukan MUSTAHIL pun bahawa DS Najib jugak SENGAJA meng'ENDORSE'kan perkara ini!


Kita TAHU adalah MUSTAHIL untuk DS Najib meNAFIkan SEPUPUnya sendiri.. Namun demikian, untuk menyatakannya secara terBUKA, sudah tentu UMNO akan TINGGAL BENDERA aje nanti.. Untuk itu peRANCANGan HALUS diATUR agar kePIMPINan Pemuda dan Wanita UMNO memihak kepada SEPUPUnya iaitu 'MENTERI AMARAN' pada pemilihan ESOK.. Walaupun MUSTAHIL untuk kita KATAkan bahawa keSELURUHan AHLI-AHLI Pemuda dan Wanita berSETUJU, asalkan 'KEPALA' dapat diPEGANG, EKORnya terpaksalah MENURUT aje.. Bukankah mereka yang berKUASA dalam 'FULUS' pasti berKUASA dalam UMNO?


Seperti yang kita SEBUTkan semalam, apakah RAKYAT boleh menerima PAKATAN sebegini dalam UMNO? Kalau RAKYAT HIDUP dalam ERA TAHUN 70-an hingga ke 80-an, PAKATAN sebegini ialah perkara biasa dalam UMNO.. Namun demikian, pada HARI ini tatkala RAKYAT di NEGARA ini mengecam HOSNI Mubarak, Bashar Al-ASSAD dan RAMAI lagi DIKTATOR, RAKYAT jugak patut SEDAR bahawa kePIMPINan NEGARA di bawah UMNO jugak sedang diATUR sedemikian.. Tanpa diSEDARi, UMNO yang meRUPAkan TERAJU BN sebenarnya diKUASAi oleh 3 orang ini sahaja untuk mengHADAPi PRU-14 nanti!

Menerusi MEDIA terUTAMAnya MEDIA Prima, UMNO meWAR-WARkan KONONnya pemilihan mereka lebih TELUS kerana KONONnya lagi 150 RIBU PEMIMPIN di peringkat AKAR UMBI yang mengUNDI.. Walhal, bukan setiap 150 RIBU UNDI itu yang diKIRA (UNDI POPULAR).. Sebaliknya, UNDI seBANYAK itu pulak akan diTERJEMAHkan pulak kepada 191 UNDI BAHAGIAN untuk memilih PEMIMPIN (UNDI ELEKTORAL).. Dengan KATA lain, TIDAK ada BEZAnya pengUNDIan di bawah SISTEM KUOTA dengan SISTEM yang KONON-KONONnya BARU ini.. Jadik, di manakah keTELUSan yang KONONnya WUJUD hingga ke peringkat AKAR UMBI?


IRONInya, AHLI-AHLI UMNO ini biasanya TIDAK meLUAHkan secara terBUKA kePINCANGan sebegini.. Mereka lebih SUKA menSABOTAJ atau mgereka TIDAK mengUNDI para PRU-14 nanti.. Sebenarnya, bukan RAHSIA lagi bahawa UMNO akan TINGGAL BENDERA jika 20% sahaja AHLI-AHLInya memBOIKOT atau memulaukan PRU-14 nanti.. RAKYAT biasa dah JELAK dan MELUAT dah dengan pemilihan UMNO kali ini.. Jadik, apa lagi ALASAN untuk UMNO TIDAK menjadi seperti MCA dan Gerakan pada PRU-14 nanti? Apa gunanya keSETIAan kepada PARTI jika PEMIMPIN sendiri mengKHIANATi ASAS perJUANGan PARTI sendiri?

UMNO TIDAKlah seDEMOKRATIK seperti yang disangka.. MEDIA Prima yang diKUASAi oleh SEKUTU 'BOSS' Pemuda UMNO mungkin boleh untuk 'SWEEP the DIRT under the CARPET' tetapi RAKYAT bukannya BODOH.. Apa gunanya UMNO meMOMOKkan KONONnya mereka memPERJUANGkan kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM walhal HAKIKATnya PEMIMPIN sedemikian diTOLAK dalam SAF kePIMPINan UMNO sendiri? Sebaliknya PEMIMPIN LIBERAL dan berMASALAH yang terus diPUJA dan diSANJUNG walaupun mereka yang memBUNUH UMNO dengan MASALAH mereka sendiri.. Mereka yang 'BERAK', UMNO yang BASUH!


Satu lagi yang kita MAHU DEDAHkan ialah setakat mana CAMPUR TANGAN ASING dalam pemilihan UMNO kali ini.. Bukan RAHSIA lagi ada 'TAIKUN-TAIKUN' bukan UMAT Melayu/ISLAM yang menjadi 'SPONSOR' bagi sesetengah CALON terUTAMAnya yang berOTAK LIBERAL.. Anda jangan terKEJUT jika pada Sabtu ini, CALON-CALON yang cuba memPERTAHANkan kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM akan di'REJECT' HABIS-HABISan setelah 'FULUS' diTABURkan oleh 'SPONSOR' tersebut.. Langkah jangka PANJANG mereka ialah untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah PARTI LIBERAL menJELANG PRU-14 nanti.. Sebabnya?

UMNO kena diLIBERALkan.. Kalau TIDAK, sampai bila-bila pun kePIMPINan UMAT Melayu/ISLAM akan KEKAL berKUASA di TANAH AIR mereka sendiri.. Jika UMNO TIDAK diLIBERALkan, 

1) NAMA Allah SWT TIDAK boleh diGUNAkan seSUKA HATI untuk TUJUAN DAKWAH Kristian.. 

2) Nak SEMBELIH lembu KORBAN atau AZAN di MASJID pun kena mintak IZIN PENGANUT AGAMA lain dulu.. 

3) Wang ZAKAT, Tabung HAJI dan PNB TIDAK akan diKONGSI untuk keGUNAan para 'TAIKUN' tadi bagi 'BAIL-Out' mana-mana BISNES mereka yang keRUGIan.. 

4) TANAH-TANAH Rezab Melayu pun TIDAK akan diMANSUHkan untuk keDIAMan bagi WARGA Singapork yang semakin PADAT di PULAU itu sendiri..


Jadik? Untuk meREALISASIkannya, mana-mana PEMIMPIN yang berJUANG atas NAMA Melayu/ISLAM kenalah di'REJECT' daripada HIERARKI kePIMPINan UMNO.. Anda boleh LIHAT sendiri bagaimana DS Najib terpaksa menjadi 'AH-Jib-GOR' hanya untuk meRAIH UNDI mereka.. Jika PEMIMPIN UMNO yang diPILIH nanti menyelitkan perKATAan 'GOR' pada NAMA mereka, lagilah mereka SUKA.. UNDI semasa PRU-14 nanti belum tentu lagi.. Dalam pemilihan UMNO kali ini, UMNO sudah pun tenggelam separuh dalam keKOTORan LIBERAL.. PEMIMPIN yang diPILIH bukan kerana perJUANGan UMNO itu sendiri tetapi kerana nak jadikan UMNO itu 'CENTRIST'!

Wallahualam.. 

2 comments:

Anonymous said...

biar HH yang menanggis jgn Melayu kemudian hari yg menanggis

Anonymous said...

UMNO dikatakan mempunyai 3.4 juta ahli dan penduduk Melayu berumur 20 tahun keatas adalah seramai 8.5 juta setakat 2011 mengikut maklumat Jabatan Perangkaan. Dari 3.4 juta ahli, berapa ramai telah tidak ambil peduli dan berapa ramai telah beralih arah?. Andaikan semua masih kekal dan tegar menyokong UMNO ada lagi 5.1 juta Melayu dewasa yang tidak berada dalam kelompok UMNO. Semua Melayu perlu semak perangkaan ini, kemudian terima hakikat tersebut. Melayu dalam UMNO perlu ingat, dari pemimpin tertinggi hinggalah ke ahli biasa di cawangan-cawangan. Orang Melayu yang bukan ahli UMNO pun perlu ingat anda bukan keseorangan dan anda bukan minoriti. Majoriti Melayu bukan ahli UMNO. Ada nampak apa-apa dekat situ?
Sekarang musim persidangan UMNO tetapi kali ini bukan seperti persidangan-persidangan dulu-dulu. Ada perubahan dari segi peraturan pemilihan, itu teknikal. Ada perubahan dari sudut kekecewaan orang Melayu, ini kritikal.
Rata-rata Melayu tidak boleh tunggu hingga PRU14 tiba. Mereka mahu lihat sesuatu perubahan berlaku dan ketikanya adalah sewaktu pemilihan pemimpin-pemimpin yang akan menerajui UMNO.
Pemerhatian akan dibuat secara individu dan secara kolektif. Setiap individu yang dipilih akan dinilai semangat juang membela agama, bangsa dan negaranya. Secara kolektifnya pula, pasukan kepimpinan yang dipilih dapatkah menyemarakkan semula kemelayuan dalam UMNO. Jika terdapat satu dua pemimpin yang menyerlah dalam saf kepimpinan tetapi secara kolektif pasukan itu lemah dan tidak boleh diharap maka 3.4 juta UMNO perlu bersedia menghadapi 5.1 juta Melayu. Jangan kata anda tidak diberitahu.
Melayu sudah sedar, untuk sekian kalinya, walaupun marahkan UMNO kerana gagal berfungsi membela bangsanya, Melayu tetap memilih UMNO. Ini kerana tidak ada pilihan lain dan ini juga alasan UMNO kepada Melayu di malam akhir kempen pilihanraya. Melayu tidak boleh terus diperbodohkan dengan alasan sebegitu lagi. Melayu akan buat persedian awal, ianya tak akan berulang.
UMNO tentu hendak tahu apa persediaannya. Ianya telahpun dimulakan. Melayu dah mula mengenali pemimpin-pemimpin NGO Melayu dan Islam yang bersemangat dan berdaya juang tinggi bagi membela dan mempertahankan agama, bangsa dan negara. Melayu juga sudah mengenali pemimpin-pemimpin UMNO yang rosak dan merosakkan agama dan bangsanya sendiri kerana sedikit habuan dan kepentingan diri.
UMNO sudah ada pengganti. Sampai ke satu tahap penilaian, apalah yang terbaik sangat pemimpin UMNO berbanding dengan pemimpin NGO yang dikatakan tak ketahuan punca kerana UMNO juga dah tenggelam punca. Bagaimana dengan kepimpinan JATI, PPIM, PERKASA, HIKMAH dan persatuan-persatuan Melayu yang Islam lain? Bagaimana dengan individu-individu yang bergerak sendiri memperjuangkan agama dan bangsanya? Tidak cukupkah bakat kepimpinan yang ada bagi mengantikan keseluruhan barisan kepimpinan UMNO dengan kepimpinan baru?
Kesimpulannya, 3.4 juta UMNO perlu memilih dengan bijak. Yang mana patut berundur, berundurlah. Yang menawarkan diri, bersedialah untuk menerima keputusan dan yang paling penting adalah yang diberi hak memilih, buatlah pilihan bijak kerana selepas itu 5.1 juta Melayu akan pilih UMNO atau penggantinya bagi meneruskan wadah perjuangan agama bangsa dan negaranya. Terkini sayap wanita dan pemuda telah mengorak langkah ke pekuburan, hanya tinggal keputusan pemilihan naib presiden menentukan liang lahad mana UMNO hendak disemadikan. 5 lawan 3 agaknya yang mana akan menang, Selamat bersidang.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS