DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, April 08, 2013

Alangkah RUGInya jika SOKONGan para ULAMA dan ILMUAN ISLAM ini diperSIA-SIAkan oleh UMNO..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PerJUANGan yang diBERKATi ialah perJUANGan yang turut disertai oleh golongan ULAMA.. Menjelang PRU-13, UMNO sendiri sepatutnya menadah tangan keSYUKURan kepada hadrat ILAHI kerana semakin RAMAI ULAMA dan ILMUAN ISLAM menDEKATi UMNO.. Ianya berMULA apabila beberapa ULAMA MUDA menyertai UMNO seperti USTAZ Fathul BARI 3 TAHUN dahulu.. Hari ini hasil USAHA keras ahli-ahli UMNO khususnya di Kelantan, para ULAMA PONDOK pulak semakin menJAUHi Lebai-Lebai DUNGU PAS dan mula 'MESRA' dengan UMNO.. Sesungguhnya ini adalah satu RAHMAT yang jangan diperSIA-SIAkan..

Sebenarnya, UMNO jugak TIDAK keKURANGan TOKOH ULAMA.. Bermula dengan BAPA PM ke-5 iaitu Ahmad BADAWI, allahyarham TS Hamid OTHMAN, Dr. Mashithah IBRAHIM, Che Min Che Ahmad, USTAZ Nakhaei, USTAZ Dusuki AHMAD, TS Wan Mokhtar, Dr. Yusof Nor, Dr. Abdullah Md. Zin dan RAMAI lagi.. Namun, keBANYAKkan dari mereka memilih untuk 'LOW Profile' dan TIDAK terlalu menonjol meLAINkan apabila UMNO diSERANG oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS dalam ISU-ISU berKAITan ISLAM.. SEMUAnya berUBAH selepas PRU-12 yang menyaksikan UMNO/BN hampir TUMBANG akibat RAKYAT MARAH..


Apabila PAS ber'CEMOLOT' dengan pelaku MAKSIAT dalam PKR dan para 'AH-Beng' dalam DAP La'anatullah, RAMAI di kalangan ULAMA dan ILMUAN ISLAM mula merasa SANGSI dengan keJUJURan 2 SEKUTU PAS ini.. Mana mungkin PKR yang jelas menyokong PLURALISME berSAMA-SAMA dengan DAP La'anatullah mampu menegakkan perJUANGan ASAL PAS selama berDEKAD? Namun, untuk PAS berPATAH BALIK, sudah tentu mereka TIDAK akan kembali mendapat KUASA seperti mana mereka dapat selepas PRU-12.. Dek kerana KUASA itulah akhirnya Lebai-Lebai DUNGU PAS sendiri mula hilang ARAH dalam perJUANGan..


RAMAI para ULAMA dan ILMUAN ISLAM mula terasa terTIPU dengan PAS.. Ini diBURUKkan lagi apabila penDIRIan PAS mula jadi KALUT dalam ISU pengGUNAan NAMA Allah SWT oleh AGAMA lain, ISU MURTAD dan perkara HALAL dan HARAM dalam ISLAM.. Ianya semakin mencapai KEMUNCAK semasa pemilihan PAS yang menyaksikan MUKA-MUKA 'LAHANAT' bukan ULAMA dipilih untuk menerajui PAS daripada JAWATAN Timbalan PRESIDEN hinggalah kepada 2 Naib PRESIDENnya.. SYIAH yang pernah dicekup berKHALWAT, Din Puduraya, EXCO Kelantan yang GAGAL segala-galanya hinggalah orang yang takde SPM!

Ini sahaja dah memBUKTIkan keDUNGUan Lebai-Lebai DUNGU ini dalam memilih PEMIMPIN! Apa yang nak diHARAPkan dari PEMIMPIN 'LAHANAT' macam ini? Langsung TIDAK ada FAEDAH di DUNIA dan AKHIRAT! Menyedari bahawa PAS semakin SONGSANG dan semakin KEMARUKkan KUASA, para ULAMA dan ILMUAN ISLAM mula menDEKATi UMNO bagi sebagai WADAH sekurang-kurangnya untuk meLINDUNGi kePENTINGan umat ISLAM di NEGARA ini.. Hari ini UMNO di Kelantan mendapat SOKONGan para ULAMA PONDOK yang sebelum ini TIDAK pernah pun menDEKATi mereka.. Ianya dah jadik 'TREND' di sana..


Oleh itu, SOKONGan sebegini TIDAK harus diperSIA-SIAkan oleh UMNO.. Tatkala para ARTIS yang TIDAK LAKU menJADIkan CERAMAH PAS seperti PENTAS LAKONan mereka, para ULAMA dan ILMUAN ISLAM pulak menDAMPINGi UMNO untuk mengHARAPkan UMNO meLINDUNGi ISLAM di NEGARA ini.. UMNO jugak harus berUBAH selari dengan SOKONGan yang mereka TERIMA kali ini.. Bayangkan kalau ketika ini UMNO berSENDIRIan tanpa SOKONGan mereka ini dan PARTI-PARTI KOMPONEN BN pulak cuba mengUGUT UMNO pada PRU-13? Malah, dalam UMNO sendiri pun masih RAMAI lagi SPESIS yang meROSAKkan..

UMNO seKURANG-KURANGnya perlu berSIKAP JUJUR walaupun mungkin UMNO TIDAK mampu menunaikan segala-gala yang diMINTA oleh PENYOKONG mereka.. Dalam KONTEKS ini, UMNO sepatutnya mula memikirkan SIRI perCAMBAHan MINDA dengan para ULAMA dan ILMUAN ISLAM agar perJUANGan UMNO ini TIDAK terlalu LARI daripada perJUANGan ISLAM.. Mungkin ada beberapa KEMPEN berUNSURkan pengHAYATan, berIBADAH dan keINSAFan yang boleh diJAYAkan bersama-sama? TIDAK ada RUGInya jika UMNO berUBAH selari dengan keadaan semasa.. NASIONALISMA itu TIDAK berTENTANGan dengan ISLAM asalkan ianya untuk saling mengukuhkan antara satu SAMA lain..

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS