DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, April 22, 2013

TS Mat TAIB lebih diHARGAi Lebai-Lebai DUNGU PAS berBANDING DATUK Nasharudin Mat ISA dan DATUK Hassan ALI?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terSENYUM apabila mendapat BERITA bahawa TS Mat TAIB akhirnya menyertai PAS di PEJABAT PAS Jalan Raja Laut.. Pada kita, TIDAK ada apa pun ISTIMEWAnya dengan penyertaan TS Mat TAIB ke dalam PAS pada WAKTU ini.. Ya.. Apa yang nak diHAIRANkan? TS Mat TAIB pada hari ini bukan lagi Naib PRESIDEN UMNO? TS Mat TAIB jugak bukan lagi MB Selangor? TS Mat TAIB pun bukan lagi ahli PARLIMEN? Jadik? Apa yang nak diHAIRANkan? Yang KECEWA mungkin beberapa kerat penyokong TS Mat TAIB di Selangor yang sebelum ini berMATI-MATIan memPERTAHANkan dia apabila diBURUKkan oleh PARTI yang disertainya hari ini.. Ingat lagi dia diHINA atas masalah PERIBADInya dahulu?

IRONInya pulak, penyertaan TS Mat TAIB ke dalam PAS memBUKTIkan bahawa PAS bukan lagi PARTI berORIENTASIkan kePIMPINan ULAMA lagi.. PAS sudah menjadi PARTI yang SEKULAR, SAMA seperti apa yang sering mereka TUDUH terhadap UMNO/BN.. KeMASUKkan TS Mat TAIB mungkin diHARGAi sebagai orang kuat POLITIK tetapi latar belakangnya bukanlah ULAMA, malah SAMA aje latar belakangnya dengan Timbalan PRESIDEN dan 3 Naib PRESIDENnya.. Jadik, TIDAK ada ALASAN lagi untuk mengatakan PAS itu lebih ISLAM berBANDING umat ISLAM lain kerana mereka jugak TIDAK kurang SEKULARnya seperti DAP La'anatullah.. Malah, ada PEMIMPIN PAS langgan 'AYAM' macam SEKUTUnya..


HAKIKATnya, Lebai-Lebai DUNGU PAS lebih mengHARGAi TS Mat TAIB lebih daripada para PEMIMPIN PAS yang telah diBUANG sendiri oleh mereka seperti DATUK Nasharudin Mat ISA dan DATUK Hassan ALI.. TS Mat TAIB menyertai PAS walaupun UMNO langsung TIDAK pernah mengHUKUMnya atas apa-apa keSALAHan pun.. Sedangkan DATUK Nasharudin dan DATUK Hassan ALI pulak diLUCUTkan JAWATAN dalam PAS kerana cuba-cuba menegakkan ISLAM hingga menyebabkan PKR dan DAP La'anatullah memBENCI kedua-dua mereka ini.. Sampai sekarang RAKYAT terTANYA-TANYA apakah DOSA kedua-dua mereka ini terhadap PAS dan apakah pulak DOSA UMNO hari ini terhadap TS Mat TAIB?

PRU-13 kali ini memang UNIK kerana apa yang di'REJECT' oleh UMNO daripada arena kePIMPINan masa kini diTERIMA oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS macam HADIAH daripada SANTA Claus.. Penyertaan TOKOH seperti ini pada Lebai-Lebai DUNGU PAS mungkin menambahkan lagi KOLEKSI 'Cerita-cerita INSAF' di kalangan mereka.. Namun, pada HAKIKATnya satu-satunya FAKTOR orang masuk PAS selain kerana MAK BAPAK mereka tak ajar ISLAM masa KECIL ialah akibat keKECEWAan dalam HIDUP! Dalam ISLAM pun disebut kerana orang yang KECEWA ini pasti akan diDEKATi oleh SYAITAN untuk diHASUTnya agar SESAT.. Bukankah itu JANJI SYAITAN terhadap MANUSIA sepanjang ZAMAN? HE!HE!HE!


Perlukah UMNO/BN khususnya di Selangor merasa RISAU dengan penyertaan TS Mat TAIB ke dalam PAS? TIDAK.. Tak perlu pun RISAU pun.. Walaupun UMNO dan TS Mat TAIB sendiri patut saling berTERIMA KASIH atas sumbangan dan kePIMPINan masing-masing, jelas sekali keJAYAan TS Mat TAIB sebagai TOKOH POLITIK jugak adalah atas PLATFORM UMNO.. Oleh itu, kita pun hendak tengoklah apakah PAS akan memBERIkan RUANG yang SAMA seperti apa yang UMNO telah BERIkan kepada dia selama berTAHUN-TAHUN? Dalam KONTEKS ini DATUK Harun DIN yang berjaya memujuk TS Mat TAIB ini jugak sedang diNILAI apakah dia membawa seorang pembawa RAHMAT atau pembawa BENCANA..

UMNO sendiri sebenarnya sudah LAMA menerima ULAMA sebagai salah satu ELEMEN dalam PARTInya.. Bukankah PAS itu sendiri ialah pecahan dari UMNO? Malah, kePIMPINan UMNO sebenarnya TIDAK pernah SUNYI dari kePIMPINan ULAMA kerana selama 60 TAHUN, TIDAK pernah TIDAK ada ULAMA menjadi seBAHAGIan daripada kePIMPINan UMNO.. Malah, sehingga hari ini pun semakin RAMAI ULAMA menyertai UMNO kerana MELUAT dengan 'LAKONan ZUHUD' Pok Nik di dalam PAS.. Jadik, memang SILAPlah jika ada yang masih menyangka Lebai-Lebai DUNGU PAS ini masih menyanjung ULAMA sedangkan ULAMA sendiri semakin menJAUHi PAS ini.. Lihatlah sendiri kePIMPINan PAS..

Wallahualam..

2 comments:

Xpas said...

Nak dekatkan diri kpd Islam, nak jadi org beriman sesungguhnya, nak jadi org yg dapat hidayah, mulakan langkah ke masjid dan beristiqamahlah, kerana org yg memakmurkan masjid pasti padanya iman dan insyaAllah baginya hidayah dr Allah swt. (rujuk tafsir surah AtTaubah ayat 18).

Anonymous said...

Mat Taib belum puas bergusti dengan Anwar. Tepat waktunya, Mat Taib turun bersiap-siap untuk hantuk Anwar kepala Anwar dengan beg hitam berisi wang Australia yang budak-budak macai tukarkan diAirport suatu masa dulu.

Dah siap Anwar??????

(Macai Team Wawasan)

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS