DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, September 07, 2011

Isu meng'HERO'kan KOMUNIS oleh PAS - UMNO puas HATI dapat pengIKTIRAFan, RAKYAT makan HATI pasal Lebai PAS tak minta MAAF?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau ikut LAPORan yang dibaca dan diDENGAR di TV, kita diFAHAMkan S/U Agong PAS hanya mengIKTIRAF jasa dan perJUANGan tokoh-tokoh UMNO yang meMERDEKAkan NEGARA.. ->KLIK<-

Kita tak ada pun DENGAR atau terbaca S/U Agong PAS meMINTA MAAF pasal keBODOHan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang jugak Timbalan Presiden meng'HERO'kan KOMUNIS yang memBUNUH dan memBAKAR hidup-hidup POLIS Melayu/ISLAM dan keluarganya semasa TRAGEDI Bukit Kepong? Sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan oleh PAS sebenarnya..

Dalam KONTEKS ini, UMNO diLIHAT berGEMBIRA dengan kenyataan 'Cover LINE' S/U Agong PAS tersebut.. Sedangkan majoriti RAKYAT yang memBUAT laporan POLIS berhubung ISU ini sebenarnya pasal MARAHkan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' tu meng'HERO'kan pemBUNUH, bukan pasal dia tidak mengIKTIRAF mana-mana pemimpin UMNO sebagai perjuang keMERDEKAan? UMNO nampak tak perBEZAan atau lebih tepat lagi putar-BELIT yang cuba diMAINkan oleh PAS menerusi S/U Agongnya dan jugak 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang berada di sisinya ketika mereka membuat pengakuan di dalam sidang MEDIA tersebut?

Adalah RAKYAT akan 'TUTUP BUKU' pasal isu ini dengan kenyataan RASMI PAS menerusi S/U Agongnya itu? Tidak.. KeMARAHan RAKYAT sebenarnya masih membara.. Pasal RAKYAT terutamanya mangsa KOMUNIS dan ahli keluarga mangsa TRAGEDI Bukit Kepong menuntut PAS meMOHON MAAF di atas keBODOHan Timbalan Presidennya sebelum ini.. Walaupun UMNO berGEMBIRA dengan pengIKTIRAFan sedemikian rupa oleh PAS, RAKYAT yang terLUKA tetap MAKAN HATI samada terhadap PAS mahu pun UMNO kerana mereka sering diperMAINkan oleh kedua-dua parti POLITIK ini yang mengejar POPULARITI..

Tahukah UMNO bahawa OBJEKTIF sebenar 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang jugak Timbalan Presiden PAS meMAINkan isu ini sebenarnya untuk memperLEKEHkan tokoh-tokoh keMERDEKAan UMNO sebaliknya mengAGONGkan pejuang golongan RAKYAT marhaen? Sebenarnya dia nak meWUJUDkan satu bentuk GAMBARan di kalangan RAKYAT bahawa UMNO seolah-olah sengaja mengubah SEJARAH agar tokoh-tokoh mereka dilihat sebagai pejuang, bukannya pejuang di golongan RAKYAT marhaen seperti Tok Janggut, HJ Abdul Rahman Limbong dan sebagainya.. Dengan kata lain, dia sebenarnya nak mengHASUT agar RAKYAT bencikan UMNO..

DiSEBABkan keBODOHan Timbalan Presiden PAS ini yang seluruh DUNIA pun sedia maklum, dia secara tidak SENGAJA telah tersebut Mat Indera yang kebetulan pulak adalah KOMUNIS yang terlibat dalam 'MASSACRE' di Bukit Kepong.. Sebab itulah selepas dia menyedari keterlanjurannya akibat keBODOHannya sendiri, dia SENGAJA nak jumpa ahli-ahli keluarga mangsa TRAGEDI di Bukit Kepong untuk 'Control DAMAGES'.. Anda seharusnya TAHU, jika ada seorang pun ahli keluarga mangsa TRAGEDI Bukit Kepong berjaya diRAKAM gambar berSAMAnya, memang teruk UMNO akan diRATAH oleh jentera PROPAGANDA PAS! Mujurlah, tidak ada pun ahli-ahli keluarga mangsa TRAGEDI yang sudi berTEMU, jauh sekali berGAMBAR dengannya..

Sebenarnya, UMNO jugak selain mengAGONGkan tokoh-tokoh pejuang keMERDEKAan seperti Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman, perlu jugak mengHARGAi pejuang di kalangan RAKYAT marhaen seperti POLIS dan ASKAR yang memperTAHANkan NEGARA ini.. Apabila JASA mereka ini diLUPAkan, MUDAHlah MALAUN macam 'Kaki BORAK Tepi Jalan' tuh 'masuk JARUM'! Kerjanya akan jadik lebih MUDAH jika pemimpin UMNO hari ini pun kategori 'KECUT' macam CUCU Dato' Onn merangkap Menteri KDN pun tak mahu TAMPIL memperTAHANkan nama DATUKnya sendiri.. ->KLIK<-

Seperti yang kita KATA, nasib BAIKlah 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang jugak Timbalan Presiden PAS ini tahap keBODOHannya memang sukar diUBATi.. Kalau tak, habislah tokoh-tokoh pejuang keMERDEKAan UMNO diperLEKEHkan oleh RAKYAT sendiri!

Ketika ini Lebai-Lebai PAS sedang cuba seBAIK mungkin untuk 'Control DAMAGES' akibat keBODOHan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' tuh.. Mereka pun tak menDUGA keMARAHan RAKYAT terhadapnya begitu memuncak sebegini rupa.. Almaklumlah, keBODOHan yang ditunjukkan olehnya dalam isu ini menyamai keBODOHan yang pernah ditunjukkan depan balu-balu TRAGEDI Memali dahulu! Bukankah 'Kaki BORAK Tepi Jalan' inilah yang diHAMBAT oleh balu-balu TRAGEDI Memali ke kereta Mercedesnya akibat GAGAL menJAWAB ke mana duit DERMA Tabung Memali diSONGLAPkan? KAH!KAH!KAH!

Jika UMNO bijak, UMNO seharusnya tampil bagi pihak RAKYAT khususnya ahli keluarga mangsa TRAGEDI Bukit Kepong dan jugak keKEJAMan KOMUNIS menuntut perMOHONan MAAF secara terBUKA.. Sangatlah BANGANG jika UMNO berPUAS hati dan memBIARkan Lebai-Lebai PAS ini berjaya memulihak keadaan seterusnya menCARI idea lain untuk menDATANGkan keBENCIan RAKYAT kepada UMNO.. Patut diINGATkan, memangla Timbalan Presiden PAS itu cuma tahap 'Kaki BORAK Tepi Jalan'.. Namun demikian, masih RAMAI lagi Lebai PAS yang LICIK dan menunggu UMNO masuk PERANGKAP yang disediakan!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS