DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, January 27, 2011

Eksklusif DUN Tenang - Kenapa Lebai PAS sering di salah anggap sebagai ISLAM dan kenapa Pok Nik dianggap ULAMA?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita INGIN tanya kepada anda SEMUA..

- Apakah itu ISLAM dan apakah itu PAS?

- Kenapakah ISLAM boleh tersebar ke serata DUNIA tetapi PAS hanya ada di Malaysia sahaja?

- Adakah NAS atau HADIS yang menyatakan undi PAS dalam pilihanraya HALAL Syarie manakala undi selain PAS dikatakan HARAM Syarie?

- Adakah Lebai PAS yang menjadi rujukan ulama-ulama dunia ISLAM untuk rujukan FATWA atau sebarang perkara KHILAF?

- Apakah sumbangan BERKESAN Lebai PAS terhadap perkembangan ISLAM baik di Malaysia mahu pun di seluruh DUNIA?

- Jika benar PAS lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain, bagaimanakah pulak dengan umat-umat ISLAM yang tidak menjadi pengikut PAS samada yang masih HIDUP atau sudah meninggal dunia beribu-ribu tahun dahulu? Tidak CUKUP Islamkah mereka?


Rasanya kalau diTANYAkan soalan ini kepada DEWATA RAYA PAS Pok Nik 'ALAIHISSALAM', maunya masuk ICU orang TUA tuh nak menJAWABnya.. Mungkin jugak ada RAHMATnya jika dia sering SAKIT pasal ada pandangan mengatakan sakit merupakan UJIAN Allah SWT ke atas DOSA-DOSA yang telah dilakukan.. Seharusnya anda TAHU mungkin dulu Pok Nik antara orang yang belajar TINGGI pasal ISLAM tetapi ilmu yang Pok Nik pelajari di Deoband, India tuh dah pun boleh dipelajari di negara INI hasil usaha UMNO bina pusat-pusat IPT Islam!

Kita pun dah beberapa KALI menyatakan dalam BLOG ini bahawasanya pegangan PAS adalah sudah MENYIMPANG dari ajaran ISLAM dan boleh dikategorikan tahap SESAT seperti mana Al Arqam, Al Maunah, Ajaran Ayah PIN dan banyak lagi.. Malah, kalau dikira antara ajaran-ajaran SESAT yang wujud di DUNIA ini, PAS boleh dikategorikan setanding dengan Aum Shinri Kyo di Jepun, Klu-Klux Klan dan NEO-CON di US atau HINDRAF di negara ini.. Namun, kenapakah Majlis Fatwa Kebangsaan dan para MUFTI selain MUFTI Perak diLIHAT masih berLEMBUT terhadap mereka? Ingatkan Menteri KDN aje yang KECUT 'Teloq'?

PAS dan FITNAH sudah menjadi sekata.. Di mana ada PAS, di situ akan timbulnya FITNAH.. Sekarang ini kena TAMBAH sikit, di mana ada PAS, di situ akan ada FITNAH dan KEMUNGKARAN.. Sekarang ini cuba anda beritahu apakah BUKTI atau TANDA yang menunjukkan Lebai PAS ini lebih ISLAM berbanding anda? Adakah dengan penampilan mereka dengan berJANGGUT, berjubah atau berKETAYAP ala RABBI Yahudi? Adakah kerana KONONnya anda nampak mereka sering ke masjid? Adakah kerana setiap butir percakapan mereka yang berSULAMkan ayat-ayat suci Al Quran seolah-olah menampakkan mereka lebih ISLAMIK? Jika itulah 'BENCHMARKING' yang anda gunakan untuk meNILAI tahap keISLAMan seseorang, memang PATUTlah anda diKATEGORIkan JAHIL terhadap agama sendiri..

Sebab itu kita sering terTANYA-tanya kenapakah ada pihak khususnya KADER-KADER Lebai PAS di IPT dan beberapa KERAT golongan PROFESIONAL melihat PAS sebagai satu WADAH untuk umat ISLAM.. Ini kerana mereka INI tidak memahami walaupun sekelumit PERKARA ASAS dalam ISLAM.. Mereka tidak SEDAR bahawa ISLAM langsung tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS memerlukan ISLAM untuk dijadikan modal POLITIK mereka.. Dengan KATA lain, tanpa PAS pun anda tetap menjadi ISLAM dan segala amal IBADAT anda hanya akan diNILAI oleh Allah SWT.. Namun, disebabkan keLEMAHan perkara ASAS inilah ramai yang diTIPU dan diSESATkan oleh Lebai PAS! Alangkah RUGInya mereka kerana Lebai PAS bukannya boleh menJAMIN apa-apa pun seperti PAHALA apatah lagi untuk penentuan SYURGA atau NERAKA sebaliknya DOSA sudah pasti dalam tangan anda..

Jika anda berPEGANG TEGUH kepada ASAS Agama ISLAM walaupun hanya sedikit, nescaya anda tidak begitu MUDAH untuk diSESATkan oleh mereka.. Malah, anda tidak akan meLIHAT perkara BAIK pun dalam PAS selain keMUNGKARan demi keMUNGKARan yang di bawa oleh mereka kerana memperALATkan agama sendiri.. Soalnya samada anda MAMPU atak TIDAK.. Sebagai CONTOH, anda boleh nilaikan sendiri perilaku Lebai PAS seperti INI:-



Selain penampilan yang KONON-KONONnya nampak macam ARAB(bukan ISLAMIK pasal dalam ISLAM cukup jika anda menutup AURAT), yang LAIN tu hanyalah keJAHILan, keANGKUHan dan keSESATan yang diPAMERkan secara nyata oleh Lebai PAS tersebut..

- Kita katakan dia JAHIL kerana kalau dia berILMU, dia tidak BANDINGkan sumbangan Lebai PAS untuk beberapa Maahad di Kelantan sedangkan UMNO dah bangunkan Universiti ISLAM dan pusat pengajian ISLAM yang jauh lebih mengKAGUMkan..

- Kita katakan dia ANGKUH pasal dia mengHINA rakyat yang tinggal di pedalaman seperti Jeli dan Gua Musang KONONnya mereka BODOH kerana tidak undi PAS.. Sedangkan kawasan-kawasan INI lah dulu yang meMENANGkan PAS semasa PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah? Adakah ISLAM membezakan antara orang pedalaman atau orang BANDAR? Adakah ISLAM agama beKASTA terhadap orang DHAIF berbanding Lebai PAS yang MEWAH?

- Kita katakan dia SESAT pasal dia jelas meLACURkan agama ISLAM hanya untuk meraih undi atau POLITIK.. Bukannya dia nak ajak manusia kepada keBAIKkan, sebaliknya seperti yang kita KATAlah, mengajak manusia berterusan kepada keMUNGKARan dan meLALAIkan manusia dalam dunia pemBOHONGan dan FITNAH..


Orang Melayu/ISLAM di negara INI sebenarnya mudah sangat diTIPU dengan penampilan atau PAKAIAN oleh Lebai-Lebai PAS dan MUSLIMAHnya.. Adakah pakaian Lebai PAS sedemikian RUPA mampu mengelak mereka diBAKAR oleh API NERAKA? Adakah ISLAM itu hanya pada pakaian semata-mata? Rahib Yahudi dan Kristian pun pakai lebih kurang jugak, adakah mereka seTARAF dengan Lebai PAS? Sebab itulah kita KATAkan asas ISLAM itu kena tanam KUKUH dalam diri.. Hanya dengan asas ISLAM yang KUKUH kita dapat memBEZAkan baik-buruk sesuatu perkara dan mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam keMUNGKARan hanya kerana KAGUM dengan penampilan Lebai PAS yang DUNGU seperti dalam KLIP itu..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS