Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Para Pembaca
HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
DOA KITA SEMUA
Sunday, January 02, 2011
Jaga-jaga, sekarang MUSIM ahli POLITIK buat kenyataan MURAHAN untuk tarik SIMPATI dan POPULARITI!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA
Masuk aje perMULAan TAHUN baru, kita diHEBOHkan dengan beberapa kenyataan MURAHAN ahli-ahli POLITIK dari pihak Pakatan Rakyat (PR) dan juga pihak Barisan Nasional (BN).. Di pihak BN, baru aje tadi kita diMAKLUMkan bahawa MP Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO merangkap peSALAH POLITIK WANG dan jugak merangkap manusia paling diBENCI menurut sumber WIKILEAKS telah mengUMUMkan untuk tidak lagi mahu memperTAHANkan kerusi Parlimen Rembau yang diMENANGinya semasa PRU 2008 lalu.. Sumber maklumat ini berASASkan kepada petikan TWITTER yang diperolehi oleh akhbar The Star..
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/2/nation/7723068&sec=nation
ALASAN dia untuk tidak MAHU lagi bertanding adalah antaranya dia nak masuk SEKOLAH balik.. Mungkin AGAKnya keLULUSan bidang Sosio-POLITIK dari Oxford masih belum CUKUP dan mungkin dia menceburi bidang 'Money POLITICS' atau bidang 'Modelling Studies' pulak kot? APA pun, semoga dia BERJAYA.. Itu pun kalau anda PERCAYA dia betul-betul mengotakan cakap-cakapnya ni la! Jawatan Ketua Pemuda UMNO dia tak nak LEPASkan sekali ke? HE!HE!HE!
Bab cakap-cakap KOSONG atau cakap TAK serupa BIKIN nih, INI semuanya adalah mainan LIDAH ahli-ahli POLITIK.. Apatah lagi kalau ianya datang dari MULUT dia nih.. Kita melihat dia seolah-olah cuba nak 'TEST MARKET' atau SENGAJA nak menguji POPULARITInya terutamanya dalam kalangan BN.. JANGAN terkejut jika selepas INI akan ada ahli-ahli POLITIK murahan dalam BN yang memBUAT kenyataan memintanya supaya menarik balik HASRATnya atau lebih TERUK lagi akan MENEKAN DS Najib agar memBERIkan jawatan MENTERI kepadanya untuk mengelakkan dia berUNDUR.. Tak mustahil jugak akan ada UGUTAN kononnya BN akan hilang Parlimen Rembau jika dia nih berUNDUR.. Kita tengok SELEPAS ini..
Kita PERCAYA yang akan mula-mula akan membuat kenyataan 'MEMUJUK' dia nih sudah TENTUnya geng-geng EXCO Pemuda UMNO yang pernah menjadi 'LEVEL 4 BOYS' dan seangkatan dengannya.. Tak payahlah sebut NAMA pasal semua maklum siapa mereka INI.. PUJUKAN yang keduanya pulak akan datang dari kalangan geng-geng KORPORAT yang pernah 'diBANTU'nya semasa Pak Mertuanya menjadi PM dahulu.. Yang KETIGA pulak kita menJANGKAkan PUJUKAN akan datang daripada pemimpin dalam komponen Pemuda BN.. Kita akan tunggu kenyataan BARUAnya dalam Pemuda MCA dan Pemuda MIC.. Pujukan yang AKHIR sekali sudah tentu akan datang dari pihak PR.. Mereka akan 'REVERSE PSYCHO' dengan mengatakan KONONnya BN akan keHILANGan orang pandaila, graduan OXFORD la dan lain-lain.. HE!HE!HE!
Sebelum INI pun kita dah BIASA dengan kenyataan-kenyataan sedemikian RUPA semasa dia nih baru kembali menunaikan HAJI, rombakkan kabinet, semasa sesi persidangan Pemuda BN dan BANYAK lagi.. Tujuan kesemua kenyataan INI hanyalah SATU - agar dia nih diNAIKkan oleh DS Najib ke dalam KABINETnya dan mereka semua dapat 'TOMPANG BERKAKI-KAKI' hasil segala macam AMPU, bodek dan pujian terhadapnya.. Biasalah tuh.. Dah NAMA pun POLITIK.. Zaman sekarang nih mana ADA ahli POLITIK yang tak LIGAT dan hanya memperJUANGkan partinya 100%? Semuanya mahukan KUASA, TAKHTA dan HARTA menerusi POLITIK! Bakti kepada rakyat tuh jatuh entah nombor berapala agaknya dalam pemikiran mereka..
Kenyataan TWITTER Ketua Pemuda UMNO di atas samalah jugak macam seorang Lebai PAS yang mengatakan "OVER my DEAD BODY before you TOUCH Karpal Singh!" seperti yang diLAPORkan..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Kita PELIK jugak tengok beberapa BLOG pro-kerajaan seakan 'MELATAH' dengan kenyataan Lebai PAS tersebut.. Anda KENAL ke siapa dia tuh? Anda ingat Karpal tuh sanggup ke TIDUR seBANTAL dengannya jika dipelawa sekali pun? Entah-entah nak MASUK rumah dia pun Karpal JIJIK! Lupakah anda DIA nih dulu pernah didapati berSALAH oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada tahun 2002 kerana mengahwini wanita Kemboja tanpa kebenaran JHEIK?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
Jatuh air MUKA Pok Nik 'ALAHISSALAM' pasal dia nih! Nampak sangat Lebai PAS sepertinya kalau dah KEMARUK dengan BETINA, habis segala undang-undang diTOLAK ke tepi! Sebab tu lah dia dah tak jadi SPEAKER DUN Kelantan dah.. Malah kenyataan dia memBODEK Karpal tu pun tak lebih sekadar mencari PUBLISTI dan menimbulkan kembali namanya yang dah TENGGELAM dalam arena POLITIK! KAH!KAH!KAH!
Wallahualam..
Labels:
Cerita Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009

No comments:
Post a Comment