DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, January 28, 2011

Eksklusif DUN Tenang - Bilala agaknya MCA + Gerakan nak serang DAP dan MIC serang HINDRAF + PKR?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tinggal sekitar 48 JAM lagi sebelum pengundian bermula di PRK DUN Tenang.. Setakat ini RAMAI yakin bahawa pengundi Melayu di sana akan mengUNDI calon UMNO/BN.. Malah, kalau diteliti REKOD untuk beberapa PRU sebelumnya di DUN Tenang, amat sukar untuk PAS meMENANGi undi daripada pengundi Melayu.. Tambahan pulak dengan penDEDAHan beberapa BLOGGER tentang peribadi calon PAS dan jugak yang paling LUCU adalah suaminya sanggup ambi MC untuk berKEMPEN bersama ISTERInya, memang sukarlah Lebai PAS untuk memperolehi undi Melayu dengan SELESA..

KLIK

Apa pun seperti kata Ketua Penerangan UMNO, jentera KEMPEN UMNO langsung tidak boleh ALPA hingga ke saat-saat AKHIR tempoh berKEMPEN kerana Lebai PAS ini banyak MUSLIHATnya.. Ye la.. Kalau dah AGAMA sendiri pun mereka sanggup LACURkan demi POLITIK, apakah MUSTAHIL mereka tidak akan berTINDAK lebih jauh?

Namun, itu adalah diPIHAK UMNO yang bertungkus-lumus untu meMENANGkan calonnya.. Yang RALAT kalau diperhatikan ialah sikap KOMPONEN BN seperti MCA dan Gerakan untuk meraih undi daripada kaum Cina.. Para pemimpin mereka hanya tunjuk muka apabila pemimpin seperti DS Najib turun ke DUN Tenang.. Selepas itu? Semuanya seolah-olah hilang tanpa BAYANG.. Ini menyebabkan DAP mengambil kesempatan untuk meRAIH simpati pengundi Cina dan mengHASUT mereka agar menuruti kehendak DAP untuk memperKUDAkan PAS dan CALONnya.. Nasib BAIKlah calon UMNO di DUN Tenang dikatakan mempunyai banyak kenalan di kalangan kaun Cina.. Kalau TIDAK, naya jugak UMNO/BN kena nanti..

Untuk REKOD, sepanjang kempen PRK DUN Tenang, kita tak pernah pun nampak Presiden MCA dan Presiden Gerakan 'MENYERANG' keLEMAHan para pemimpin DAP.. Sebaliknya, mereka lebih suka menyerang PAS sedangkan jentera KEMPEN UMNO lebih mampu untuk bebruta demikian.. Kita masih menunggu bilakah Presiden MCA hendak 'BOM'kan DAP? Adakah DAP tidak mempunyai keLEMAHan dalam pentadbiran? Adakah DAP mengHORMATi rakyat? Sedangkan semua MAKLUM pemimpin DAPlah yang sanggup mengHINA bangsa LAIN dengan kata-kata "Pergi balik India" seperti di Pulau Pinang baru-baru ini..

Untuk REKOD jugak, kita yakin pengundi Cina yang kategori VETERAN akan undi calon UMNO/BN.. Namun, kita langsung tidak YAKIN dengan pengundi muda Cina.. Kalau mereka mendapat penDIDIKan di sekolah guru-guru penyokong DAP, masuk IPT pun bergaul dengan KADER-KADER DAP, kerja pun dengan TOKEY-TOKEY haram penyokong TEGAR DAP, apakah keYAKINan bahawa mereka bukan sokong DAP? Apakah hubungan sekian lama antara UMNO, MCA dan Gerakan dalam BN hanya di aats KERTAS sahaja? Kenapa tidak diKEKALkan hubungan sama seperti mana Tun Tan Siew Sin, Tun Lim Chong Eu dan Tun Sambanthan dahulu? Nampak sangat kepimpinan parti-parti KOMPONEN ini hanya tahu KONDEM pemimpin UMNO tetapi tidak mahu berkejasama untuk kepentingan BERSAMA dalam BN!

Untuk DUN Tenang ini, UMNO kena kerja keras sampai saa-saat AKHIR.. UMNO kena dapatkan sokongan 90% pengundi Melayu kalau ingin menang BESAR dan memBUKTIkan UMNO parti Melayu yang DOMINAN.. Kalau dikira keSUNGGUHan jentera KOMPONEN parti yang lain, tak nampak sangat pun.. Walaupun di Galas kita boleh PUJI jugakla keSUNGGUHan Dr. Ng Yen Yen, tetapi di Labis ini kita nampak keSUNGGUHan mereka pudar walaupun ini kawasan Presiden MCA sendiri.. Gerakan pun bukan nak DEDAHkan keLEMAHan DAP di Pulau Piang.. Kena UMNO jugak yang DEDAHkan macam kat bawah ni..

KLIK

Bergitu jugak dengan MIC.. Mungkin lebih SYOK kot mengANIAYA Sasterawan Negara pasal buku INTERLOK berbanding mengHENTAM HINDRAF atau PKR yang tidak pun menDATANGkan keBAIKkan kepada kaum India?

Masa sudah SUNTUK.. UMNO bukan sahaj kena berhadapan dengan musuh dari DEPAN, malah UMNO juga kena berhati-hati dari BELAKANG kerana dalam BN, amalan sebegini sudah BIASA.. Dalam PR memang tak ada amalan begini kerana semua pemimpin PKR dan PAS menJILAT punggung TAUKE DAP! Sedkit pesanan untuk orang Melayu di DUN Tenang..

کالاو دولو اوندي ملايو تيدق برڤچه دان ملايو ککال برکواس کران اوندي چينا يڠ برڤچه
سکارڠ اين اوندي چينا چوما اونتوق ساتو ڤرتي سهاج سداڠکن اوندي ملايو ده دڤچهک

Jadik berJAGA-JAGAlah.. Masih ada 48 JAM untuk baiki keadaan..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS