DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, July 03, 2011

Walaupun statusnya HARAM, jangan sesekali 'Forgive & FORGET' mereka di sebalik BERSIH 2.0!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pada 1 Julai 2011, BLOG ini pernah menyiarkan TULISAN tentang perlunya BERSIH 2.0 diHARAMkan kerana aktiviti mereka bukan sahaja mengANCAM keselamatan negara, malah mereka jugak berseKONGKOL dengan pihak ASING untuk campur tangan dalam urusan POLITIK negara kita.. ->KLIK<-

KeESOKkan harinya, seakan-akan menyahut apa yang kita TULIS dalam BLOG ini, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) telah mengISHTIHARkan bahawa BERSIH 2.0 adalah pertubuhan HARAM dan menyalahi undang-undang.. ->KLIK<-

PengISHTIHARan ini meLETAKkan BERSIH 2.0 setaraf dengan pertubuhan-pertubuhan HARAM lain seperti KOMUNIS, Al Maunah, Jemaah Islamiah, HINDRAF dan jugak Al Arqam.. Oleh kerana status BERSIH 2.0 adalah HARAM, mereka WAJIB diPERANGi oleh segenap lapisan RAKYAT yang mengaku taat setia kepada negara ini dan Perlembagaannya.. Dengan kata lain, jika anda jumpa penyokong BERSIH 2.0 di tepi jalan, anda boleh la UMPAMAkan anda jumpa KOMUNIS dan terPULANGlah kepada anda samada nak tangkap diorang bagi kat pihak berKUASA atau kumpul geng ramai-ramai pakat SELIGI kepala diorang sedas dua!

BLOG ini jugak pada 28 Jun lalu pernah menulis tentang tindak-tanduk BERSIH 2.0 yang diLIHAT seakan mengISHTIHARkan 'peperangan' dengan orang Melayu/ISLAM di negara ini.. ->KLIK<-

Ini sebenarnya merujuk kepada RESPON beberapa pertubuhan SILAT dan jugak pertubuhan-pertubuhan 'perTAHANan' Melayu lain yang berIKRAR untuk turun berSEMUKA dengan para penyokong BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.. Apabila pertubuhan-pertubuhan Melayu ini mula berSUARA nada KERAS, ini sebenarnya telah memBERIkan 'Red ALERT' kepada seluruh orang Melayu/ISLAM untuk BANGKIT dan melengkapkan diri bagi memperTAHANkan kuasa Melayu/ISLAM.. Inilah yang dilihat pada hari ini apabila beberapa pertubuhan SILAT senada untuk menentang BERSIH 2.0 habis-habisan.. Senario inilah yang GAGAL dibaca oleh penaja dan pendokong BERSIH 2.0 yang cuba mencari pasal..

Sebuah pertubuhan HARAM sepatutnya tidak layak untuk menDAPATkan pemBELAan undang-undang.. Oleh itu, jika BERSIH 2.0 meneruskan agenda mereka pada 9 Julai ini, mereka akan berHADAPan dengan jutaan orang Melayu/ISLAM yang akan berMATI-MATIan menentang mereka.. Adalah BODOH jika memPERCAYAi Lebai-Lebai PAS mampu menentang jutaan orang Melayu/ISLAM ini kerana beberapa siri PRK sebelum ini menyaksikan bagaimana PAS diTOLAK menyembah bumi oleh para pengundi Melayu/ISLAM.. Dalang-dalang BERSIH 2.0 patut sedar bahawa cuma 30% sahaja Lebai PAS yang menyokong mereka.. 70% lagi masih enggan bersekongkol dengan Pengerusi BERSIH 2.0 yang diketahui ada REPUTASI sering mencabar keDUDUKkan ISLAM dalam Perlembagaan Negara!

Pada 15 Jun 2011, BLOG ini memaparkan bahawa PAS akan hancur bersama Mat Sabu kerana diHERET ke dalam BERSIH 2.0.. ->KLIK<-

Maka, tak USAHlah diharapkan kepada Mat Sabu yang diakui sendiri oleh ramai ahli PAS sebagai KAKI temberang dan langsung tak boleh HARAP meLAINkan dalam bab cilok duit Memali dan bab dicekup KHALWAT dengan BINI orang! Kalau tak, takkanlah dia merempat cuba nasib sebagai CALON pilihanraya di negeri orang? Begitu jugak dengan Penasihat PKR yang diketahui UMUM sebagai PENGECUT dan lebih rela berSEMBUNYI di Kedutaan Turki, menangguhkan perBICARAan kes 'menJUBOR'nya bertahun-tahun dan KECUT nak SAMAN pihak yang menDEDAHkan salah laku SEKSUALnya seperti Ummi Hafilda, Datuk Nalla dan DATUK T.. Bukankah anda LIHAT sendiri bagaimana CELARUnya pemilihan parti PKR itu sendiri TETAPI masih nak KONDEM bagaimana SPR kendalikan pilihanraya?

Apa agaknya yang berMAIN dalam fikiran Pengerusi BERSIH 2.0 dan juak-juaknya? Sebagai sebuah pertubuhan HARAM, laratkah BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti berhadapan dengan:-

1) BERSIH 2.0 VS PERKASA + NGO-NGO Melayu/ISLAM
2) BERSIH 2.0 VS PATRIOT Pemuda UMNO
3) BERSIH 2.0 VS Gabungan Persatuan Silat dan pembela Melayu/ISLAM
4) BERSIH 2.0 VS PDRM atau PDRM + ATM
5) BERSIH 2.0 VS Majlis Raja-Raja atau Majlis Fatwa Kebangsaan?

Terimalah HAKIKAT bahawa MAJORITI besar orang Melayu/ISLAM di negara ini tidak menyebelahi BERSIH 2.0 pun.. Senario sekarang bukanlah senario tahun 2007 dulu.. RAKYAT bukan BODOH untuk meLIHAT sarkas POLITIK di dalam BERSIH 2.0.. Apa pun, kita tetap berpenDIRIan bahawa 'BOUNTY' terhadap Pengerusi BERSIH 2.0 dan AJK-AJKnya jangan diTARIK walaupun BERSIH 2.0 menemui keGAGALan.. Kita tidak boleh TERIMA jika kerajaan cuba berSIKAP 'Forgive dan FORGET' terhadap mereka semua setelah menyaksikan apa yang berlaku setakat ini.. RAKYAT jugak menuntut 'JUSTICE' terhadap segala keKACAUan yang telah diTIMBULkan oleh mereka semua menerusi BERSIH 2.0 ini.. Lainlah kalau mereka ini SUDI lepaskan keRAKYATan untuk mengelak daripada di'JUSTICE'kan di negara ini..

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Masalahnya tuan, BERSEH tu melayu gak majoritinya.. jadi melayu lawan melayu laa, DAP dan PKR bukan melayu tengok jer..ni memang kehendak penganjur tu..

Sam

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Melayu MAJORITI di dalam BERSIH 2.0 tetapi MINORITI di dalam keseluruhan orang Melayu/ISLAM di negara ini..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS