DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, April 19, 2013

CALON BEBAS akan meMERIAHkan PRU-13 tetapi akan menyakitkan HATI puak-puak UMNO/BN dan PR..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Agaknya kita BAKAL menyaksikan perALIHan FASA POLITIK yang berASASkan kePARTIan kepada INDIVIDU.. Kita KATAkan sedemikian apabila meRUJUK kepada laporan BERITA RTM tadi yang menyatakan seBANYAK 5000 borang penCALONan telah diBELI oleh pihak yang ingin berTANDING.. Sedangkan kerusi PARLIMEN di NEGARA ini hanyalah 222 KERUSI aje? Sementara itu, di Kelantan pulak seBANYAK 565 BORANG penCALONan telah diJUAL dan 118 daripadanya diKATAkan oleh diBELI oleh wakil CALON BEBAS.. ->KLIK<-

NAMPAK meriah pulak macam orang beli GULA secara BORONG di 'HYPERMARKET' sebelum HARGAnya diNAIKkan..

Kenapa agaknya ada pihak ingin berTANDING sebagai CALON BEBAS? Kalau dulu, CALON BEBAS ini selalu diEJEK dan diHINA kerana diKATAkan terlalu PENTINGkan diri sendiri atau SYOK sendiri.. Namun, CALON BEBAS selepas PRU-12 lalu seakan menjadi UMPAMA anak DARA sunti yang ingin diPIKAT baik oleh UMNO/BN mahu pun oleh PR demi memBENTUK sebuah kerajaan.. Walaupun belum pernah lagi ada CALON BEBAS yang MENANG dengan jentera KEMPEN mereka sendiri, namun siapa TAHU mungkin pada PRU-13 kali ini ianya akan berUBAH? Mungkin RAKYAT sudah tak PERCAYA lagi kepada PARTI kini?


Ya.. Kita SETUJU jika diKATAkan ada orang yang menjadi CALON BEBAS kerana KECEWA di'REJECT' menjadi CALON.. Ini berlaku kepada kedua-dua belah PIHAK samada dalam UMNO/BN mahu pun dalam PR.. Namun demikian, setelah RAKYAT meLIHAT senarai CALON kedua-dua belah PIHAK, kita meRASAkan RAKYAT sebenarnya sudah JEMU atau MELUAT dengan CALON-CALON BURUK yang diKEMUKAkan oleh kedua-dua belah PIHAK itu.. UMNO/BN masih lagi mengemukakan CALON yang MASALAH 'Dalam KAIN'nya dikeTAHUi oleh orang RAMAI.. Manakala PR pulak mengemukakan CALON KRONISME dan NEPOTISME anak berANAK!

Segelintir RAKYAT melihat ada LOMPONG yang perlu diisi oleh seseorang untuk memPERJUANGkan ASPIRASI mereka.. Inilah yang GAGAL diBACA oleh para PEMIMPIN UMNO/BN dan PR apabila RAKYAT melihat senarai CALON mereka.. RAKYAT biasa sudah TIDAK TAKUT lagi untuk berSUARA sendiri lalu menCALONkan diri mereka sendiri pada PRU-13 nanti.. TAMBAH pulak mereka mungkin berPELUANG jika mereka diKENALi oleh RAKYAT tempatan dan mempunyai JENTERA KEMPEN yang mampu berKOMUNIKASI dengan RAKYAT yang akan mengUNDI nanti.. Malah, KEMPEN menerusi MEDIA SOSIAL jugak akan memBANTU..

Kita jugak TIDAK menolak keMUNGKINan jika WUJUDnya perTANDINGan dengan CALON BEBAS, ianya mungkin berTUJUAN sebagai satu bentuk SABOTAJ untuk mengHALANG keMENANGan CALON.. Walaupun CALON BEBAS ini mungkin KALAH, seKURANG-KURANGnya LAWAN mereka jugak TIDAK MENANG atau pun MENANG ala kadar aje.. Ini selalunya sering berlaku dalam UMNO/BN dan jugak PR.. Walaupun perBUATan ini seUMPAMA menJADIkan diri seperti TIMUN yang diTINDIH oleh dua biji DURIAN, sekurang-kurangnya mereka yang menjadi CALON BEBAS ini berPUAS HATI dan jika berPELUANG, dapat jugak meMALUkan kedua-dua belah PIHAK sekaligus!

Kita sendiri menyambut BAIK jika semakin RAMAI CALON-CALON BEBAS ingin berTANDING pada PRU-13 ini terUTAMAnya di kawasan yang CALON UMNO/BN atau PR ini terlalu 'HUDOH' di mata RAKYAT.. Namun, CALON BEBAS ini TIDAK mungkin dapat sebuah kerajaan yang TEGUH seperti sebuah PARTI dapat LAKUkan.. Jika ada PARTI yang dapat memBENTUK MAJORITI 2/3, suara CALON BEBAS ini pasti akan diPERLEKEHkan.. Namun, jika keadaan seperti PRU-12 lalu, CALON BEBAS ini akan diHORMATi dan diLAYAN seperti RAJA oleh kedua-dua belah PIHAK.. Oleh itu, CALON BEBAS yang BIJAK dapat meNILAI SENARIO sebegini..

Apa pun, kita LIHATlah esok bagaimana penCALONan CALON BEBAS.. Apakah ianya semakin RAMAI atau sekadar hangat-hangat TAIK ayam aje.. RAKYAT jugak berhak untuk mengUNDI CALON BEBAS jika diyakini CALON BEBAS itu diSUKAi oleh RAKYAT yang diWAKILinya berBANDING CALON yang diKEMUKAkan oleh PARTI POLITIK.. Lagi pun itulah DEMOKRASI.. Di NEGARA-NEGARA luar, CALON BEBAS adalah sesuatu yang LUMRAH kerana mereka ialah simbol HAK asasi manusia.. Namun, untuk meREALISASIkan suasana sebegitu, RAKYAT kita sendiri mestilah mengHORMATi Perlembagaan NEGARA kita sendiri!

Wallahualam.. 
   

1 comment:

Anonymous said...

Eluk begitu. Oleh sebab sering sangat calon mana-mana parti disiat-siat, ditohmah, dimalukan, maka eluk calon bebas muncul lebih banyak.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS