DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, March 13, 2010

Pok Nik 'ALAHISSALAM' puji pemimpin DAP tapi takde pulak mereka tuh masuk ISLAM?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Baru-baru ini dalam BLOGnya sendiri, Pok Nik 'ALAIHISSALAM' telah mengatakan bahawa hasil kerjasama Pas dan parti itu, DAP termasuk Pengerusinya, Karpal Singh pada masa ini sudah tidak lagi menyerang Islam.. Menurut Pok Nik 'ALAIHISSALAM', kerjasama dengan DAP melalui pakatan pembangkang juga menunjukkan perkembangan yang agak baik apabila ada pemimpinnya yang bukan beragama Islam juga sudah mula pandai membaca al-Quran..

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/36/perutusan-sempena-dua-tahun-pakatan-rakyat

KITA tidak tahu samada Pok Nik 'ALAIHISSALAM' menulis sendiri BLOGnya atau ada 'GENG ERDOGAN' yang JAHIL agama ambil kesempatan di atas keALPAan orang tua nih.. Almaklumlah, daripada GAYA tulisan tuh, langsung berBEZA dengan pendirian Pok Nik 'ALAIHISSALAM' selama ini yang menentang UMNO kerana UMNO berikat dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA, MIC dan sebagainya dalam BN.. Bukankah itu pendirian Pok Nik dan jugak PAS selama ini? Bukankah kerana itulah PAS sebelum ini beriya-iya hendak menegakkan Islam melalui HUKUM HUDUD dan sebagainya?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_17.htm&arc=hive

Mungkin kerana faktor USIAnya dan jugak kerana ALLAH SWT ingin memberi kita peringatan, maka diperlihatkanlah olehNYA bagaimana sikap SONGSANG Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang semakin jelas sejak akhir-akhir ini.. Itu pun masih RAMAI Lebai-Lebai SESAT dalam PAS enggan menyedari dan memilih untuk KEKAL dalam keSONGSANGan yang di bawak oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM'.. Agaknya pada anggapan para Lebai PAS ini, selama 1400 tahun Islam berkembang atas muka bumi ini, semua ULAMA adalah JAHIL kecuali Pok Nik 'ALAIHISSALAM'..

Sebab itu TIDAK hairanlah kenapa Mufti Perak di tempelak oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' apabila beliau cuba menganjurkan perpaduan sesama umat Islam tetapi Pengerusi DAP yang pernah mengatakan "over my DEAD body" terhadap Hukum HUDUD, para pemimpin DAP yang sensitif mendengar suara AZAN, mempersoalkan pembinaan masjid, pengharaman ARAK, rumah URUT, penggunaan nama Allah SWT oleh agama lain dan sebagainya disanjung sebegitu MULIA oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM'?

Sebab itu tidak hairanlah Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dilihat menentang pihak-pihak yang ingin memperTAHANkan Islam seperti MP Kulim Bandar Baharu, Mufti Perak dan ramai lagi sebaliknya Pok Nik 'ALAIHISSALAM' pulak mempertahankan para pembuat MAKSIAT seperti MP DUN Bukit Lanjan yang besekedudukan dengan 'JANTAN SIMPANAN' dan Penasihat PKR yang kali ini diDAKWA kerana KES 'menJUBOR' orang? Malah Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dilihat mengHALALkan sahaja perbuatan MP 'KOMUNIS' di Perak yang memperMAINkan ayat-ayat Al Quran sesuka HATI tanpa mereka berIMAN dengan Al Quran?

TETAPI......

Yang PELIKnya, walaupun Pok Nik 'ALAIHISSALAM' begitu MEMUJI dan MEMUJA para pemimpin DAP, TIDAK PULAK NAMPAK PARA PEMIMPIN DAP ITU CUBA MASUK ISLAM atau 'CONVERT'? Apa dah JADIK nih Pok Nik 'ALAIHISSALAM'? Takkan beTEPUK sebelah tangan aje kot? ADA ke para pemimpin DAP yang disanjung Pok Nik 'ALAIHISSALAM' telah masuk ISLAM hasil hubungan silaturrahim dengannya? Ada? Karpal? Lim Kit Siang? Lim Guan Eng? Teresa Kok? Ngeh? Nga? Chong Eng? ADA ke? Takdenya nak kena 'POTONG ANU' tuh kalau masuk Islam..

Kat sini saja kita dah boleh buat penilaian apa sangat TARAF Pok Nik 'ALAIHISSALAM' tu pada pandangan para pemimpin DAP.. Nampak sangat Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang terHEGEH-HEGEH sedangkan para pemimpin DAP langsung tak PEDULI pun dengannya.. Pok Nik 'ALAIHISSALAM' cuma akan diSANJUNG oleh mereka jika mereka menghadapi keSULITan untuk berhadapan dengan ISU yang berkait dengan orang Melayu atau agama Islam.. Masa tu lah Pok Nik yang suka diPUJI nih mendapat pujian pun..

KIRANYA POK NIK 'ALAIHISSALAM' YANG DI SANJUNG BEGITU HEBAT OLEH LEBAI PAS HINGGA BOLEH TENTUKAN SIAPA MASUK SYURGA ATAU NERAKA NIH SEBENARNYA CUMA TAHAP BALACI AJE PADA PARA PEMIMPIN DAP NIH..

Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan tak nak ke kategorikan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' ni sama seperti Ayah PIN atau Rasul Kahar tuh? RASAnya ramai ahli-ahli Majlis Fatwa yang ILMUnya jauh lebih tinggi dari Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang belajar kat Deoband, INDIA? Tapi semuanya PAKAT menikus walaupun Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dah SONGSANG sampai tahap macam ni? Macam ni ke kata ULAMA PEWARIS NABI?

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Tepung dgn Kunyit jika di letak dekat-dekat, lama-kelamaan hilang keputihan tepung kerana kekuningan kunyit. Tepung tak berguna lagi.

Begitulah akan berlaku pada Kelantan dan MB nya nanti.

Anonymous said...

tak usah lah harap orang DAP ni masuk Islam..

Kat 20 tahun PAS memerintah Kelantan, nak tanya berapa ramai orang asli kat Gua Musang yang masuk Islam?

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS