DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, November 05, 2009

Pemberian 'WANG EHSAN' kepada Kelantan harus bebas dari pengaruh politik baik daripada UMNO mahu pun daripada PAS


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita wajar berterima kasih kepada kepimpinan DS Najib kerana sudi menyalurkan 'WANG EHSAN' kepada rakyat negeri Kelantan.. Rakyat Kelantan amat mengharapkan peruntukan 'WANG EHSAN' tersebut dapat membantu dalam aspek pembangunan di negeri mereka.. Negeri Kelantan sering digambarkan sebagai negeri yang DHAIF kononnya walaupun ramai rakyat negeri ini yang BERJAYA dan menjadi tokoh-tokoh terkenal hingga ke peringkat antarabangsa.. Malangnya, ketidak-seragaman fahaman politik telah mengakibatkan negeri ini seolah-olah dipinggirkan untuk sekian lama..

Namun, pemberian 'WANG EHSAN' ini masih tetap dipertikaikan oleh ahli-ahli POLITIK baik dikalangan Lebai PAS yang menjadi kerajaan di negeri Kelantan mahu pun dikalangan ahli-ahli POLITIK dalam UMNO sendiri..

Pada pandangan Lebai PAS, mereka beranggapan pemberian ini tidak lebih berMOTIFkan politik kerana ianya tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri yang dikuasai oleh mereka..

Sementara pada pandangan orang UMNO pula, mereka tidak nampak kenapa perlu adanya pemberian ini sedangkan pengundi Kelantan telah 20 tahun lebih menolak BN daripada menjadi kerajaan negeri di sana..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Inilah 'PENYAKIT' yang ada pada orang POLITIK kita yang jelas bukan nak berkhidmat kepada RAKYAT tetapi tidak lebih daripada sekadar ingin meraih POPULARITI dan mencari PUBLISITI MURAHAN demi kepentingan sendiri! Sebab itu mereka meletakkan ke tepi kepentingan RAKYAT dalam soal pemberian 'WANG EHSAN' ini..

Apa pun kita HARAP pemberian 'WANG EHSAN' ini benar-benar sampai kepada sasaran.. Malah, kita jugak tidak mahu pemberian 'WANG EHSAN' di'LEBUR'kan kepada projek-projek berkepentingan POLITIK seperti apa yang berlaku di Terengganu.. Duit dibagi dibuatnya MONUMEN, buat Stadium nama Sultan tapi lepas tu terabai sampai RUNTUH sana-sini..

Kalau diberi terus kepada kerajaan negeri pulak, kita lagi khuatir peruntukan 'WANG EHSAN' tersebut digunakan oleh para Lebai PAS untuk buat projek 'BINA KEMUDIAN -> RUNTUHKAN -> KEMUDIAN BINA SEMULA' seperti apa yang mereka lakukan terhadap projek-projek KRONISME Lebai PAS di tengah-tengah bandar Kota Bharu!


Untuk itu, DS Najib harus mewujudkan mekanisme pemantauan untuk memastikan peruntukan 'WANG EHSAN' hanya untuk projek-projek berkepentingan rakyat sahaja dan tidak disalah-gunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan berPOLITIK.. Untuk itu, seharusnya peruntukan 'WANG EHSAN'disalurkan untuk projek-projek seperti berikut:-

1) Pembinaan atau membaik pulih jalan-jalan raya di negeri Kelantan contohnya seperti membina lebuhraya 4 lorong dari Gua Musang ke Kota Bharu..

2) Menaik-taraf prasarana dan kemudahan pendidikan seperti Universiti Malaysia Kelantan dan pusat pengajian Islam Nilam Puri..

3) Memperbaiki dan menambah peruntukan kebajikan kepada rakyat yang kurang bernasib baik seperti membina lebih banyak asrama-asrama untuk anak-anak yatim serta mereka yang daif..

4) Menaik-taraf kemudahan awam seperti pembinaan stesen bas yang lebih besar di setiap bandar, kemudahan sukan, kemudahan kesihatan, sistem saliran dan bekalan air, sistem pengurusan sisa pepejal, stesen keretapi dan juga wakaf-wakaf untuk tujuan perniagaan..

5) Menaik-taraf kemudahan perlancongan disamping memperkenalkan produk-produk baru pelancongan di negeri ini untuk menarik lebih ramai pelancong disamping menjana pendapatan menerusi pelancongan..

Rakyat negeri Kelantan sememangnya banyak idea dan sanggup menghulurkan tangan demi kebaikkan rakyat negeri mereka sendiri.. Malangnya, selalu sangat sumbangan dan idea mereka ini diperlekehkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan POLITIK baik dalam UMNO mahu pun dikalangan Lebai PAS! Golongan yang berkepentingan dan berfahaman POLITIK SEMPIT inilah yang selalunya menyusahkan rakyat dan memporak-perandakan negara! Bila nak UNDI, tau pulak buat muka kesian depan rakyat?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS