DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, July 26, 2011

Betul ke Pok Nik SETUJU dengan BIOMETRIK? Atau tengah MAMAI pasal terlebih DOS ubat?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Eh! Eh? Betul ke Pok Nik 'ALAIHISSALAM' menyokong pengGUNAan sistem BIOMETRIK dalam pilihanraya kelak? Dalam pada ramai para pemimpin PR memBANTAH pengGUNAan sistem yang lebih MODEN ini sebaliknya menyokong teknik zaman JAHILIYYAH seperti celup DAKWAT di jari, Pok Nik pula menyokong sistem BIOMETRIK? ->KLIK<-

Biar betul Pok Nik.. Betul ke Pok Nik faham apa yang diMAKSUDkan dengan sistem BIOMETRIK untuk pengecaman pengundi masa pilihanraya nanti? Kot la Pok Nik terSALAH faham dengan sistem timbangan METRIK seperti unit KG atau GRAM? Atau Pok Nik ingat sistem BIOMETRIK ni macam aksi dalam filem MATRIX? HE!HE!HE!

Kita sengaja katakan sedemikian kerana semua MAKLUM bahawa Pok Nik nih spesis awal-awal aje dia SETUJU.. Lepas 2, 3 hari karang dia kata tak SETUJU pulak.. Lepas tu mulalah dia MERAPU kata wartawan salah tulis la atau salah FAHAM la.. Ada BAIKnya Pok Nik mula belek buku-buku luar negara untuk menDALAMi apa yang diMAKSUDkan dengan sistem BIOMETRIK dan bagaimana ianya diaplikasikan dalam pelbagai bentuk pekerjaan di negara ini.. Karang sendiri yang tak FAHAM lepas tuh SALAHkan orang lain pulak! Selain cap jari, ciri-ciri sistem BIOMETRIK jugak boleh diadaptasikan mengGUNAkan anak mata, bentuk muka, ton SUARA dan mungkin jugak lebih CANGGIH lagi ialah DNA.. Betulke Pok Nik FAHAM?

PengGUNAan BIOMETRIK bukanlah perkara baru kalau kita rujuk SEJARAH bagaimana cap jari digunakan untuk memBEZAkan pengenalan seseorang individu terutamanya apabila meLIBATkan kes-kes JENAYAH atau simpanan barang seperti di BANK.. Dengan kata lain, sistem BIOMETRIK jugak memBUKTIkan keAGUNGan Allah SWT yang menjadikan setiap manusia itu berbeza-beza.. Sebab itulah teknik celup DAKWAT untuk pengesahan mengundi wajar diLIHAT sebagai teknik JAHILIYYAH yang digunakan oleh tentera US untuk memBUKTIkan betapa MUNDURnya umat ISLAM! Dah nama pun Lebai PAS tuh memang BAHLOL, yang BODOH itulah yang dijadikan PEDOMAN! HE!HE!HE!

Jika BENAR Pok Nik berSETUJU dengan sistem BIOMETRIK, sepatutnya Pok Nik jugak bersetuju dengan pemBUKTIan kejadian salah laku SEKS menerusi DNA.. Dengan kata lain:-

1) Jika DNA 'LELAKI Y' terdapat dalam JUBOR seorang lelaki lain, sudah pastilah 'LELAKI Y' itu telah 'menJUBOR' lelaki tersebut..

2) Jika cap JARI dan jugak DNA terdapat pada seutas jam Omega yang diperOLEHi daripada sebuah BILIK yang diGUNAkan oleh 'LELAKI Y' untuk beROMEN dengan amoi Cina, JELASlah jam Omega tersebut milik 'LELAKI Y'?

Jadik, BETUL ke Pok Nik benar-benar FAHAM tentang sistem BIOMETRIK nih dan keGUNAannya untuk memBUKTIkan pengenalan seseorang individu? HE!HE!HE!


Itulah PUNCA kenapa para pemimpin PR yang lain beria-ia nak gunakan teknik JAHILIYYAH yang mengGUNAkan DAKWAT celup di jari.. Jika mereka memperAKUi sistem BIOMETRIK, maka mereka jugak terpaksalah memperakui jugaklah bukti-bukti seperti yang diNYATAkan di atas.. Ini kerana LOGIK pemBUKTIannya adalah sama dan diperakui keSAHIHannya 100%.. Takkanlah kita PERCAYA kepada pemBUKTIan menerusi cap jari BIOMETRIK tetapi menolak pulak pemBUKTIan menerusi DNA sedangkan itu semua dari tubuh badan manusia jugak? Tak gitu? Jadik, baik fikir betul-betul.. HE!HE!HE!

Pok Nik kata,

"Jadi, untuk membentuk kerajaan sekarang ini, mesti melalui mengundi, tak boleh cara lain. Apa saja cara bersih saya sokong.."

Sebenarnya Pok Nik, sejak dulu lagi pilihanraya di negara ini sentiasa BERSIH.. Kalau tak, dah lama dah peMAKAN gaji BUTA macam Pok Nik diHUMBANkan ke dalam longkang HASIL manipulasi pengUNDIan oleh pihak yang mahu JATUHkan Pok Nik! Pok Nik patut berSYUKUR kerana sistem pilihanraya di negara inilah yang menyebabkan dirinya KEKAL sebagai peMAKAN gaji BUTA di Kelantan.. Selama 20 tahun lebih pulak tuh? Tak ke Pok Nik nih dah jadik macam Mubarak di Mesir atau Ali Abdallah Salleh di Yaman? HE!HE!HE!

Malah, cuma sistem pilihanraya di negara ini lah yang menyaksikan 'penJUBOR', penZINA, orang tak ada sijil SPM, orang tak FASIH bahasa Melayu dan orang yang bersekedudukkan dapat masuk Parlimen! Inilah jugak memBUKTIkan keTELUSan pilihanraya kita walaupun sekaligus memBUKTIkan pengundi kita seperti para Lebai PAS memang BONGOK kerana memilih para MALAUN sebegini sebagai wakil RAKYAT! Dok kata diri lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain tapi Nabi SAW suruh TOLAK para pemimpin kaki MAKSIAT, Lebai-Lebai DUNGU yang berJANGGUT dan para muslimah yang berPURDAH labuh inilah JUARA bab pilih KAKI MAKSIAT sebagai wakil! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS