DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, July 10, 2011

Bukti KUFUR NIKMAT - Yang buat benda HARAM diAGONGkan, yang buat benda HALAL diperlekehkan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selepas solat SUBUH, jom kita pakat-pakat RENUNG apa akan jadi terhadap NEGARA ini atas perBUATan yang kita sebagai RAKYAT telah lakukan.. Kalau nak dikira, banyak penduduk di DUNIA ini yang tidak pun berNEGARA seperti orang Rohingya, Kurdis dan Palestin.. Malangnya kita yang dah berNEGARA ini pulak nak MUSNAHkannya ikut kehendak NAFSU SERAKAH beberapa pemimpin POLITIK? Dah la NAFSU SERAKAH sesama manusia tak kira JANTINA pun DAHSYAT, bab GILA KUASA pun mengalahkan BINATANG?

Apa yang kita dapat daripada RUSUHAN semalam? SPR jelas tak LAYAN pun TUNTUTAN pasal ianya memerlukan perubahan dalam Perlembagaan Negara? Nak ubah beberapa KLAUSA dalam Perlembagaan Negara kenalah di Parlimen bukannya di jalan raya.. Kalau setakat nak HIMPUNkan penyokong, POLIS kata 6 ribu, beberapa BLOG meLAPORkan sekitar 10-20 ribu.. Yang KELAKARnya, Pak Janggut Sasterawan NEGARA memandai pulak kata sampai 50 ribu? Macam mana ko mengira Pak Janggut oii? Ko punya 'TRIP' semalam pun cuma dari KL Sentral ke Istana Negara aje? Walhal, jumlah orang yang ko SEBUT tu semuanya KUMPULAN sama aje?

Katakan anda berKUMPUL di Jalan TAR/Kampung Bharu -> lepas tu ke Masjid Jamek -> lepas tu ke Maybank HQ -> lepas tu ke Petaling Street & Pudu - lepas tu ke Jalan Hang Tuah -> lepas tu ke kawasan dekat-dekat Bukit Bintang -> berakhir di KLCC..

Tidak ke yang ikut LALUAN tuh semuanya satu KUMPULAN aje? Kawalan KETAT pihak POLIS menyebabkan para peRUSUH sebenarnya umpama AYAM yang kena KEPUNG untuk masuk REBAN atau diSEMBELIH.. Tang mana boleh diKATAkan cecah sampai 50 ribu tuh Pak Janggut? Ko cuma belajar SASTERA, mana tau MATEMATIK? KAH!KAH!KAH!

Baiklah, rasanya semua PIHAK tak dapat mencapai pun OBJEKTIF masing-masing.. DS Najib tengok muka kat TV pun langsung tak de REAKSI, masih SELAMBA aje dok berucap dalam Majlis Koperasi dan pergi Floria kat Putrajaya? Namun IMPAK keROSAKkannya begitu BESAR bukan sahaja terhadap para peniaga dan lain-lain pihak KETIGA, nama NEGARA jugak turut tercemar dan begitu jugak dengan Institusi KeSULTANan Melayu.. Yang nih, macam mana nak diPULIHkan kembali, hanya Tuhan aje la yang TAHU.. Pasal dah JELAS bahawa YDP Agong sendiri berTITAH sebegini:-

"Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik."

Kita memanglah tak NAMPAK pun cacat CELAnya Titah KHAS Baginda TUANKU.. Namun, semalam jelas menunjukkan tindak-tanduk para pemimpin POLITIK dan para penyokongnya mengENGKARi Titah Baginda TUANKU sendiri.. Kalau di Barat, memang BIASA kita tengok 'King and Queen' mereka diperOLOK-OLOKkan seperti di UK atau Monaco.. Di dunia Timur, kita tak pernah NAMPAK lagila RAKYAT Thailand, Jepun atau pun Brunei memperOLOK-OLOKkan titah Raja mereka seperti semalam? Mungkin YDP Agong dan Sultan-Sultan Melayu pun patut ambil IKTIBAR bahawa rusuhan seMALAM adalah perMULAan awal untuk mengubah Malaysia sebagai sebuah REPUBLIK?

Kita memang KUFUR NIKMAT baik pemimpin POLITIK dan penyokongnya.... Rakyat kita sekarang bukannya pernah mengalami JERIT-PERIH seperti mana generasi terdahulu.. Cuba tanya bebudak U yang turut meRUSUH semalam, pernah ke mereka menoreh GETAH, banting padi atau ke laut tangkap ikan? Malah Lebai PAS yang berserban atau berPURDAH pun termasuk golongan KUFUR NIKMAT pasal langsung tak mengHARGAi NIKMAT untuk berIBADAH secara AMAN di NEGARA ini.. Kita masih tertanya-tanya apa keJADAHnya Lebai-Lebai DUNGU semalam sebut 'Lailahaillallah' untuk merusuh? Sedangkan satu DUNIA tahu Lebai-Lebai DUNGU itulah yang mengorbankan perjuangan ISLAM partinya sendiri dan semalam mereka berKIBLATkan seorang peguam BETINA yang menyokong agenda MURTAD?

Jadik sekarang SEMUAnya sudah tunggang-terbalik.. Yang merusuh dijamu dan diberikan LAYANAN teramat BAIK oleh pihak POLIS di Pulapol.. Rasanya pihak POLIS dan FRU yang bertugas semalam pun tidak diLAYAN sebaik seperti mana pada peRUSUH tersebut?

- Kita tertanya-tanya duit CUKAI siapakah yang diGUNAkan untuk memberi MAKAN kepada para peRUSUH di Pulapol semalam?

- Duit CUKAI siapakah yang diGUNAkan sebagai elaun ahli-ahli POLITIK yang buat KACAU semalam?

- Duit CUKAI siapakah yang memBIAYAi para budak U yang turut meRUSUH semalam?


NEGARA ini sudah pun 'diJUAL' kepada pihak ASING secara tidak langsung apabila kerajaan sendiri berLEMBUT terhadap mereka yang meROSAKkannya..

Akhir sekali, TIDAKkah RAKYAT yang tidak menyertai RUSUHAN dan mematuhi Titah KHAS Baginda TUANKU wajar diberikan pengHARGAan oleh YDP Agong dan jugak oleh kerajaan sendiri? Malangnya RAKYAT tidak meLIHAT pun ada usaha sedemikian..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS