DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, September 28, 2011

Apakah DS Najib berANGGAPan MANSUHkan itu dan ini lebih UTAMA berbanding BERSIHkan parti daripada LIABILITI POLITIK seperti ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kan dah KATA dah.. Apabila DS Najib sendiri sebagai PM telah mengISIkan PELURU ke dalam PISTOL milik MUSUHnya, adakah MUSUHnya itu hanya akan berDIAM diri tanpa mengGUNAkan PISTOL tersebut untuk menembaknya? Itulah yang berlaku apabila DS Najib semasa mengUMUMkan peMANSUHan ISA dalam ucapannya pada malam sebelum sambutan Hari Malaysia akhirnya menyaksikan DESAKan bertalu-talu daripada KAWAN dan LAWAN untuk meMANSUHkan benda lain pulak.. DESAKan ini nescaya akan bertambah kerana ianya adalah MODAL POLITIK pihak-pihak tertentu untuk perSEDIAan mengHADAPi PRU-13 nanti..

Seperti mana Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang mengGUNAkan ISU Hukum HUDUD sebagai MODAL POLITIKnya untuk berTANDING sekali lagi dalam pilihanraya, PERANGAI seakan-akan SAMA diTUNJUKkan pulak oleh 'BOSS' Pemuda UMNO.. Cuma yang BEZAnya ialah 'BOSS' Pemuda UMNO ini mengGUNAkan ISU AUKU untuk diJADIKkan MODAL POLITIKnya sebelum PRU-13..

"Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik" ->KLIK<-

Perghh... Begitulah kata-kata 'BOSS' Pemuda UMNO ini yang semua MAKLUM tidak diLAHIRkan pun di Malaysia dan tidak pernah pun MASUK mana-mana peringkat pengajian samada di TADIKA mahu pun di peringkat IPT di NEGARA ini.. Dia berCAKAP seolah-olah dia tak SEDAR pun lebih separuh daripada UMURnya diHABISkan di luar NEGARA dan bukannya di dalam NEGARA ini pun? Ada HATI pulak nak bercakap KONONnya macam dia tuh diTURUNkan dari LANGIT ke-7 ala-ala Pok Nik yang diJUNJUNG tinggi oleh Lebai-Lebai PAS? Poooraahhh!!

Untuk setakat INI, kita terTANYA-TANYA adakah DS Najib SEDAR keROSAKkan yang terhasil AKIBAT menurut kata-kata atau DESAKan yang tidak pun menGAMBARkan hasrat majoriti RAKYAT sebaliknya hanya DESAKan berASASkan kePENTINGan POLITIK beberapa PENYANGAK POLITIK seperti 'BOSS' Pemuda UMNO ini? Pada RAKYAT, mereka peduli APA samada ISA atau AUKU diMANSUHkan.. Pada RAKYAT, asalkan NEGARA ini AMAN, kos HIDUP dapat diKAWAL dan kepentingan mereka diBELA, cukuplah? Atas sebab itulah Singapura langsung tak terGERAK hati nak MANSUHkan ISA pasal pemimpin NEGARA itu TAHU bukan itu yang RAKYAT mahu..

Walaupun ISA diMANSUHkan, ianya tidak bermakna RAKYAT menyokong DS Najib pun? Pasal majoriti RAKYAT tidak terasa pun ISA mengGANGGU keHIDUPan mereka? Begitu jugak dengan DESAKan BODOH oleh 'BOSS' Pemuda UMNO untuk meMANSUHkan AUKU.. Adakah siswazah kita jadik BODOH pasal tak boleh BELAJAR kerana AUKU atau lebih ramai BAHLOL dihasilkan di IPT kerana semuanya sibuk nak berPOLITIK? KeGAGALan untuk memBEZAkan baik dan BURUK sebelum mengUMUMkan sesuatu peMANSUHan menyebabkan keadaan tidak menjadi semakin BAIK sebaliknya menjadi semakin BURUK.. Yang terpaksa menahan keGERAMan akibat tindakan tidak berFIKIR panjang ini sudah tentunya RAKYAT!

Tidak sampai 24 jam pun selepas peMANSUHan ISA diUMUMkan, seorang pemimpin POLITIK DAP La'anatullah telah mengHINA Jalur Gemilang.. Apa pula akan berlaku jika DS Najib ikut kata peSALAH POLITIK WANG yang diBENCI di seluruh NEGARA ketika ini untuk meMANSUHkan AUKU? Apakah DS Najib ingin meLIHAT para siswazah diHASUT ke jalan-jalan RAYA untuk meRUSUH seperti mana berlaku di Indonesia dan Thailand kerana perBEZAan fahaman POLITIK? Apakah DS Najib akan bertanggung-jawab jika suasana seDEMIKIAN tercetus sedangkan sebelum INI pun kerajaan jelas GAGAL mengawal keadaan dan Menteri KDN pulak bersikap sangat PENGECUT jika merujuk kepada RUSUHan BERSIH 2.0 dan HINDRAF? Sampai sekarang tidak ada sebarang penDAKWAan ke atas peRUSUH terbabit?

RAKYAT sebenarnya menuntut agar DS Najib melihat terlebih DAHULU betapa JIJIKnya para pemimpin yang meWAKILi suara UMNO/BN ketika ini seperti 'BOSS' Pemuda UMNO, Presiden MCA, Presiden Gerakan dan jugak SEPUPUnya sendiri sebagai Menteri KDN yang terang-terang menjadi LIABILITI kepada UMNO/BN.. Kesemua pemimpin ini adalah pemimpin yang diWARISi daripada era PM ke-5 yang jelas menjadi PUNCA penolakkan RAKYAT terhadap UMNO/BN pada PRU-12..

- Siapa TIDAK kenal dengan 'BOSS' Pemuda UMNO yang diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG oleh partinya sendiri dan keRAGUan bagaimana dia dapat PINJAM berjuta-juta RM untuk beli saham ECM Libra tanpa sebarang JAMINAN atau CAGARAN?

- Siapa TIDAK kenal dengan Presiden MCA yang mana VIDEO PORNOnya tersebar meluas dan MORALnya sebagai PEMIMPIN diperSOALkan?

- Siapa TIDAK kenal dengan Presiden Gerakan yang sudah menjadi LIABILITI terhadap BN di Pulau Pinang hingga sukar untuk BN menang SELESA lagi di sana?

- Siapa TIDAK kenal dengan SEPUPU DS Najib yang jugak Menteri KDN yang hanya mampu memberi 'AMARAN'? Dia jugak WAJAR diperTANGGUNG-JAWABkan kerana membawa MASUK orang yang meROSAKkan UMNO dari dalam sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO semasa dia menjadi KETUA Pemudanya dahulu..

Apakah DS Najib yakin UMNO/BN akan kembali PULIH jika sesuatu TIDAK diLAKUkan untuk 'memBERSIHkan' muka-muka ini daripada kePIMPINan UMNO/BN? Rata-rata RAKYAT menolak UMNO/BN kerana MELUAT melihat gejala POLITIK WANG, masalah MORAL, pemBOHONGan dan NAFSU para pemimpin UMNO/BN mengGUNAkan platform parti untuk menCARI keMEWAHan.. DS Najib nak tunggu UMNO/BN cuma menang di Parlimen Pekan sahaja ke BARU nak rasa MENYESAL kerana TIDAK bersihkan PARTI daripada para PENYANGAK POLITIK ini sebaliknya sibuk dok ikut kata mereka untuk MANSUHkan itu dan ini?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS