DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, April 29, 2013

Para MALAUN yang patut dah PENCEN ini sanggup jadik CALON untuk MAKAN GAJI BUTA semata-mata..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! KOLEKSI KATA-KATA pengHINAan kepada para PEMIMPIN lawan memang sudah menjadi 'TREND' kepada puak-puak PR.. TARGET UTAMA mereka tentunya DS Najib dan TUN Dr. Mahathir.. Ini kerana SEMUA maklum bahawa kedua-dua TOKOH ini kalau tak diTUMBANGkan atau diNYAHkan dari PERSADA POLITIK NEGARA, jangan HARAPlah puak-puak PR dapat MENANG PRU-13 kali ini.. Namun, kita terTANYA-TANYA apakah GUNAnya mereka menyerang orang seperti TUN Dr. Mahathir kerana beliau hanya MANTAN PM bukannya CALON pun? Malah, beliau sudah pun PENCEN sejak dari TAHUN 2003 lagi? 

Kalau nak diKUTUK pasal tak reti-reti nak BERHENTI sejak sekian LAMA tentulah orang TUA ini? Sudah BERAPA lama agaknya dia MAKAN GAJI BUTA?

1) MULA berTANDING PRU pada TAHUN 1964 lagi? 

2) MULA menJAWAT JAWATAN MB sejak TAHUN 1990 lagi?

Cuba anda KIRA dah BERAPA BANYAK dah duit RAKYAT diHABISkan untuk memBAYAR ELAUN dia sebagai peMAKAN GAJI BUTA? Jadik, sepanjang HIDUP dia tak ada buat KERJA lain pun selain buat DOSA memBANDINGkan keISLAMan orang lain, MAKAN GAJI BUTA, 'BerLAKON ZUHUD' dan menegakkan keBATILan dengan meLINDUNGi perBUATan MAKSIAT? 

Selain itu, pengHINAan jugak turut diLEMPARkan kepada mana-mana PIHAK yang TIDAK menunjukkan keCEDERUNGan POLITIK tetapi diketahui UMUM berkerja dengan kerajaan seperti penJAWAT AWAM.. Perkara ini selalunya sering berlaku jika CALON itu sendiri bekas penJAWAT AWAM yang dah PENCEN tapi meRASAkan dirinya masih lagi sebagai KETUA Jabatan seperti JENERAL PENCEN peMAKAN GAJI BUTA ini..


HE!HE!HE! Tak pasal-pasal para penJAWAT AWAM diLABELkan sebagai 'KERA'? Mungkin dia meMASUKki perKHIDMATan AWAM dulu hanya dengan keLULUSan LCE? Selebihnya dia NAIK PANGKAT kerana keBIJAKSANAannya mengAMPU dan memBODEK pegawai ATASan? Walaupun KONONnya dia berGELAR JENERAL tetapi hanya berapa KERAT sahaja JENERAL yang pergi berPERANG dan berKORBAN NYAWA? Mana kita TAHU dulu semasa ZAMAN KOMUNIS pun dia cuma tukang KILATkan 'BOOT' sahaja? Jadik, janganlah mengHINA diri sendiri..

Sebelum ini peMAKAN GAJI BUTA di atas tuh jugak telah mengHINA penerima BR1M sebagai 'AYAM dan ITIK'? Walhal dia sendiri tak mampu mengHULURkan BANTUAN atau hanya mengHULURkan BANTUAN seperti dalam SENARIO begini?


Mungkin sebab itulah gamaknya dia ENGGAN PENCEN daripada JAWATANnya tuh walaupun dia SEDAR dia hanya peMAKAN GAJI BUTA.. Ye la.. Nanti kalau dia PENCEN, silap-silap dia pun akan turut SAMA menjadi 'AYAM dan ITIK' untuk menerima BR1M? Jatuhlah 'STANDARD'nya yang sebelum ini diDEWAkan sebegitu DAHSYAT oleh para penTAKSUBnya hingga KONONnya dapat naik ke LANGIT untuk menDAPATkan 'WAHYU' secara 'DIRECT'? Dalam MIMPIlah kot..

RAKYAT hari ini bukan sebegitu HINA seperti mana RAKYAT di ZAMAN penJAJAHan yang terpaksa menadah TANGAN untuk menDAPATkan REZEKI.. RAKYAT cuma menuntut agar PELUANG untuk mereka mencari REZEKI di NEGARA sendiri sentiasa diperLUASkan agar setiap RAKYAT dapat meRASA.. Apa yang DS Najib dan PM sebelumnya buat selama ini sememangnya BETUL dengan mengAGIHkan PELUANG dan BANTUAN kepada pihak-pihak yang LAYAK menDAPATkannya.. Ini berBEZA terus dengan para peMAKAN GAJI BUTA seperti yang diNYATAkan di atas yang mengaut segala-galanya macam KEBULUR gila!

Lihatlah apa yang berlaku di NEGERI-NEGERI di bawah puak-puak PR.. Mereka menDABIK DADA mengatakan KONONnya RIZAB Kerajaan NEGERI masing-masing meningkat sebagai HASIL.. Walhal, pernahkah anda berTANYAkan apakah RAKYAT di setiap NEGERI tersebut mendapat walaupun seGENGGAM daripada HASIL tersebut? Pernah ke? Cuba TANYA kepada RAKYAT di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.. Apakah yang pernah Kerajaan NEGERI masing-masing BERIkan kepada RAKYAT? SUBSIDI? PeRUMAHan mampu MILIK? Peluang peKERJAan? BIASISWA? Ada? Atau mereka hanya MAKAN GAJI BUTA?   

Wallahualam.. 

2 comments:

Anonymous said...

hang dah salah tafsir ni, memang la orang kerja dengan kerajaan tu kera, saya tak nafikan, tapi yang kera tu yang kerja dengan kerajaan tapi sokong pakatan, depa ni la kera, yang sokong barisan nasional ni baru la kerja kerajaan.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

'KERA-jaan' atau 'keRAJAan'?

HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS