Thursday, May 28, 2009

Fahaman LIBERALISME melampau penyebab KOMUNIS cuba disanjung kembali!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kenapa sekarang ini selalu sangat dengar pasal ada pihak-pihak tertentu untuk mengangkat kembali TOKOH PARTI KOMUNIS MALAYA sebagai Wira Negara atau sebagainya? Adakah kita bergitu terdesak atau tidak ada tokoh untuk diangkat sebagai Wira Negara atau kita memang BODOH hingga mudah lupa apa yang telah dilakukan oleh PKM dari zaman DARURAT hinggalah pada tahun 1989 bila Komunis meletak senjata dan menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia di Hadyai? Apa dah jadi kepada generasi hari ini yang terlampau DOYAN atau LEKA dengan kehidupan senang dan MEWAH hingga lupa bagaimana susah payahnya generasi terdahulu berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka?

Cuba ingat balik.. Kerajaan bukan tidak pernah mengajak anggota komunis kembali ke pangkal jalan.. Lupakah kita bagaimana Tunku Abdul Rahman cuba berunding dengan Chin PEng sendiri di Baling, Kedah? Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.

Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.. Bukankah mereka ini yang menolak untuk hidup dengan aman damai atau kembali bersama-sama rakyat memajukan negara? Sekarang ini kenapa pulak kita mahu mereka ini diberi penghargaan?

Generasi muda yang terpengaruh dengan pembawaan ideologi LIBERALISME oleh Penasihat PKR jelas sekali sudah diperdayakan dan lupa segala perjuangan tok nenek mereka selama ini.. Sebab itulah mereka yang senang-lenang pada hari ini menganggap mereka akan BAHAGIA selama-lamanya sedangkan Islam sendiri tak pernah mengajar umatnya sedemikian rupa sebaliknya suruh kita beriman kepada Qada dan Qadar.. Apa nak jadik dengan generasi muda kita hari ini khususnya orang Melayu?

Wallahualam..

Monday, May 25, 2009

Apakah yang akan berlaku dalam MUKTAMAR PAS nanti?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Bulan depan akan berlangsung MUKTAMAR PAS dan jugak pemilihan pemimpin parti mereka.. Media perdana sibuk mengandaikan keputusan yang akan keluar samada PAS kekal dengan kepimpinan ulama atau beralih menjadi lebih sekular dengan dipimpin oleh GENG ERDOGAN yang lebih pro kepada DEWATA RAYA PKR berbanding dengan ulama PAS sendiri.. Malah tak keterlaluan kalau dikatakan segala keputusan PAS yang membuang konsep negara Islam atau sering mendakwa lebih Islam dari orang lain sebenarnya berpunca dari golongan ini..

Sama seperti pemilihan agung UMNO, pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS jugak menyaksikan pertandingan 3 penjuru.. Kalau dulu Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa penglibatan 2 individu yang terlibat dalam pertandingan 3 penjuru merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagai BADUT, maka rasanya kita boleh jugak menganggap benda yang sama dalam pemilhan Timbalan Presiden PAS.. Mungkin agak keterlaluan, namun secara perbandingan:-

1) TS Muhyiddin Yassin = Datuk Nasharuddin Mat Isa

2) DS Ali Rustam = Datuk Husam Musa

3) TS Muhammad Taib = Mat Sabu (KAH!KAH!KAH!)

Tak keterlaluan kalau kita kata yang no.3 tuh memang PAK LAWAK betul.. Malah, kita jugak tak nafikan adanya FAKTOR POLITIK WANG dalam PAS hinggakan PAK LAWAK nih turut tersenarai.. Biasalah dia nih kalau bab main DUIT.. Sedangkan isu duit Memali pun ternganga dia nak jawab sampai dia kena KEJAR dek balu-balu Memali ke Kereta Mercedesnya? KAH!KAH!KAH!

Tapi bukan saja-saja dia nak bertanding tuh.. Dah tentulah ada 'PERANAN' dia untuk menentukan keputusan akhir nanti.. Almaklumlah.. Yang No.2 tu bukannya Lebai PAS suka sangat pun.. Namun, kalau kita rujuk balik keputusan pemilihan UMNO, sedangkan Ketua Pemuda UMNO yang satu negara tak suka dan berSALAH mengamalkan POLITIK WANG pun boleh dipilih, tak mustahil senario yang sama berulang dalam PAS! Biasalah.. Yang Ketua Pemuda UMNO tuh tukang bagi passport kepada si DEWATA RAYA PKR, yang No.2 tuh pulak merupakan pencacai paling setia DEWATA RAYA PKR dalam PAS! HE!HE!HE!

UMNO patut risau sekiranya yang No.2 tuh terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS.. Dijangkakan UMNO tak mampu menahan serangan 3 penjuru sekiranya PAS dikuasai oleh proksi ALJUBOR! DAP sejak negara merdeka lagi memusuhi UMNO! PAS pulak walaupun secara REALITInya merupakan pesaing UMNO tapi mereka jugak sering sependapat dengan UMNO terutamanya bila melibatkan Islam dan isu-isu setempat.. PKR nih objektif diorang cuma nak letak DEWATA RAYA PKR sebagai Perdana Menteri Malaysia aje!

Selama ni PAS berperanan 'MELEMAHKAN' sedikit serangan DAP dan PKR terhadap UMNO terutamanya apabila melibatkan isu-isu agama.. Namun, bila PAS dikuasai oleh GENG ERDOGAN 100% sepenuhnya, memang naya UMNO nanti.. Tambah pulak dalam UMNO sendiri ada tukang bawak passport kepada DEWATA RAYA PKR! Sekali dia 'BACKSTAB' semua dalam UMNO, masa tuh UMNO cuma mampu tinggal BENDERA aje la!

Saturday, May 23, 2009

Apabila Pilihanraya Kecil dah jadi macam perlawanan Bola Sepak!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Ada orang 'MELETUP' nampaknya apabila Blog ini menyuarakan kritikkan terhadap keputusan UMNO tidak mahu bertanding di DUN Penanti.. Terutamanya mereka yang merupakan ahli Pemuda UMNO yang jenis ber'KARIER' dengan 'Syarikat UMNO Sendirian Berhad'.. Apalagi.. 'MELETUP-letup'lah mereka KONONnya merekalah 'The Defender' atau 'The Protector' kepada pemimpin UMNO! Kalau macam ni punya perangai, takde bezalah Pemuda UMNO dengan Lebai-Lebai PAS yang teramat TAKSUB kepada 'ulama' mereka! Agaknya ada lagi ke Pemuda UMNO yang perjuangan mereka masih lagi MURNI? HE!HE!HE!

OKlah, kita tinggalkan dulu mereka itu semua.. Sekarang ini ada pulak pilihanraya kecil di DUN Manek Urai dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan.. Kelantan merupakan negeri yang sangat SIGNIFIKAN dengan keKALAHan BN atau UMNO berturut-turut selama hampir 25 tahun! UMNO hanya nyaris-nyaris MENANG pada pilihanraya umum tahun 2004.. Itu pun kerana orang Kelantan sangat menyanjung tinggi orang yang berperibadi dan berhemah seperti Tok Pa.. Malangnya Tok Pa ditukarkan daripada jawatan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.. Akhirnya, pada tahun pilihanraya Mac 2008, menyaksikan kekalahan kelima BN/UMNO kepada PAS!

Apakah yang UMNO telah pelajari dengan keKALAHan mereka di negeri ini? Adakah terlampau KERAMAT perjuangan PAS hinggakan UMNO gagal sama sekali menembusi Kelantan? Atau orang-orang UMNO yang EGO dan BODOH SOMBONG tak nampak apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat Kelantan? Sebenarnya PAS memang tak kuat pun di Kelantan.. Cuma sejak dulu lagi pemimpin UMNO hanya tak reti nak bergaul atau mendampingi masyarakat Kelantan.. Sebaliknya hanya tahu ramai pemimpin UMNO terutamanya daripada kalangan Pemuda UMNO hanya tahu tayang kereta MEWAH bila berjumpa dengan rakyat marhaen di kampung-kampung.. Mananya rakyat tak naik angin? HE!HE!HE!

Apa pun dah tentu RAKYAT akan mempersoalkan tentang 'PELIK'nya UMNO/BN tak bertanding di DUN Penanti tapi beria-ria nak bertanding di DUN Manek Urai, Kelantan.. Bagi rakyat, mereka hanya tahu mengundi sahaja kerana mengundi adalah satu-satunya HAK mereka dalam proses DEMOKRASI.. Oleh itu jika hak mereka untuk memilih atau mengundi cuba dinafikan dengan mengambil keputusan tidak bertanding, adakah penyertaan UMNO/BN di DUN Manek Urai dialu-alukan? Harapla Jentera Penerangan UMNO mampu memberi jawapan atau alasan yang meyakinkan lagi berkesan kepada rakyat di sana! HE!HE!HE!

Sebab itulah jangan kita menganggap pilihanraya walaupun kecil sebagai pertandingan BOLA SEPAK! Boleh pilih nak bertanding ke tak nak! HE!HE!HE!

Wallahualam..

Wednesday, May 20, 2009

DUN Penanti:- Mana UMNO nak letak muka jika rakyat 'terpaksa' memilih PKR?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa pun yang INGIN kita katakan, jelas sekali BN dan UMNO langsung tidak mahu bertanding atau memilih untuk tidak bertanding atau memulaukan pilihanraya kecil di DUN Penanti, Pulau Pinang.. Bagi Blog ini, walaupun langsung tak berSETUJU dengan keputusan DS Najib yang tak nak bertanding di DUN Penanti, tapi kita jugak sedar 'TERLAJAK PERAHU TAK BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA'.. Jadi tak gunalah kita semua mempertikaikan apa yang telah diputuskan, kalau nak kata BODOH pun, kita kata ajelah, pasal KEPUTUSAN dah pun DIBUAT.. Kita tunggu ajelah PRU13 nanti kalau nak luahkan apa-apa pun.. Masa tuh, kalau KONONnya BN atau UMNO dah pulih dan kembali dapat sokongan seperti didakwa, kita tengoklah nanti! HE!HE!HE!

Apa kata kita teliti sebanyak mana UNDI yang bakal diraih oleh PKR sekiranya mereka tidak menang percuma di DUN Penanti? DUN Penanti pada tahun 2004 pernah dimenangi oleh BN (UMNO).. Namun akibat pergeseran dan kekecohan di dalam UMNO samada diperingkat Bahagian mahu pun diperingkat Pusat, akhirnya DUN Penanti berjaya dirampas oleh PKR pada tahun 2008.. DUN Penanti terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang sekarang ini telah dimilikki oleh Penasihat PKR juga melalui cara perletakkan jawatan Ahli Parlimennya yang jugak 'ISTERI KESAYANGANNYA'.. Oleh itu secara KASARnya, sekiranya bertanding pun kita tak nafikan UMNO akan menghadapi laluan sukar di DUN Penanti..

Apa kata kita lihat sedikit angka-angka di bawah sebagai rujukan:-

Jumlah pengundi : Terkini – 15,453
Melayu 72.5%, Cina 24.5%, India 2.4%, Lain-lain: 0.6%
Keputusan PRU 12: PKR menang majoriti: 2,219 undi
Jumlah ahli-ahli UMNO di DUN Penanti: sekitar 5000 orang


Kita mungkin boleh menjangka UMNO akan meminta ahli-ahlinya yang seramai 5000 orang tidak keluar mengundi atau mengundi calon BEBAS..Namun itu hanya anggapan kasar sahaja.. Apa saja boleh berlaku bila tempoh berkempen bermula.. Jika UMNO tidak bertanding dan ahli-ahlinya samada memulaukan atau mengundi calon BEBAS (jika ada yang masih belum diBELI), bolehkah itu menghalang PKR memenangi sekitar 8 ribu hingga 10 ribu undi? Pengalaman semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh menunjukkan bagaimana para pengundi menolak calon bebas dengan peratusan undi yang diperolehi mereka sangat kecil hingga hilang wang pertaruhan..

UMNO sepatutnya 'MENAFSIR' dengan betul 'ANGKA-ANGKA' yang diperolehi semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.. Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh, UMNO sendiri yang mendakwa mereka berpeluang memenangi kawasan tersebut dengan alasan ahli-ahli UMNO dikawasan tersebut secara kasarnya seramai 22 ribu orang (jumlah pengundi 50 ribu orang lebih).. Akhirnya calon UMNO yang diberi gelaran 'Peh Moh' dan sebagainya semata-mata nak menarik undi Cina hanya mampu memperolehi sekitar 15 ribu undi.. Mana hilang baki undi lagi 5 ribu lebih? HE!HE!HE!

Jika terBUKTI calon PKR memenangi 8 ribu hingga 10 ribu undi seperti yang dinyatakan, adakah UMNO berani angkat muka dan mendakwa mereka tidak bertanding KONONnya demi nak berkhidmat kepada rakyat? Bukankah rakyat jugak yang memberikan undi sebanyak itu kepada PKR kerana UMNO enggan bertanding? Angka 8 ribu hingga 10 ribu undi daripada 15,453 pengundi DUN Penanti tuh besar PERATUSANnya.. Lainla kalau PKR hanya mampu meraih sekitar 5 ribu hingga 6 ribu pengundi sahaja di DUN Penanti.. Masa tuh bolehla kalau UMNO nak mendakwa rakyat bersetuju dengan mereka dengan alasan UMNO KONONnya ingin memulihkan ekonomi atau tidak mahu terperangkap dan sebagainya.. UMNO harus sedar IMPLIKASI yang bakal dihadapi sekiranya peratusan undi yang diperolehi PKR adalah besar..

Tak terfikirlah pulak kalau UMNO sanggup melarang atau menghalang rakyat keluar mengundi semata-mata nak mengecilkan peratusan undi yang bakal diperolehi PKR nanti.. Kalau buat begitu, yang MALU nanti UMNO jugak.. Sebab tu lah apabila disebut 'RAKYAT' kita kena tahu siapa dan di mana 'RAKYAT' itu berada.. Jangan kata 'RAKYAT' tuh hanya mereka yang seramai dua, tiga kerat 'MAKHLUK' yang dok keliling kita di Putrajaya dengan pelbagai NIAT.. Apa pun keputusan dah pun diputuskan.. Kita yang dok jadi 'RAKYAT' nih pakat-pakat tengok aje la sambil mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Monday, May 18, 2009

Apabila para 'LEBAI KUAT XXX' dalam PAS membenarkan 'ADUN TERLAMPAU' Bukit Lanjan menyamar 'USTAZAH'


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya keBODOHan golongan Lebai XXX dalam PAS dah sampai tahap kemuncak apabila membenarkan ADUN 'Terlampau' Bukit Lanjan menyamar 'USTAZAH' dan naik pentas ceramah PAS di Kok Lanas, Kelantan.. Agaknya lepas nih cerah le harapan kita nak tengok PELACUR atau 'STRIPPER' menjadi penceramah PAS dan menerangkan dasar-dasar perjuangan PAS yang KONONnya sentiasa 'lebih Islam' daripada umat Islam lain di dunia ini? Agaknya Lebai XXX dalam PAS dah hilang NAFSU atau tak rasa STIM kot dengan ustazah-ustazah yang dah 'MENOPAUS' dalam Dewan Muslimah tu? HE!HE!HE!

Exco gambar separuh bogel muncul bertudung di ceramah PAS

Baguslah PAS boleh pejam sebelah mata tentang al-kisah Elizabeth Wong bersekedudukan dengan lelaki Islam yang dipercayai ambil gambar separuh bogelnya di dalam rumahnya.

Ini namanya politik.Ramai juga yang hadir semasa Exco Kerajaan negeri Selangor itu bagi ceramah di Kok Lanas Sabtu malam.

Mungkin ada yang nak lihat sendiri dari dekat wajahnya setelah gambar separuh bogelnya dan yang terbaru nampak kemaluannya tersiar di internet.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu muncul berbaju kurung dan menutup kepala dengan selendang.

Penampilan sama perlu dibuat pemimpin wanita PKR itu ketika berjumpa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi membuat penjelasan ekoran penyiaran gambar tersebut yang dikaitkan dengan teman lelakinya Helmi Malek yang masih menghilanglan diri.

Pada ceramahnya di Taman Puspa iru, Elizabeth sekali lagi memuji Nik Aziz yang dikatakan memberi nasihat ketika beliau berdepan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya seperti dilaporkan laman web PAS..

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.- 17/5/2009 - AGENDA DAILY



Apabila NAFSU menguasai diri, pertimbangan AKAL yang WARAS pun diketepikanlah tanpa mengira samada KONONnya mereka mendakwa diri mereka 'LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN' atau tidak.. Langsung tak fikir yang ADUN 'Terlampau'dari Bukit Lanjan nih mengambil kesempatan daripada keBODOHan dan keDUNGUan mereka yang mengaku 'LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN' ini untuk 'MENSUCIKAN' dirinya yang mungkin dah tercemar itu.. Bagus le, lepas nih kalau PELACUR, MAK NYAH atau pengamal SEKS BEBAS jumpa Lebai PAS XXX, maka mereka pun diampunkan dan disucikan ala-ala agama Kristian?

PAS dok membela ADUN 'Terlampau' nih KONONnya dengan alasan dia nih teraniaya..

OK - Kita tanya balik, apa MAKSUD yang dia terANIAYA tuh?

-Adakah dia terANIAYA pasal gambar-gambar dia yang mengghairahkan menaikkan NAFSU Lebai PAS disebarkan dalam Internet?
- Baiklah, kenapa gambar-gambar tersebut boleh dirakam?
- ADAKAH ORANG PECAH MASUK RUMAH DIA DAN AMBIL GAMBAR SEMASA DIA SEDANG TIDUR? Pecah rumah ikut mana? Tingkap? Dapur?
- Ada ke kenyataan sedemikian daripada polis mahupun daripada dia sendiri? Takkan dia TIDO MAMPUS hingga tak sedar bila orang pecah rumah dia?
- Orang pecah rumah dia semata-mata untuk ambik gambar dia TIDO aje ke?

BODO KAYU punya LEBAI PAS XXX! Asyik nak kasi TEGANG 'barang dalam KAIN' aje! Itu pun TAK tahu nak fikir?


Sudah tentu ADUN 'Terlampau' sendiri nih pun TAHU orang yang ambil gambar dia tu pun sebenarnya orang yang bebas keluar masuk atau lebih tepat lagi orang yang sentiasa mendampinginya hingga ke KAMAR TIDURnya.. Sudah tentu ADUN 'Terlampau' ini pun tahu bahawa gambarnya diambil sedemikian rupa.. Cuma yang dia tak tahu ialah gambarnya disebarkan di Internet oleh orang tersebut.. Bila tersebar di Internet, terus aje jadi TUDUHAN JENAYAH.. Cuba anda banyangkan kalau gambar-gambar tersebut tak tersebar di Internet dan KEKAL menjadi KOLEKSI KENANGAN PERIBADInya? Tentu orang tak tahu kan yang dia nih sebenarnya adalah ADUN 'Terlampau'.. Tak gitu? KAH!KAH!KAH!

Jangan ingat semua orang khususnya orang Islam boleh diperBODOHkan macam tu aje.. Mufti Perak dah pun bagi TEGURAN di atas keBODOHan Lebai PAS XXX pasa isu ADUN 'Terlampau' nih.. Namun, bila 'barang dalam KAIN' dah TEGANG, pertimbangan NAFSU lebih diutamakan berbanding AKAL! Tak gitu? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

Friday, May 15, 2009

Antara PENASIHAT PKR dan KETUA PEMUDA UMNO, siapakah yang lebih BERBAHAYA kepada MELAYU?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini percaya bahawa ada berjuta-juta lagi warganegara Malaysia yang WARAS.. Malah Blog ini juga percaya bahawa masih ramai lagi umat Islam di bumi Melayu ini yang masih beriman kepada Allah SWT.. Malah kita jugak wajar mempercayai betapa ramai lagi penduduk Malaysia masih TAHU untuk berfikir secara RASIONAL dan meletakkan pertimbangan AKAL melebihi pertimbangan NAFSU.. Oleh itu, Blog ini ingin meminta rakan-rakan pembaca membuat pertimbangan AKAL yang WARAS terhadap apa yang ingin dipaparkan demi kebaikkan umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini..

Kita kenal sangat-sangat siapa dia PENASIHAT PKR.. Dia adalah bekas BANDUAN yang pernah ditahan di PENJARA Sungai Buloh kerana diDAKWA melakukan kegiatan SEKS ala-ala bekas UMAT NABI LUTH Alaihissalam.. Dia jugak orang yang bertanggung-jawab cuba menghancurkan ekonomi negara ini dan umat Islam melalui persekongkolan dengan rakan-rakan YAHUDInya di luar negara.. Dia seorang yang amat pandai 'BERLAKON' dan jugak cekap dalam bab KELENTONG orang.. Masihkah anda ingat lagi lakonan terbaiknya seperti melakonkan dirinya terkena ARSENIK, mendakwa disuntik AIDS oleh kerajaan dan akhir sekali isterinya sendiri boleh berbohong mengatakan dia hampir NAZAK dan perlu dirawat di Jerman? Apabila dia diBEBASkan oleh 'RAKAN SENEGERINYA', dan dibawa ke Jerman KONONnya untuk dirawat, lebih kurang 3 hari aje dirinya yang didakwa hampir NAZAK ini dah boleh bergerak seperti orang biasa? HE!HE!HE!

Sekarang ini dia sering mendabik dada KONONnya dia mewakili RAKYAT.. KONONnya dia memperjuangkan rakyat yang dikatanya diTINDAS kerajaan.. 8 tahun dia sebagai Timbalan Perdana Menteri, apa yang buat? Bukankah dia juga 'SEBAHAGIAN' daripada orang yang menindas?.. Bukankah dia juga memperkenalkan budaya KRONISME dalam UMNO hinggakan ramai rakan-rakan sekepalanya penjadi pengarah kepada berpuluh-puluh syarikat? Bukankah dia juga dikenali sebagai 'Raja BLUEPRINT' kerana suka beri projek kepada kawan-kawannya? Bukankah dia semasa dalam kerajaan terkenal dengan LAKONAN jumpa Azmin cakap begini, jumpa Tian Chua, cakap begini dan jumpa Uthayakumar, cakap begitu pulak? HE!HE!HE!

Sekarang dia GELABAH pasal sekali lagi aktiviti ala-ala 'Bekas UMAT NABI LUTH'nya telah diKANTOIkan sekali lagi.. Dah tua-tua pun NAFSU kuat jugak.. Kali ni yang buat tuduhan bukan orang lain, sebaliknya pembantu peribadinya sendiri.. Jangan lupa, kita masih menunggu penjelasan kenapa seorang yang didakwa 'Coffee BOY' boleh tinggal dikondo mewah dan sering dibawa ke luar negara menemaninya? Mungkin kita patut jugak tengok-tengokkan YB PKR terutama yang muda-muda dan JAMBU sikit tuh kot-kot dah 'DITEBUK' jugak ke? Almaklumlah, siapa tak nak KUASA masa umur muda lagikan? Untuk itu, kena TEBUK pun TEBUK aje lah.. HE!HE!HE!

Lepas tu timbullah pulak cerita KONONnya dia bakal jadik PM.. Dicanang ke seluruh dunia KONONnya rakyat bersamanya.. Namun, mungkin kerana LAKNAT ALLAH SWT, segala usahanya sering tak menjadi dan GAGAL pada saat-saat akhir.. Malah parti pimpinannya jugak sering diselubungi skandal-skandal yang meMALUkan termasuklah skandal SEKS seperti 'BERSEKEDUDUKAN' dan jugak 'SEDEKAH SEKS'!Malah, satu demi satu YB Melayu dalam partinya diTEKAN oleh rakan dari sebuah 'PARTI RACIST KOMUNIS' untuk letak jawatan bila dikaitkan dengan sesuatu kes.. Dia bernasib baik kerana golongan muda yang sebahagian besar masih bersekolah semasa dia KANTOI 'menJUBOR' orang dahulu masih boleh diperbodohkan.. Dia juga beruntung kerana Lebai-Lebai yang perasan diri mereka lebih ISLAM dari orang lain jugak sanggup 'JILAT BONTOT' kerana mengejar keduniaan yang dia janjikan.. Begitu jugak dengan satu bangsa yang begitu 'MENYAYANGINYA'.. Bangsa ini yang diibaratkan kalau kita jumpa ULAR dengan orang bangsa ini, kita kena 'KATOK' orang bangsa ini dulu! Namun, ALLAH SWT juga Maha Mengetahui.. HE!HE!HE!

OKlah, itu cerita penasihat PKR.. Sekarang kita cerita pulak kisah Ketua Pemuda UMNO yang baru menjawat jawatan selama beberapa bulan.. Alkisahnya, dia ni pulak sebenarnya boleh dikira 'asing' dengan budaya Melayu kerana walaupun dia nama Melayu, tapi dia lahir di Kuwait, sekolah di Singapura dan berijazah di Oxford.. Cuba tanya dia ada ke tak sijil SPM?Dia bukan sesiapa pun kalau dia tidak buat-buat melanggar kereta anak perempuan mantan PM dari Penang, ber'KASIH' pulak dengan anak perempuan mantan PM tuh hingga akhirnya jadik 'MENANTU BABAH'.. Dengan STATUS sebagai 'MENANTU BABAH', dia bebas mengatur segala-galanya kerana taraf Ijazah OXFORD itu dipandang tinggi oleh BAPAK MERTUAnya melebihi orang yang ada PhD! Malah dengar cerita, ada menteri kabinet sanggup CIUM tangan dia, ibaratkan dia sebagai budak hero dalam cerita Singapura dilanggar TODAK dan banyak lagi.. Tak ke istimewa tuh? HE!HE!HE!

Apabila dia menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, dia dah mula menempatkan dan mengatur orang-orangnya dalam UMNO agar dia dapat mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada umur 40 tahun.. Dengan status sebagai 'MENANTU BABAH' Perdana Menteri masa tu, seluruh Pergerakan Pemuda UMNO hinggakan dengan ketuanya sekali habis macam orang kena ubat Guna-Guna! Ikut aje apa yang dia nak.. Habis ditempatkan kawan-kawannya sebagai penasihat di segenap ceruk elemen kerajaan demi dia mencapai cita-cita 'MURNI'nya itu.. Begitu berkuasa sekali 'MENANTU BABAH' ketika itu hingga sampai tahap boleh tentukan siapa patut naik dan siapa patut turun samada dalam kerajaan mahupun dalam parti UMNO! Huii.. Sebijik macam 'MESSIAH'! HE!HE!HE!

Akhirnya apabila UMNO 'dilanyak teruk' dalam pilihanraya lalu kerana orang Malaysia MELUAT dengan dia, dia cepat-cepat atur TAKTIK agar orang yang menggantikan Bapa Mertuanya sebagai PM nanti terpaksa ikut apa yang dia nak.. Mulalah dia atur orang-orang dia segenap ceruk rantau untuk memastikan dia terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO nanti.. Walaupun dia disabitkan dengan kesalahan POLITIK WANG semasa pemilihan, entah macam mana dia tak dihukum dan dibolehkan bertanding.. Akhirnya walaupun dia mendapat pencalonan peringkat Bahagian paling sedikit, ada 304 orang perwakilan yang dah 'KEMBUNG PERUT' memilih 'MENANTU BABAH' ini sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru.. Sampai sekarang PESALAH POLITIK WANG ini bebas bermaharaja-lela dalam parti seolah-olah pucuk pimpinan UMNO pun mengIKTIRAF kesalahannya! Pelik bukan? HE!HE!HE!

Sekarang ini dengar cerita dia sedang MEREKRUT balaci-balaci baru yang kebanyakkan mereka berkelulusan tinggi (Master atau PhD) sebagai BALA TENTERAnya untuk menghadapi kritikkan.. Balaci-balaci ini akan menyerap masuk ke dalam Blog-Blog, Forum Online atau mana-mana pertubuhan yang anti dengannya untuk meNEUTRALkan atau meMUSNAHkan mereka.. Dia maklum dengan kelemahan orang Melayu yang MUDAH LUPA dan MUDAH TERTARIK dengan ganjaran yang akan ditawarkannya.. Apabila tiba pemilihan UMNO berikutnya, dialah yang ditabalkan sebagai 'PENYELAMAT' atau 'MESSIAH' kepada UMNO yang sekarang ini ditibai habis-habisan segenap penjuru.. HE!HE!HE!

Itulah dua kisah yang kita nampak seolah-olah tak ada kaitan tetapi sebenarnya ada.. Contoh perkaitan mereka ialah:-

KENAPAKAH KETUA PEMUDA UMNO INI MENGHANTARKAN PASSPORT KEPADA PENASIHAT PKR SEBAIK SAJA DIA DIBEBASKAN DARI PENJARA SUNGAI BULOH SEDANGKAN KETUA PEMUDA UMNO ITU BUKAN PUN PEGAWAI IMIGRESEN ATAU KDN?

Ada sesiapa boleh tolong jawabkan 'MISTERI' ini? HE!HE!HE!

Wallahualam..

Wednesday, May 13, 2009

Cina di China begitu mempertahankan tanah-tanah yang KONONnya hak mereka sedangkan kita pulak bermurah hati pajak 999 tahun?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pemilikan tanah merupakan masalah atau isu yang sangat-sangat BERAT kat mana-mana pun tempat dalam DUNIA ini.. Semakin ramai manusia, keperluan untuk memilik tanah semakin mendesak.. Palestin dijajah kerana tanah, Sudan berperang pun kerana tanah, Tamil Eelam pun berperang kerana tanah, pendek kata, isu tanah merupakan punca utama manusia berPERANG atas muka bumi ini..

Sekarang ni kita tengok kat Perak.. Adalah KONONnnya ura-ura kerajaan sebelum ini nak bagi PAJAKkan tanah selama 999 tahun sebagai menghargai SOKONGan satu puak RACIST yang ingin menDOMINASI orang Melayu.. Satu kerja yang tak pernah dibuat dek orang di sebuah negeri yang berDAULAT! Cuba korang tengok kat NEGARA di mana puak-puak RACIST nih berasal! TENGOK BAGAIMANA KIASUNYA DIORANG MEMPERTAHANKAN TANAH ATAU WILAYAH walaupun kawasan tu masih lagi dipertikaikan..

Kepulauan Spratly: Malaysia tetap guna pendekatan diplomatik

KUALA LUMPUR 12 Mei – Malaysia menghormati pendirian China yang memberi amaran kepada semua negara jiran supaya menjauhi pulau-pulau di Laut China Selatan, termasuk Kepulauan Spratly yang turut dituntut oleh negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan bahawa kenyataan keras itu tidak akan menjejaskan dasar penyelesaian secara diplomatik yang diguna pakai oleh Malaysia apabila berhadapan dengan sebarang kes pertikaian tuntutan wilayah atau kepulauan.

“Dasar kita adalah jelas sejak dahulu lagi tidak akan memilih pendekatan kekerasan sebaliknya mengutamakan perundingan diplomatik dan ia secara dasarnya dipersetujui oleh negara sahabat lain seperti Taiwan, Vietnam dan Filipina yang membuat tuntutan sama.

“Dalam kes China ini, mungkin mereka mempunyai pandangan berbeza berbanding negara lain dan kita menghormatinya tetapi pada masa yang sama Malaysia mempunyai pendirian sendiri iaitu ia perlu diselesaikan melalui perundingan diplomatik,” katanya ketika mengulas kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu yang memberi amaran kepada semua negara jiran supaya menjauhi pulau-pulau di Laut China Selatan, termasuk Kepulauan Spratly.

Katanya, China telah memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Beijing memiliki ‘kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan’ dan tidak akan bertolak-ansur terhadap negara-negara lain yang turut menuntut pulau-pulau berkenaan.

Kepulauan Spratly yang kaya dengan minyak dan gas serta kedudukannya yang strategik, selain dituntut oleh China juga dituntut seluruhnya atau sebahagiannya oleh Malaysia, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei.



Anda baca sendiri bagaimana mereka begitu BERKIRA dengan wilayah yang belum pun pasti milik mereka.. Bagaimana mereka begitu GILA-GILA mempertahankan tanah atau wilayah sedangkan hak-miliknya belum lagi ada kata putus.. Hinggakan sanggup gunakan kuasa ketenteraan untuk tujuan ini..

Bayangkan pula sekiranya anda memajak tanah selama 999 tahun seperti yang diimpikan oleh sesetengah golongan di Perak? 999 tahun bukannya tempoh sekejap.. 7 Keturunanan anda dah PUPUS pun belum tentu lagi tamat tempoh tuh.. Malah jika ditakdirkan Malaysia dah tak wujud pun selepas 999 tahun, mereka tetap boleh wujud atau 'survive'.. Adakah ini yang anda mahu untuk nasab keturunan anda? Inikah yang anda mahu tinggalkan untuk anak cucu anda walaupun anda sendiri akan kembali kepada TANAH jugak?

Inilah keBODOHan sesetengah Melayu yang amat-amat kita KESALkan..

Wallahualam..

Sunday, May 10, 2009

Saat-saat untuk kita semua meraikan Parti SEKULAR baru bernama PAS!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya PAS akan jadik lebih 'SEKULAR' berbanding UMNO selepas ini.. Pemilihan jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan yang menyaksikan anak Datuk Nik Aziz ditolak oleh perwakilan menyaksikan sedikit demi sedikit PAS semakin menuju ke arah ke'SEKULAR'an - Istilah yang sering digunakan oleh para Lebainya terhadap UMNO.. Anak Datuk Nik Aziz sebelum ini pernah buat kenyataan dalam Blognya menyatakan tentang rasa kurangs senangnya terhadap segelintir 'orang kanan' bapanya yang sering memutar-belitkan cerita.. Siapa lagi kalau bukan golongan Lebai ERDOGAN dalam PAS? Walaupun sudah terlambat semasa menyedarinya, namun belum terlambat untuk Lebai PAS sejati membuat pendirian sebelum muktamar kali ini.. HE!HE!HE!

Ketua Pemuda tempelak pemimpin Pas

KOTA BHARU 9 Mei - Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Muhammad Zaki Ibrahim (gambar) menempelak sikap sesetengah pemimpin tertinggi parti itu kerana masih mempertikaikan perkara asas dan dasar perjuangan parti yang telah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu.

Katanya, setiap kali menjelang pemilihan, isu yang timbul ialah siapa layak memimpin sama ada ulama atau profesional sedangkan perkara itu telah dijelaskan dalam perlembagaan.

Katanya, pada masa yang sama, beberapa pemimpin Pas akan memberikan definisi sendiri tentang kedua-dua golongan tersebut dan menjadi perdebatan hangat dalam media.

"Setiap dua tahun sekali semua orang bercakap mengenai konsep kepimpinan ulama, seolah-olah orang lihat dalam bab asas dan dasar parti ini masih tidak jelas walaupun lebih 50 tahun parti ditubuhkan.

"Kini semua orang memberi tafsiran sendiri siapa ulama dan profesional, tahun lalu tidak timbul isu seperti ini. Dalam perlembagaan parti telah dijelaskan, baca semula dan tengok resolusi Dewan Pemuda Pas Pusat 1982 mengenai konsep kepimpinan ulama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-50 di sini hari ini. Ia dirasmikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Sabki Yusof.

Muktamar tersebut menyaksikan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan dicabar oleh naibnya, Abdul Latiff Abdul Rahman bagi jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan selepas Zaki melepaskan jawatan kerana telah melepasi had usia.


Sekiranya memang terbukti hajat para Lebai PAS semasa muktamar untuk menjadikan diri mereka 'ERDOGAN', kita tak boleh nak kata apa la.. Kita pun tunggu masa aje la tengok Lebai PAS semua pakat kena 'CUCUK HIDUNG', ikut aje apa kata DEWATA RAYA PKR yang disokong oleh puak-puak RACIST.. Masa tuh, bila diorang sentuh apa-apa pun pasal sensitiviti ISLAM yang menjadi perjuangan PAS selama ini, Lebai PAS semua hanya pakat tahu MELOPONG aje la.. Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri bagaimana PENDIRIAN Lebai dan Ustazah PAS dalam kes ADUN Bukit Lanjan.. Bagaimana Lebai dan Ustazah PAS begitu DUNGU menyokong orang yang terang-terang BERSEKEDUDUKAN.. Tak ke BODOH namanya? KAH!KAH!KAH!

Apa agaknya keputusan MUKTAMAR PAS nanti? Rasanya PAS pun nanti akan ada gejala POLITIK WANG jugak.. Namun Lebai PAS masa muktamar nanti tak akan bising sangat.. Ye la.. Sedangkan duit derma masjid, duit Kohilal dan duit derma untuk balu-balu Memali pun boleh LESAP? Sebab tu lah kita jangan HAIRAN kalau HAPRAK tahap 'GABAN' macam Mat Sabu pun nak tanding Timbalan Presiden PAS.. Orang 'TERBUANG' dari negeri sendiri macam dia nih akan masuk aje belah mana-mana yang boleh buat dia 'MASYUUUUKKKK!!!' Lagi pun kalau diTAKDIRkan dia menang, ada harapan le dia merasa habuan lebih daripada 'KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ' DAP nanti!HE!HE!HE!

Sebenarnya PAS dah pun hilang MARUAH dan tidak layak lagi menyatakan mereka mempertahankan Islam.. Tak percaya? Anda lihat nanti keputusan MUKTAMAR mereka.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Thursday, May 07, 2009

Melayu Perak harus BANGKIT mempertahankan JATIDIRI dan MARUAH mereka


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAUM manakah yang benar-benar RUGI akibat KRISIS politik di Perak? Rasanya anda semua pembaca TAHU jawapannya.. Perak sebenarnya negeri paling malang di Malaysia walaupun Kesultanan Perak masih bersusur-galur dengan Kesultanan Melayu Melaka.. Perak negeri pertama menerima RESIDEN BRITISH, Perak juga adalah negeri pertama yang dirompak habis-habisan oleh British.. Di Perak jugalah ada pokok getah pertama (penyebab kemasukkan kaum pendatang India benua)dan juga lombong bijih timah utama (penyebab kemasukkan kaum pendatang dari China)..

Namun, kemakmuran Perak gagal memuaskan hati semua penduduknya.. Orang Melayu yang merupakan penduduk asal Perak hari demi hari cuba dinafikan kuasa politik mereka oleh kaum-kaum pendatang seperti di atas.. Apabila ada kategori Melayu pengkhianat yang mengkhianati bangsa mereka seperti memberikan pajakan tanah selama 999 tahun di Perak kepada bangsa bukan Melayu, maka tak lama lagi Melayu Perak bolehlah 'BERMIMPI' mereka seLIBERAL Melayu di Singapura.. Mungkin Melayu Perak boleh berangan bahawa mereka sudah MAJU, sudah setaraf dengan 'Mat Saleh' walaupun HAKIKATnya mereka semakin menjadi BALACI di negeri mereka sendiri..

Kepada Melayu Perak yang masih WARAS, cuba anda fikirkan berapa lamakah China 'memajakkan' Hong Kong kepada British? Berapa lamakah China 'memajakkan' Macau kepada Portugal? Adakah selama 999 tahun? Orang Melayu sebenarnya tidak berfikir panjang dan mudah menggadaikan harta warisan negara mereka kepada orang lain demi keuntungan yang bersifat sementara.. Pemerintahan PM sebelum ini menyaksikan banyak saham GLC kita dibeli oleh Temasek Holdings.. Malah, Temasek Holding dengan mudahnya membuat keuntungan melalui urusan jual-beli Pantai Holdings, GLC kita sendiri.. Betapa mudahnya Melayu 'DICAIRKAN' dek bangsa asing..

Yang malangnya adalah kerana parti-parti politik Melayu yang sepatutnya mempertahankan hak-hak orang Melayu pula hari demi hari semakin di'KUASAI' oleh mereka yang ingin membuat 'BISNES SECARA MUDAH'.. Anda boleh lihat baik UMNO mahu pun PAS, berapa banyak 'BROKER' atau 'LALAT TAIK' yang memperolehi KONTRAK atau PROJEK, kemudiannya mengGADAIkannya kepada bangsa asing? Malah, ada jenis Melayu yang sanggup bersekongkol dengan bangsa asing untuk memBOLOT kontrak kerajaan demi mendapatkan KOMISEN, kemudian Melayu yang sama menghina bangsanya sendiri KONONnya pemalas, mentaliti SUBSIDI dan sebagainya.. Apa pendapat anda terhadap BANGSAT Melayu jenis ini?

Dalam kes di Perak, kita boleh lihat bagaimana Melayu terutamanya tokoh seperti Mat Sabu beriya-iya nak menganjurkan demonstrasi sedangkan dia bukan pun rakyat negeri tersebut? Apakah KREDIBILITI dia ini untuk bercakap bagi pihak rakyat negeri Perak? Sedangkan duit derma balu-balu Memali LESAP pun dia ternganga tak boleh JAWAB? Apabila dia sebut dalam ceramahnya KONONnya 'Khalifah Umar Badul Aziz DAP' bermurah hati membelanjanya maka Mc'D, nampak sangat betapa HINAnya Melayu - boleh dibeli dengan seketul Mc'D? Begitu juga apabila kita membaca majalah Milenia Muslim edisi terbaru yang menyatakan bagaimana Pesuruhjaya Pas Perak lebih 'sanggup' bekerjasama dengan bangsa bukan Islam untuk memerintah Perak sedangkan UMNO yang menghulurkan tangan dikatakan beliau sebagai 'orang yang ZALIM'? Kalau betullah orang yang seagama dengannya ini lebih zalim, dah lama dah dia masuk dalam tanah!

Melayu Perak jangan tunggu lama lagi untuk mempertahankan hak-hak mereka.. Ini bukan soal keuntungan politik milik siapa, namun ini lebih kepada SURVIVAL mereka sebagai sebuah bangsa yang berdaulat dan ada maruah di tanah negeri mereka sendiri.. Apabila Melayu bersuara mempertahankan hak mereka dikatakan PERKAUMAN tetapi apabila puak-puak RACIST di Perak sewenang-wenangnya menghapuskan hak-hak Melayu, boleh pulak dikatakan 'DEMOKRASI'? Piiii rahhhh!!!

Wallahualam..

Tuesday, May 05, 2009

PAS & PKR & DAP - SIAPA 'GENGGAM TELOQ' SIAPA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Lucu juga apabila melihat TELATAH dan RAGAM puak-puak Lebai PAS yang seolah-olah di'GENGGAM TELOQ' bak kata orang utara semasa mereka membuat keputusan berkenaan perkara-perkara berikut:-

1) Keputusan untuk tidak bertanding di DUN Penanti

KELAKAR dan kesian apabila melihat kesungguhan atau keazaman PAS Negeri Pulau Pinang untuk bertanding di DUN terbabit tidak kesampaian.. Walaupun betapa tinggi keinginan mereka, namun Tok Guru besar tetap melarang mereka berbuat demikian demi menjaga keharmonian hubungan sesaam parti dalam Pakatan Rakyat.. Walaupun KONONnya Mursyidul Am PAS mengatakan kerusi tersebut milik PKR, namun kalau ikut sejarah, PAS wujud lebih lama di Pulau Pinang berbanding dengan PKR? Entahlah Labu...........

2) Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PAS semasa Muktamar

Banyak benar desas-desus mengatakan jawatan Timbalan Presiden PAS akan dtandingi hingga lebih dari dua calon.. Nampak benar ada 'ORANG LUAR' yang marah dengan penyandang jawatan tersebut sekarang KONONnya beliau didakwa 'memandai-mandai' cuba menjalinkan hubungan dengan para pemimpin UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.. Walaupun beliau cuba menafikan, namun PROTES terutamanya daripada 'GENG ERDOGAN' dalam PAS amat hebat.. Agak sedih juga melihat bagaimana tokoh muda seperti penyandang jawatan tersebut cuba ditentang oleh golongan yang 'perasan ULAMA' macam GENG ERDOGAN.. HE!HE!HE!

3) Bantahan PAS terhadap keputusan Kabinet mengenai kedudukan agama anak mualaf

Memang boleh diduga bahawa PAS membantah keras keputusan Kabinet mengenai kedudukan agama anak mualaf. Pendirian Pas itu disuarakan oleh Ketua Penerangan Mahfuz Omar. Pendirian PAS itu diselar oleh Karpal Singh, Pengerusi DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang. Orang yang sama pernah mengatakan 'Over my DEAD body' bila PAS nak memperkenalkan HUKUM HUDUD dan konsep NEGARA ISLAM.. Perkembangan ini menyerlahkan lagi ironi PAS berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR.. Rasanya PAS terpaksa mengikut sahaja kehendak dia nih.. Nampaknya asyik PAS aje yang kena BULI dalam Pakatan Rakyat nih? Tak 'SAKIT' ke asyik kena 'GENGGAM TELOQ' aje nih wahai Lebai-Lebai PAS? HE!HE!HE!

Apa pun keputusan dalam Pakatan Rakyat, kita sering nampak seolah-olah PAS cuba dipencilkan atau pun cuba dipinggirkan oleh rakan-rakan mereka.. Kehadiran golongan 'perasan ULAMA' macam GENG ERDOGAN dalam PAS menambahkan lagi huru-hara dalam PAS.. Baru-baru ini anak Mursyidul Am PAS sendiri menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap segelitir puak dalam PAS yang didakwanya sering cuba memanipulasikan maklumat yang disampaikan terhadap bapanya.. Dengan kata lain, Mursyidul Am PAS sering 'ditipu' oleh puak-puak tertentu dalam PAS sendiri.. Patutlah kita lihat kenyataan beliau asyik MERAPU aje.. HE!HE!HE!

Kita yakin seperti UMNO, PAS jugak akan mengalami nasib yang sama terutamanya apabila PAS membuka pintu kepada golongan yang tidak menghayati perjuangan parti sebaliknya 'MEMPERGUNAKAN' parti sebagai platform untuk 'CARI MAKAN'.. Anda harus ingat,kemenangan bekas MB Perak di Bukit Gantang kerana ada puak-puak RACIST ingin mempertahankan 'KEUNTUNGAN POLITIK' yang mereka perolehi di PErak seperti pajakan tanah 999 tahun! Malah terus-terang katalah, ini sebenarnya adalah usaha berterusan pihak-pihak tertentu untuk memastikan tidak wujud PARTI POLITIK Melayu yang DOMINAN di negara ini..

Wallahualam..