DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, March 27, 2010

Nampaknya BN akan masuk gelanggang PRK Hulu Selangor tanpa membuang sikap ANGKUH, tidak MESRA dan gila PUBLISITI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

AL-FATIHAH untuk arwah MP Hulu Selangor Dato Zainal Abidin..

Akhirnya berlaku lagi pilihanraya KECIL(PRK) yang ke-10.. Setakat ini keputusan PRK antara BN dan Pakatan Rakyat(PR) adalah 1-8.. PR menang 8 PRK dan BN hanya menang satu di DUN Bagan Pinang.. Selepas KALAH banyak kali, sudah tentu BN mahu mengulangi kemenangannya untuk menjadikan keputusan 2-8.. APA pun BN harus memikirkan percaturan terBAIK untuk memenangi pilihanraya KALI ini..

Merujuk kepada peratusan pecahan PENGUNDI, Parlimen Hulu Selangor mempunyai peratusan pengundi Melayu seramai 53.9%, diikuti pengundi Cina seramai 26.7%, pengundi India seramai 19% dan selebihnya lain-lain kaum.. Hulu Selangor seHARUSnya menjadi kawasan MUDAH untuk BN memenanginya.. Calon BN pada pilihanraya UMUM lepas, G. Palanivel hanya KALAH dengan perbezaan UNDI sebanyak 168 undi sahaja.. Malah, 3 DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dikuasai oleh BN.. Jadik, secara CONGAKkan di atas kertas, BN tidak bermasalah untuk merampas kembali kerusi Parlimen tersebut..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/26/nation/20100326123650&sec=nation

Namun, itu hanya CONGAKkan di atas kertas dan secara rambang.. Apa pun pilihanraya, faktor ISU dan SENTIMEN pasti akan menentukan keputusan.. SOALnya kali ini, faktor tersebut memihak kepada SIAPA? BN atau PR? Malah, kalau komposisi KAUM diambil kira, nyata sekali pengundi di sana mahukan calon bangsa Melayu dari UMNO mewakili mereka.. Jadik, mahukah MIC yang sebelum ini meletakkan calonnya bertolak-ansur dan memberikan ruang kepada UMNO yang dilihat lebih 'BERKEMAMPUAN' untuk memenangi Parlimen Hulu Selangor?

Kalau diLIHAT daripada kenyataan 'ANGKUH' Presiden MIC dan Ketua Pemudanya, nampaknya sekali lagilah UMNO kena telan KELENTONG mereka.. MIC dilihat mendesak agar kerusi Parlimen tersebut diberikan kepada mereka walaupun setakat ini, MIC tidak pernah dilihat berjaya mengembalikan sokongan KAUM India terhadap BN.. Malah, kaum-kaum lain semakin MELUAT dengan melihat keANGKUHan kepimpinan MIC yang kuat berlagak, cakap BESAR dan tidak berpijak di bumi nyata.. Inilah BAHAYA yang menanti BN di sana..

Tambahan pulak, ramai masih lagi mengingati bagaimana sikap para pemimpin MIC yang sebegitu MUDAH menghina pemimpin KAUM lain khususnya pemimpin Melayu yang banyak JASA seperti Tun Dr. Mahathir.. Jangan kita LUPA kenyataan para pemimpin MIC seperti di bawah:-

1) Kenyataan Presiden MIC terhadap Tun Dr. Mahathir:
http://detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=3765

2) Kenyataan Timbalan Presiden MIC terhadap Tun Dr. Mahathir:
http://besonline.rtm.gov.my/details.php?id=1721&pageno=79&field=na_Title&order=DESC&title=National

3) Kenyataan Ketua Pemuda MIC terhadap Tun Dr. Mahathir:
http://www.mmail.com.my/content/13440-stop-being-mouthpiece-mic-youth-chief-told

IBARAT kata pepatah Melayu - Diberi SUSU dibalas TUBA.. Inilah SIKAP Pemimpin MIC yang mahukan mereka diberi pengiktirafan sebagai pemimpin oleh kaum-kaum LAIN? Adakah mereka INI mampu mengembalikan sokongan KAUM lain terhadap calon parti mereka sedangkan kaum mereka sendiri pun ENGGAN menyokong mereka?

Sebab itu ramai yang MELIHAT bahawa ada yang masih belum BERES dalam BN.. Mampukah DS Najib 'mengawal' mereka yang di luar KAWALAN ini? Sedangkan Ketua Pemuda UMNO yang jelas mengamalkan POLITIK WANG dalam partinya sendiri pun GAGAL diambil tindakkan oleh kepimpinan UMNO bahawa DS Najib? Jangan fikir slogan 1 MALAYSIA boleh menyelesaikan ISU pemimpin yang berMASALAH dan memberikan MASALAH.. Itu yang RAKYAT tengah dok perhatikan..

BN sebenarnya GAGAL memahami apa yang tersirat melalui kemenangan di DUN Bagan Pinang.. Apa yang dimahukan oleh RAKYAT sebagai pengundi ialah seorang wakil atau pemimpin yang PRIHATIN, mesra rakyat, berwibawa dan TIDAK angkuh.. Bukannya pemimpin yang dok sibuk cari PUBLISTI murahan, gila GLAMER, kumpul harta dan jarang tunjuk MUKA di kawasan sendiri.. Inilah PERSEPSI yang rakyat nampak terhadap para pemimpin BN.. Tok sah dok kata dalam parti komponen aje, dalam UMNO sendiri pun masih ada lagi jenis PEMIMPIN macam tu..

Sehingga hari ini, BN gagal menguruskan dan memperbaiki PERSEPSI sedemikian terhadapnya.. INI kerana SALAH dipihak BN sendiri yang ENGGAN menolak para pemimpin sedemikian RUPA semasa pemilihan peringkat parti masing-masing.. Malah mereka nih dipilih pulak sebagai pemimpin parti?

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Percaya Najib masih ingat dengan kata2nya selepas kemenangan di BaganPinang. Katanya calun yang diterima rakyat akan dipilih.

Masakini pemimpin2 Keling-Pundek MIC tidak diterima rakyat lagi. Hal ni cukup jelas.

Walaupun banyak 'hantu' di kalangan Umno & BN, harap Najib tenang dan bijak membuat keputusan.

InsyaAllah BN akan menang.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS