DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, November 07, 2011

DS Najib pergi Makkah, di TANAH air ada pulak PUAK-PUAK tengah 'PLAN' nak JATUHkan UMNO/BN untuk PRU-13..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita sebenarnya sangat-sangat SIMPATI dengan DS Najib walaupun kita tak NAFIkan agak kerap jugak mengKRITIK beberapa POLISI kerajaan PIMPINannya kebelakangan INI.. Kita SIMPATI kerana di saat DS Najib sepatutnya menumpukan 100% kepada ibadah HAJI di Tanah Suci Makkah, keTIADAannya di NEGARA ketika ini telah diAMBIL kesempatan oleh musuh-musuh POLITIKnya samada dalam PARTI dan tentunya di luar PARTI untuk meRANCANG sesuatu.. Sepeninggalan DS Najib, nyata sekali rakan-rakan seKABINETnya dok buat HAL masing-masing dan TIDAK meLAKUkan gerak kerja sePASUKAN seperti para Menteri dan pemimpin PARTI terDAHULU..

Sememangnya itulah RENCAH dalam POLITIK.. Apabila 'KUCING' tidak ada, maka 'TIKUS' akan mengaku dialah 'KUCING'.. Beberapa ISU yang timbul beberapa HARI sebelum DS Najib ke Tanah SUCI sebenarnya GAGAL diTANGANi dengan baik oleh rakan-rakan seKABINETnya.. Antaranya isu PPSMI, usaha meMANSUHkan AUKU, agenda SEKSUAL Merdeka dan banyak lagi TEMPATAN.. Semuanya diBIARkan begitu sahaja oleh rakan-rakan seKABINET DS Najib dan mereka menanti kePULANGan DS Najib untuk meLAMBAKkan semuanya atas mejanya untuk diSELESAIkan.. Dengan KATA lain, DS Najib seorang ajelah yang 'STRUGGLE' untuk memBUKTIkan kerajaan dan partinya UMNO/BN bekerja demi RAKYAT.. Yang lain cuma 'PARKING' nama aje..

Seperti yang kita sebut tadi, pihak LAWAN DS Najib sebenarnya sedang meRANCANG sesuatu semasa keTIADAan DS Najib ketika ini.. Ya.. Memang kalau DS Najib ada pun mereka tetap akan meRANCANG.. Namun itu setakat sesama mereka ajelah.. Bagaimana pulak kalau kali ini mereka meRANCANG sesuatu bersama beberapa pihak dalam kerajaan dan UMNO/BN semasa DS Najib tiada ketika ini? Sudah tentu peRANCANGan mereka untuk menJATUHkan DS Najib dan UMNO/BN semasa PRU-13 nanti.. Mungkin agak JANGGAL keDENGARan tetapi 'PENYAKIT' biar parti KALAH asalkan FULUS sentiasa MASUK poket bukanlah perkara BARU dalam UMNO/BN terUTAMAnya selepas Tun Dr. Mahathir bersara.. Kot mana pun mereka tetap 'MASYUK' dengan menJUAL keSETIAan mereka ini!

PERCAYA tak kalau diKATAkan ketika DS Najib menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah HAJI, mereka sebenarnya sedang berPAKAT bersama-sama SEKUTU mereka dalam UMNO/BN agar keKUATan UMNO/BN menghadapi PRU-13 kali ini tidak kembali PULIH? Dengan KATA lain, sudah wujud USAHA untuk kembali meLEMAHkan UMNO/BN kepada senario pasca PRU 2008.. Bukanlah PELIK jika diKATAkan pihak LAWAN sedang memerah IDEA untuk tidak mengIKTIRAF keputusan PRU-13 jika ianya tidak memihak kepada mereka.. ->KLIK<-

KONONnya PRU-13 perlu menunggu PROSES penambahbaikkan pilihanraya tidak lebih daripada pemBOHONGan mereka semata-mata.. Kira macam berLAKON la tu..

RANCANGan untuk meLIBATkan para mahasiswa KONONnya dengan membawa mereka berDEMONSTRASI di jalan-jalan raya bagi tujuan PROTES bukanlah RANCANGan satu PIHAK sahaja.. Seperti yang kita sebut tadi, apabila ianya cubaan meLIBATkan para mahasiswa atau mana-mana GOLONGan muda, sudah tentu akan ada 'pengKHIANATan' daripada 'SOMEBODY' dalam UMNO/BN sendiri.. Bukan RAHSIA lagi mereka ini telah menyusup masuk ke dalam UMNO/BN dan kerajaan untuk meROSAKkannya dari dalam.. Ini SEMUAnya berlaku sejak zaman PM ke-5 lagi yang menyaksikan keMASUKkan para 'pengKHIANAT' yang langsung tidak mempunyai IDEALISME perJUANGan parti, sebaliknya demi 'FULUS' semata-mata..

Kita nak TANYAlah, siapakah kepimpinan MUDA baik dalam UMNO, MCA, MIC atau mana-mana KOMPONEN yang menyanjungi IDEALISME perJUANGan parti masing-masing? Ada ke? Bukan PELIK jika diKATAkan mereka sebenarnya adalah penyanjung TEGAR IDEALISME Penasihat PKR dan DAP La'anatullah.. KeMASUKkan mereka ke dalam UMNO/BN untuk menyebarkan IDEALISME sedemikian agar UMNO/BN lupa asal-usul dan ROSAK dari dalam.. JAWATAN mereka yang diBERIkan oleh DS Najib dalam parti atau dalam kerajaan pulak memBOLEHkan mereka BEBAS mengHASUT golongan MUDA seperti mahasiswa agar memBENCI kerajaan dan dasar-dasarnya..

ALASAN mereka untuk meMINTA kerajaan memBENARkan mahasiswa berPOLITIK sebenarnya untuk diJADIkan SENJATA utama bagi mengHANCURkan kerajaan.. Adakah DS Najib LUPA bagaimana arwah BAPAnya sendiri yang diKENALi sebagai Bapa PemBANGUNan NEGARA terpaksa menghadapi RUSUHAN dan DEMONSTRASI pelajar akibat HASUTan sebegini? Walaupun DS Najib menyarankan agar para pemimpin UMNO/BN meRAPATi golongan muda yang dianggap DS Najib sebagai golongan 'Bro-bro', para pemimpin UMNO/BN ini telah menyelewengkan kePERCAYAan DS Najib kepada mereka dengan berTINDAK sebaliknya.. Dah banyak kali diSEBUTkan para pemimpin 'pengKHIANAT' yang WUJUD kerana DUIT ini diSINGKIRkan.. Dah DS Najib mahu dilihat LIBERAL, terpaksalah SIMPAN mereka ni!

Golongan muda meRUPAkan pengundi terbesar PRU-13 nanti.. Dengan memBIARkan pemikiran mereka diROSAKkan oleh para 'pengKHIANAT' dan pihak LAWAN, DS Najib akan menyaksikan senario yang tidak akan memihak kepadanya dan kepada UMNO/BN nanti.. Walaupun RAKYAT tidak mungkin memilih 'penJUBOR', penZINA dan penJUAL agama ISLAM menjadi pemimpin, ketika ini sudah WUJUD usaha untuk memBATALkan keputusan PRU-13 melalui peRANCANGan yang diSEBUT tadi.. Semuanya sudah LENGKAP.. Ada peRANCANGan, ada 'pengKHIANAT' dari dalam dan ada SUBJEKnya iaitu golongan MUDA dan para mahasiswa.. Mungkinkah DS Najib dapat ILHAM daripada Allah SWT di Makkah untuk mengHADAPi semua ini nanti?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS