DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, March 15, 2010

Ahli Parlimen BEBAS jugak ada peranan PENTING untuk negara INI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalaulah jawatan Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri boleh dipohon melalui pengisian borang atau secara 'ONLINE' seperti pekerjaan lain, AGAKnya dah tentu berebut-rebut para siswazah atau yang bukan siswazah nak memohon.. Apa taknya, walaupun jawatan ini bukan kategori professional tapi 'BENEFIT' atau kelebihan yang ada padanya JAUH mengatasi jawatan-jawatan lain.. Malah, tak perlu susah payah masuk SEKOLAH pun boleh menjawat jawatan ini.. Tak PERCAYA, cuba tanya MP Pokok Sena, Kedah? HE!HE!HE!

KETIKA ini terdapat 7 orang Ahli Parlimen BEBAS yang berada dalam Parlimen.. Selain Datuk Ibrahim Ali dari Pasir Mas enam yang lain ialah bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zaharin Hashim Bayan Baru,Tan Tee Beng Nibong, Tebal Mohsin Fadzil Shamsuri, Bagan Serai dan Zulkifli Nordin, Kulim Bandar Bharu serta dua Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun,Sepanggar dan Datuk Dr Chua Soon Bui, Tawau.. 5 Daripada MP BEBAS tersebut pernah bernaung di bawah Pakatan Rakyat(PR) manakala 2 lagi adalah bekas MP Barisan Nasional(BN)..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4e870670-7f000010-175b7f90-4f11fb25

Kita SYAK yang MP BEBAS dari SAPP itu sengaja di'RESERVE' oleh Penasihat PKR untuk tujuan 'menaklukki' Sabah pada pilihanraya berikutnya.. Malah, kita dapat menJANGKAkan bahawa isu Bumiputera Islam dan Bumiputera Bukan Islam akan diMAINkan secara sesedap HATI mak bapak dia pada pilihanraya berikutnya oleh SAPP.. Almaklumlah, Sabah merupakan penyumbang UTAMA kemenangan BN terutamanya UMNO setiap kali pilihanraya.. Oleh itu, untuk menewaskannya, terpaksalah CIPTA isu.. Setakat mana MP BN di Sabah khususnya UMNO menyedari perkembangan INI, kita tengoklah nanti.. APA pun itu HAK mereka sebagai MP BEBAS untuk menyebelahi sesiapa pun.. Cuma kita HARAP mereka tidak berperanan SAMA mengHANCURkan negara..

Tanggungjawab sebagai MP adalah berKHIDMAT sebaik mungkin kepada rakyat dan membentuk dasar-dasar negara demi kepentingan semua.. ADAlah menJIJIKkan apabila kita melihat para MP seolah-olah merasakan bahawa sememangnya mereka 'LAYAK' atau jawatan MP tersebut seolah-olah PUSAKA datuk nenek mereka sedangkan mereka sebenarnya memikul AMANAH dan TANGGUNGJAWAB terhadap rakyat.. Oleh kerana itulah kita berHARAP para MP BEBAS berperanan agak LAIN sedikit berbanding MP-MP 'ANGKUH' yang bernaung samada dalam BN mahupun PR.. Kalau MP BEBAS pun 2X5 aje, alamatnya memang HANCURlah demokrasi berparlimen dalam negara INI..

Dalam mana-mana negara DEMOKRASI, MP BEBAS adalah perkara yang LAZIM dan memang ada di mana-mana Parlimen pun.. Malah di negara seperti India, Pakistan, Sri Lanka dan Thailand, MP BEBAS berperanan besar menentukan siapa yang menerajui sesebuah NEGARA dan HALATUJUnya.. MP BEBAS boleh menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan.. Namun, di negara KITA rasanya inilah pertama kali begitu ramai MP BEBAS yang 'diBEBASkan' atau 'memBEBASkan diri' daripada parti yang mana mereka bernaung.. Oleh sebab itu, mereka seHARUSnya menunjukkan perana seWAJARnya dan tidak mudah TUNDUK kepada desakan mana-mana PIHAK selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan..

Yang menJADI masalahnya, ada pihak dalam BN mahu pun dalam PR yang TIDAK suka dengan MP BEBAS ini.. Mereka INI terpengaruh dengan SISTEM DUA PARTI SATU NEGARA seperti yang diamalkan di US, Britain, Israel dan banyak lagi.. Biasanya, dalam Sistem Dua Parti, MP BEBAS akan diketepikan atau tidak mempunyai peranan.. Adakah SISTEM DUA PARTI ini bagus untuk negara majmuk seperti negara kita?

RASAnya TIDAK.. Ini kerana SISTEM DUA PARTI hanya akan memberi TEKANAN kepada rakyat untuk TERPAKSA memilih wakil mereka.. Jika ini berlaku, pemimpin yang dipilih bukanlah orang yang benar-benar berwibawa dan penuh dengan agenda PERIBADI.. Kesannya, negara majmuk seperti kita akan rosak SOSIO-ekonomi dan rakayt enggan lagi percaya kepada pengundian atau DEMOKRASI.. Bukankah sistem INI yang meWUJUDkan 'MALAUN' seperti Bush, Blair, Ariel Sharon dan ramai lagi 'pemBUNUH'? Malah, ada jugak PENDAPAT mengatakan bahawa Sistem Dua Parti ini diwujudkan oleh para ZIONIS NEO-CON untuk menguasai dunia..

Oleh itu, TIDAKlah mengHAIRANkan kenapa MP BEBAS dimusuhi dan TIDAK diSUKAi.. Ini kerana keWUJUDan mereka sebagai pihak KETIGA akan turut mengHALANG mereka yang berSEKONGKOL dengan para ZIONIS NEO-CON untuk MENAKLUK dunia melalui apa yang dikatakan sebagai 'New World Order'.. Malah, mereka yang bersekongkol nih bukan dalam PKR aje, dalam UMNO pun ada.. Tuh PASALlah nak MENANG jawatan parti pun TAK malu langsung guna POLITIK WANG?

Wallahualam..

1 comment:

suka perhati said...

Salam bro...
Pada saya kewujudan MP BEBAS di parlimen tu bagus, jika yang menjadi MP tu terdiri daripada orang yang betul-betul ikhlas dan ingin berkhidmat untuk rakyat.Tetapi apa yang saya nampak MP BEBAS yang duk ada di malaysia la ni terdiri daripada mereka-mereka yang telah ditendang, jadi susahlah nak diukur keikhlasan mereka, tetapi walau bagaimana pun sama-samalah kita tunggu dan tengok nanti, harap-harap tidak menjadi semakin bertambah kacau!!.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS