DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, July 06, 2011

Did BERSIH 2.0 Chairman THINKS that she CAN lies forever?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau kita meRUJUK kepada sumber BERNAMA, pengerusi perTUBUHan haram BERSIH 2.0 menyatakan HASRATnya untuk memBATALkan perHIMPUNan BERSIH 2.0 di JALANAN dan mengALIHkannya ke sebuah tempat terTUTUP atau STADIUM.. ->KLIK<-

Setakat ini TIDAK ada langsung maklumat atau 'VENUE' yang diLAPORkan secara RASMI untuk tujuan tersebut.. Tarikh 9 Julai hanya tinggal 2 HARI sahaja lagi.. Walaupun kerajaan NEGERI Selangor menawarkan Stadium Shah Alam untuk TUJUAN tersebut, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman RASMI daripada mana-mana PIHAK untuk menerima TAWARAN itu.. Sepatutnya pihak berKUASA wajar memantau dan memastikan pertubuhan HARAM ini BENAR-BENAR mengadakan perHIMPUNan mereka di stadium seperti yang diNYATAkan..

Jika mereka GAGAL menDAPATkan stadium atau apa-apa DEWAN sekalipun, perHIMPUNan mereka wajar diBATALkan sama sekali.. Sudah tentu YDP Agong sendiri tidak akan memberikan PERKENAN Baginda untuk mereka KEMBALI berHIMPUN di jalan-jalan RAYA jika mereka GAGAL dapat stadium kerana inilah yang terKANDUNG di dalam Titah Khas Baginda Tuanku sendiri.. Jika mereka masih berDEGIL lalu mengGUNAkan alasan sedemikian untuk berHIMPUN, pihak ATM + POLIS sepatutnya tidak ragu-ragu untuk meLAKUkan apa yang sepatutnya mengikut undang-undang kerana mengENGKARi kehendak Baginda Tuanku sendiri dalam Titah Khasnya!

Kita menJANGKAkan pada 9 Julai ini pertubuhan HARAM BERSIH 2.0 tetap akan mengENGKARi janji mereka pada Baginda Tuanku.. Oleh itu, Pengerusi BERSIH 2.0 sepatutnya SEDAR bahawa lebih SUSAH untuk mematuhi JANJI mereka kepada Baginda Tuanku daripada berusaha mengHIMPUNkan penyokong mereka dalam STADIUM.. Kita katakan sedemikian kerana:-

1) Baginda Tuanku tidak pernah menyatakan pertubuhan BERSIH 2.0 yang diHARAMkan oleh ROS ini di'HALAL'kan semula.. Apatah lagi menitahkan ROS menarik kembali pengHARAMan BERSIH 2.0..

2) Sebagai pertubuhan yang berstatus HARAM, BERSIH 2.0 tidak LAYAK untuk memohon daripada mana-mana PIHAK pun untuk mengadakan perHIMPUNan.. Pernahkah tercatat dalam SEJARAH negara pihak Komunis mintak keBENARan untuk mengadakan perHIMPUNan?

3) Untuk KEMBALI mengadakan perHIMPUNan mereka walaupun di stadium, BERSIH 2.0 perlulah mengemukakan perMOHONan (mungkin di MAHKAMAH) agar status HARAM pada pertubuhan ini diTARIK balik atau diBATALkan.. Adakah perMOHONan sedemikian boleh diproses dalam masa 2 hari ini?


Oleh itu, kita MINTAKlah keSEMUA pihak yang pernah NAK berHIMPUN sama untuk meLAWAN perHIMPUNan BERSIH 2.0 sedar PERKARA ini.. Kot mana sekali pun BERSIH 2.0 terpaksa menghadapi proses undang-undang yang PANJANG kerana kita PERCAYA begitulah TITAH Baginda Tuanku apabila memBERIkan PERKENAN Pengerusi pertubuhan HARAM ini mengADAP Baginda.. Mungkin sebab itulah Pengerusi BERSIH diberitakan tidak pun memBAWA tuntutan memorandum mereka terhadap SPR bersama-sama semasa mengADAP Baginda Tuanku? ->KLIK<-

Ini kerana mereka mungkin awal-awal lagi dah berNIAT untuk mengHERET Baginda Tuanku ke dalam kancah POLITIK sempit mereka walaupun mereka tidak SEDAR Baginda Tuanku jugak bukanlah sebegitu MUDAH untuk diperDAYAkan.. Sekarang Pengerusi BERSIH 2.0 terpaksalah terlebih dahulu menghadapi proses undang-undang untuk meng'HALAL'kan terlebih dahulu pertubuhan mereka untuk memBOLEHkan mereka memohon PERMIT untuk berHIMPUN di stadium.. Adakah ianya boleh diselesaikan dalam masa 2 hari? Mungkinkah Pengerusi BERSIH 2.0 bersama-sama Pak Janggut Sasterawan Negara TERPAKSA mengADAP Baginda Tuanku sekali lagi untuk meRAYU agar Baginda Tuanku mengarahkan ROS menarik balik status HARAM tersebut?

Baiklah, kita BIARkan dahulu BERSIH 2.0 dengan DILEMAnya seperti yang dinyatakan.. Asalkan semua pihak yang terlibat berpegang teguh dengan undang-undang dan Perlembagaan Negara, nescaya kita semua akan melihat hasil yang BAIK.. Seterusnya, kita ingin meminta kepada kePIMPINan kerajaan DS Najib agar membukak seluas-luas MATA tentang pengKHIANATan secara langsung oleh pihak yang bersekutu dengannya dalam parti terhadap kerajaannya.. Sebagai CONTOH, kita tertanya-tanya apakah PERANAN mantan PM ke-5 yang bertemu dengan Pengerusi BERSIH 2.0? ->KLIK<-

Kot mana sekali pun OBJEKTIF perHIMPUNan BERSIH 2.0 adalah untuk menumbangkan kerajaan sekarang ini yang diPILIH menerusi pilihanraya yang SAH! Tidakkah PELIK dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba aje mantan PM ke-5 bertemu dengan Pengerusi BERSIH 2.0? Adakah dia pada masa itu meWAKILi kerajaan seperti mana MENANTUnya dahulu yang terhegeh-hegeh menjadi pemBAWAK PASSPORT kepada Penasihat PKR? Walaupun sudah 'diPENCENkan', mantan PM ke-5 seharusnya SETIA terhadap kerajaan sekarang dan memBERIkan sokongan kepada DS Najib.. Lainlah kalau DS Najib melakukan keSILAPan maha BESAR seperti dia dahulu semasa menjadi PM ke-5! Seperti jugak hajat MENANTUnya, apakah dia jugak mahu DS Najib 'diPENCENkan' seperti mana dia pernah rasa?

DS Najib patut SEDAR bahawa cukup-cukuplah menyimpan golongan 'SUSPICIOUS' dalam kerajaan dan parti sendiri.. Mereka ini tidak RAGU-RAGU untuk menJATUHkan kerajaan BN apabila kePENTINGan mereka tidak dipenuhi.. Kalau takat bawa keROSAKkan untuk DS Najib seorang aje tak apa la TAPI kalau satu NEGARA nak diROSAKkan, takkanlah RAKYAT boleh dok diam tengok aje? Lupakah bagaimana 'DASAR keterBUKAan' di zaman PM ke-5 dahulu menyaksikan keMARAHan RAKYAT dan menyebabkan NEGARA rugi? Mungkin itu HAJAT bersama antara dia, MENANTU, Pengerusi BERSIH 2.0 dan Penasihat PKR tanpa pengeTAHUan DS Najib sendiri?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS