DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, January 22, 2011

Calon PAS mampu hilang WANG pertaruhan jika gambar Pok Nik berDOA sebegini jadi bahan KEMPEN..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terlebih DAHULU, kita nak TAHU bahawa sudahkan anda memBACA tentang KISAH penemuan OTAK seorang penDAKWAH di Seberang Perai yang masih berada dalam keadaan SEMPURNA walaupun JASAD pemiliknya sudah diTANAM 100 tahun? KISAH ini ada diPAPARkan di dalam Sinar Harian baru-baru INI..

KLIK

INI sebenarnya satu TANDA keBESARan Allah SWT bagaimana seseorang yang berIMAN, berDAKWAH dan LURUS di jalanNYA akan sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.. Kalau kita FIKIRkan balik, OTAK berFUNGSI untuk mengawal segala kegiatan TUBUH manusia.. OTAK manusia juga mempunyai FUNGSI berfikir yang sudah TENTUnya dijadikan oleh Allah SWT untuk menentukan BURUK-BAIK sesuatu perkara.. Oleh itu, penemuan OTAK tersebut seolah-olah mengGAMBARkan bagaimana pemiliknya mengGUNAkan OTAKnya untuk mengajak manusia ke jalan yang diREDHAi oleh Allah SWT..

Namun demikian, itu bukan satu PETANDA bahawa sesiapa yang diDAKWA atau meNDAKWA diri mereka sebagai ULAMA, penDAKWAH, USTAZ, Lebai atau sebagainya pasti 100% akan mempunyai OTAK yang masih sempurna walaupun mereka sudah meninggal DUNIA kelak.. Malah, kita memang tak YAKIN terutamanya OTAK para Lebai PAS akan berkeadaan sedemikian RUPA apabila mereka sudah MATI nanti.. Kalau di DUNIA pun mereka dah mengajak manusia ke arah keSESATan dan menJUAL agama ISLAM ini sesuka hati mereka, apakah OTAK mereka akan sesempurna OTAK pendakwah tersebut? Tak MUSTAHIL kalau diKATAkan OTAK mereka sudah pun REPUT walaupun JASAD mereka masih lagi HIDUP..

Kalau TAK percaya, anda boleh jalankan UJIAN MRI atau CT SCAN terhadap OTAK Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang diPUJA ala-ala DEWATA RAYA oleh Lebai PAS yang DUNGU.. Bukankah HUSM Kubang Kerian ada alat untuk menJALANkan ujian sedemikian? Lagi pun, Pok Nik pun selalu UZUR.. Tak SALAH kalau buat 'MEDICAL CHECK-UP' sedemikian.. Mana tahu kot DOKTOR sahkan OTAK Pok Nik dah GAGAL berFUNGSI, bolehlah cepat-cepat tulis WASIAT untuk cari mana-mana Lebai PAS yang DUNGU sebagai pengGANTI untuk selesaikan MISI menJAHANAMkan umat ISLAM!

Kita NASIHATkan sedemikian pasal kita MUSYKIL dengan kemampuan OTAK Pok Nik untuk berKHIDMAT sebagai MB Kelantan, apatah lagi sebagai ADUN Chempaka.. HARI ini diLAPORkan beberapa orang penduduk dalam DUN Chempakan mengadakan DEMONSTRASI kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir 7 TAHUN dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini TIADA jalan penyelesaian..

KLIK

Apa nih Pok Nik? Dah 7 TAHUN tu.. Takat nak buat JALAN kat kawasan DUN sendiri pun PAYAH ke? Bukan kena keluar 'PITIH' sendiri pun? Takkan nak TUNGGU Pok Nik masuk dalam TANAH baru nak buat JALAN BARU sebagai bahan KEMPEN PRK DUN Chempaka nanti?

Selain itu, paparan dari BLOG Kickdafella tentang keadaan RUANG NIAGA yang SEMPIT dan tak masuk AKAL dalam bangunan BAZAR Tok Guru cukup untuk meYAKINkan kita bahawa Pok Nik sepatutnya diHANTAR sesegara mungkin ke HUSM untuk menJALANkan pemeriksaan OTAK!

KLIK

CUMA kita kurang SETUJUlah dengan kata-kata Kickdafella yang menyifatkan ruang NIAGA tersebut sebagai 'LUBANG KUBUR' Tok Guru! Pada kita, ruang NIAGA yang begitu SEMPIT seolah-olah sesuai untuk diJADIkan KANDANG KAMBING.. Ini sekaligus mengINGATkan kita tentang keGAGALan ternakkan KAMBING JAMNAPARI yang diUSAHAkan oleh beberapa Lebai PAS.. HE!HE!HE!

Kali INI beberapa BLOG terkemuka telah menJAJA 'BILLBOARD' yang menunjukkan Pok Nik tengah berDOA, gambar calon PAS untuk DUN Tenang dan pada gambar itu tertulis KONONnya ayat-ayat DOA yang memohon kepada Allah SWT agar UMNO/BN diHANCURkan kerana menyamakan mereka sebagai tentera AHZAB.. Kita cuma mampu terGELAK tengok telatah Lebai PAS yang menyediakan 'BILLBOARD' sebegitu..

Kita KESIAN jugak kepada calon PAS di DUN Tenang yang mungkin akan keHILANGan wang pertaruhan AKIBAT sentimen yang diMAINkan menerusi 'BILLBOARD' tersebut jika UMNO/BN pandai MANIPULASI keadaan.. Itulah, elok-elok jadik warga penDIDIK, dapat PAHALA besar kerana tugas sedemikian tiba-tiba nak pulak jadik calon PAS! Dah la tambah DOSA, kalau KALAH nanti, APA pun tak ada! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS