DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, April 21, 2013

'CAI' UMNO dalam sebuah FORUM MAHUkan 'BAHALOL' KIRAM III mengGANTIkan CALON Pasir Mas?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kali nih kita nak 'SOUND' secara 'DIRECT' kat beberapa 'CAI' UMNO yang tak berPUAS HATI kerana UMNO/BN terpaksa buat PERTAMA kali dalam SEJARAH TIDAK berTANDING keSEMUA kerusi PARLIMEN pada PRU-13.. Ini kerana 'CAI' UMNO ini masih lagi keTINGGALan ZAMAN berANGGAPan KONONnya UMNO sendirian masih lagi KUAT ala-ala ZAMAN 4 PM terDAHULU tanpa memerlukan SEKUTU walaupun dari kalangan orang Melayu/ISLAM sendiri.. KeTIDAK-PUASan HATI 'CAI' UMNO yang diMAKSUDkan telah diSUARAkan dalam satu LAMAN FORUM  yang KONON-KONONnya 'Menyokong UMNO'.. Macam le kita tak TAHU diorang nih siapa!

Pada kita, 'CAI' UMNO itu ingat PARTInya masih mampu mengGUNAkan 'RESIPI' yang SAMA untuk PRU-13 kali ini.. Dia ingat, apabila diLETAKkan 'SONGKOK' aje, RAKYAT pada hari ini akan pakat SOKONG UMNO macam Lebai-Lebai DUNGU PAS tuh menTAKSUBkan Pok Nik 'ALAIHISSALAM'? Sebenarnya 'CAI' UMNO ini buat-buat LUPA bahawa DS Najib sendiri dah KATA bahawa sesiapa yang 'MESRA' BN jugak TIDAK mustahil akan dipilih sebagai CALON.. Sebab itulah DATUK Zul NORDIN jugak terPILIH untuk berLAWAN satu LAWAN satu dengan 'PADERI'.. Oppss.. SILAP! Err... BEKAS MP Shah Alam pada kali ini.. 

MeRUJUK kepada satu-satunya PARLIMEN yang TIDAK diTANDINGi oleh UMNO iaitu PARLIMEN Pasir Mas, ada pulak beberapa 'CAI' UMNO yang TIDAK puas HATI apabila CALONnya Che JOHAN Che PA menarik diri.. Dia memBERIkan RUANG kepada penyandang iaitu DATUK Ibrahim ALI untuk memPERTAHANkan kerusi tersebut sekaligus mengELAKkan perTEMBUNGan 3 PENJURU.. Dalam KONTEKS yang diKATAkan, kita HAIRAN apa sebabnya 'CAI' UMNO dalam FORUM yang KONON-KONONnya 'Menyokong UMNO' tuh nak menyibuk sangat dalam URUSAN pengUNDI di Pasir Mas? Macamlah mereka itu pengUNDI di Pasir Mas?

Mulanya mereka memPERLEKEHkan penyandang PARLIMEN tersebut dengan memperSOALkan keMAMPUannya untuk menumbangkan ANAK Pok Nik yang jadik CALON PAS..?? Ehh? Siapa nak menumbangkan siapa nih? Penyandang ialah DATUK Ibrahim ALI.. ANAK Pok Nik yang PERTAMA kali diCALONkanlah yang kena menumbangkan dia? Ini pun 'CAI' UMNO dalam FORUM yang tersebut tak TAHU ke? Selepas itu 'CAI' UMNO dalam FORUM tersebut MAHUkan pulak Che JOHAN Che PA yang menarik diri daripada menjadi CALON UMNO bagi mengELAKkan perTANDINGan 3 PENJURU itu diHUKUM oleh kePIMPINan UMNO? Punyalah BUSUK HATI..

Inilah yang diKATAkan tak dapat TANDUK, TELINGAlah yang diPULAS.. Terus-terang KATAlah, 'CAI' UMNO itu sebenarnya langsung TIDAK berMINAT pun untuk meMENANGkan UMNO di Kelantan.. Sebaliknya, dia 'SERONOK' melihat segala kerja KERAS kePIMPINan UMNO Kelantan itu menjadi HANCUS agar dia dapat MODAL untuk berFORUM dalam FORUM yang KONON-KONONnya 'Menyokong UMNO' tuh! Lagi SATU, 'CAI' ini sebenarnya UMPAMA Lim Kit SIANG di dalam UMNO yang mahu menDOMINASI segala-galanya.. Itulah PE'EL BURUK mereka tuh yang KONON-KONONnya 'SOKONG' UMNO tapi dulu masa POLITIK WANG berMAHARAJALELA dalam PARTI, dok tumpang SEKAKI jugak!


Kita SETUJU dengan ALASAN Che JOHAN Che PA bahawa PELUANG UMNO untuk MENANG bukan sahaja di PARLIMEN Pasir Mas, malah ketiga-tiga DUN di dalamnya jugak TIPIS jika berlaku perTANDINGan 3 PENJURU.. ANAK Pok Nik yang bukan penduduk ASAL di situ BUTA-BUTA aje akan MENANG seterusnya meneruskan LEGASI 'PeMAKAN GAJI BUTA' BAPAKnya nanti.. Jika itu berlaku, bukan sahaja Lebai-Lebai DUNGU PAS akan berSORAK, malah 'CAI' UMNO itu jugak turut SAMA berSORAK untuk memBURUKkan Tok Pa dan UMNO Kelantan mengGUNAkan CERITA BASInya KONONnya TIDAK bersatu, 'CAH Keting' dan lain-lain..

Kalau Che JOHAN Che PA berTANDING pulak, RISIKO untuk dia KALAH jugak agak tinggi kerana dia MUKA BARU.. Dia jugak akan diBANDINGkan HABIS-HABISan dengan ANAK Pok Nik tuh terMASUKlah dari segi KUALITI 'LAKONan ZUHUD'..


Sudah tentu ini akan memBEBANkan UMNO sendiri seperti sebelumnya.. TAMBAH pulak, Lebai-Lebai DUNGU PAS sendiri pasti akan menokok-TAMBAH KISAH 'KeDEWATAan' Pok Nik ANAK berANAK untuk meningkatkan tahap keTAKSUBan kepada mereka.. Sudah tentu UMNO sendiri akan berPELUH KETIAK untuk menangkis dan memulihkan kePERCAYAan kepada CALON sendiri!

Apa pulak BEZAnya dengan DATUK Ibrahim ALI? Ya.. Kita jugak TIDAK menJAMIN bahawa DATUK Ibrahim ALI akan MENANG MUDAH atau mungkin dia jugak akan KALAH TIPIS.. Namun, kalau BETUL perKIRAannya, mungkin ketiga-tiga DUN dalam PARLIMEN itu dapat diMENANGi oleh UMNO sekaligus memBERI PELUANG kepada UMNO untuk memBENTUK Kerajaan NEGERI.. TIDAK ada RUGInya jika UMNO berGABUNG TENAGA dengan PERKASA khususnya di PARLIMEN Pasir Mas pada PRU-13 kali ini.. Kita dah BANYAK kali TEGASkan bahawa satu-satunya cara untuk UMNO MENANG hanyalah jika seluruh RAKYAT Kelantan meLIHAT Pok Nik diturunkan DARJAT seperti MANUSIA biasa aje.. ->KLIK<-

Hanya pada PRU-13 ini sahaja satu-satunya PELUANG untuk UMNO meRAMPAS Kelantan.. Oleh itu, ada BAIKnya jika 'CAI' UMNO di dalam FORUM yang KONON-KONONnya 'Menyokong UMNO' tuh menyokong apa yang telah diKORBANkan oleh Che JOHAN itu.. KES Che JOHAN bukannnya seTERUK KES DATUK Kamilia, DATUK Shariff atau pun Fadzil HANAFI di Kedah pun.. Malah, KES ini jauh berBEZA SAMA sekali.. Untuk menCAPAI keMENANGan, mestilah sedia untuk berKORBAN sesuatu.. Kalau dah tahap 'CAI' UMNO yang selama ini dok meLOBI untuk peSALAH POLITIK WANG aje, memanglah GAGAL nak melihat TRANSFORMASI yang DS Najib USAHAkan!

Wallahualam..    

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS