DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, November 19, 2011

'HERO' Pemuda UMNO dalam isu NFC tak PERASAN namanya 'NAIK' dalam KES MAHKAMAH yang ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya ISU lembu NFC bukan sahaja berjaya MENUTUP isu-isu berKAITan video SEKS dan masalah SEKSUAL tanpa mengenal JANTINA Penasihat PKR.. Ia jugak berjaya MENUTUP keLEMAHan penTABDIRan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' berpuluh TAHUN di Kelantan (tak de orang perSOALkan ke mana RM600 juta peruntukan Kerajaan PUSAT untuk Pok Nik selesaikan masalah BEKALAN air Kelantan diBELANJA?), kisah anak 'Khalifah KIASU' raba 'BREAST' orang dan jugak isu MURTAD di Selangor.. Tidak mustahil ISU NFC ini diGARAP sebaik MUNGKIN untuk PRU-13..

Pada kitalah, NFC perlu ambil TINDAKkan perUNDANGan terhadap pihak berKENAan untuk menutup terus ISU ini.. Tidak perlulah MENIRU sikap Penasihat PKR yang ENGGAN mengambil TINDAKkan perUNDANGan terhadap pihak yang menDEDAHkan video SEKS yang mana 'LELAKI Y' dalam video SEKS itu diKATAkan adalah dirinya! TINDAKkan perUNDANGan bukan sahaja untuk memBERSIHkan PUBLISTI buruk NFC, malah sekaligus untuk UMNO/BN jugak.. DiFAHAMkan 'Legal ADVISOR' NFC adalah Peguam Datuk Shafie Abdullah, sepatutnya ianya tidak perlu mengambil MASA untuk segera ambil TINDAKkan perUNDANGan..

Apa pun, kita tak mahu memBICARAkan lanjut ISU NFC ini.. Ini kerana selain ISU NFC, ada satu lagi ISU yang meLIBATkan perBICARAan di mahkamah oleh seorang INDIVIDU yang KONTROVERSI semasa PM ke-5 kerana PENGARUHnya terhadap kerajaan pada MASA itu.. PerBICARAan yang diMAKSUDkan ialah perBICARAan kes SAMAN fitnah RM50 juta oleh Pengerusi bukan Eksekutif Kumpulan ECM Libra, DS Kalimullah ke atas Matthias Chang berhubung kenyataannya pada sidang AKHBAR berTARIKH 13 Jun 2006 dan disiarkan di AKHBAR The Straits Times Singapura.. ->KLIK<-

Kita terTARIK dengan ISU perBICARAan KES ini kerana terdapat beBERAPA kenyataan yang diKAITkan dengan 'BOSS' Pemuda UMNO yang ketika ini mungkin SYOK ber'POSING' sakan ala-ala ARTIS kat BN Youth Job Fair di PWTC.. Sudah tentu RAMAI masih INGAT kisah 'BOSS' Pemuda UMNO yang masa itu diKENALi sebagai Menantu BABAH kepada PM ke-5 telah memiliki 10.2 juta unit SAHAM dalam ECM Libra Avenue Bhd.. ->KLIK<-

Kalau diSOROTi lagi kisah LAMA ini, sampai sekarang tak ada siapa pun TAHU dari mana 'BOSS' Pemuda UMNO menDAPATkan sumber KEWANGAN untuk memilikki SAHAM sebanyak itu.. Setakat ini cuma diFAHAMkan darinya, ada 'KAWAN' tolong PINJAMkan DUIT untuk tujuan tersebut.. Siapa agaknya 'KAWAN' yang diMAKSUDkan?

Adakah perBICARAan KES ini akan berLANJUTan dan akhirnya akan menDEDAHkan siapakah gerangan yang 'BAIK HATI' meminjamkan DUIT untuk dia BELI 10.2 juta unit SAHAM pada harga 71 sen seSAHAM pada Disember 2005? Orang biasa kalau nak PINJAM RM 50,000 dari BANK pun banyak SYARAT, apakah kerana STATUSnya sebagai Menantu BABAH dan jugak Naib Ketua Pemuda UMNO meMUDAHkannya mendapat 'PRIVILLIGES' lain sedikit daripada orang lain? Adakah Matthias Chang yang diSAMAN oleh TS Kalimullah dalam KES ini memPUNYAi cara untuk memBUKTIkan ada yang TIDAK kena dengan peMILIKkan SAHAM ECM Libra Avenue?

IRONInya, 'BOSS' Pemuda UMNO tampil ke hadapan memBELA pengurusan NFC yang diHENTAM oleh puak-puak PR tetapi bagaimana pulak dengan KES ini yang terang-terang mengaitkan NAMAnya sendiri? Satu lagi IRONI yang perlu anda SEDAR, perasan tak anda SEMUA puak-puak PR langsung tak GUNAkan ISU ini untuk mengHENTAM 'BOSS' Pemuda UMNO seperti mana mereka mengHENTAM DS Shahrizat hanya kerana SUAMInya menguruskan NFC? Kenapa AGAKnya? Adakah puak-puak PR sebenarnya saling 'berHUBUNGan' dengan mereka yang terLIBAT dalam ISU peMILIKkan SAHAM ini? Ye la.. Bukankah semua MAKLUM siapa yang jadik 'BUDAK pengHANTAR Passport' kepada Penasihat PKR bila dia diBEBASkan pada tahun 2005 dulu..

Apa pun, ada BAIKnya kalau DS Najib dan kePIMPINan terTINGGI UMNO/BN menyemak kembali segala PROJEK-PROJEK yang telah diANUGERAHkan semasa zaman PM ke-5 dan yang ada KAITAN dengan 'LEVEL 4 Boys'.. Itu pun kalau DS Najib sanggup mengetepikan SEDIKIT pemikiran LIBERALnya yang masih lagi bagi 'CAN' kat 'LEVEL 4 Boys' berMAHARAJALELA di GLC-GLC sedangkan 'PERFORMANCE' mereka tak delah seHEBAT mana pun? Kita PERCAYA selain ISU NFC dan ECM Libra Avenue ini, masih BANYAK lagi 'PELURU' yang sengaja diSIMPAN oleh puak-puak PR kerana yang BERIkan mereka 'PELURU' adalah beberapa 'MALAUN' dalam UMNO/BN sendiri!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS