DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, March 05, 2010

Tak habis-habis dia nih perasan macam dia tuh BAGUS sangat-sangat?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sejak akhir-akhir INI, kita dapati PESALAH POLITIK WANG yang dimaksudkan smakin 'GALAK' mempromosikan DIRInya sendiri menerusi media seperti akhbar.. Malah, kalau dulu pandangan Timbalan Ketua Pemuda yang sering keluar media mewakili Pemuda UMNO, sekarang ini Datuk Razali dilihat semakin SENYAP pulak.. Dah kena 'SOUND' dengan PESALAH POLITIK WANG la tu pasal menonjol lebih-lebih kot? HE!HE!HE!

Hari ini dalam Utusan Malaysia, PESALAH POLITIK WANG ini mengatakan Pakatan pembangkang akan terus mengalami masalah dalaman jika Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.. Atas apa DALIL yang membuatkan dia berpandangan sedemikian, kita pun TAK tahu.. Adakah PESALAH POLITIK WANG ini merasakan dia jauh LEBIH baik dan lebih 'BERSIH' berbanding Penasihat PKR? KAH!KAH!KAH!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm

Kalau kita BACA dengan TELITI kenyataan PESALAH POLITIK WANG nih dalam pautan di atas, nampak sangat dia nak 'PROVOKE' orang tapi masalahnya orang yang dia nak 'PROVOKE' tuh pun akan GELAK guling-guling bila baca kenyataan dia tuh.. Nampak sangat tak reti 'COVER LINE', DANGKAL dan CETEK ilmu..

Pertama sekali, bukan URUSAN dia mahu pun UMNO untuk menentukan siapa Ketua Pembangkang.. Semuanya ada dalam peraturan Dewan Rakyat.. Biarlah mereka sendiri tentukan? Bukankah BN sendiri dah keluarkan kenyataan bahawa BN tidak ada KAITAN dengan kemelut yang melanda pembangkang ketika ini? Apa SEBAB malaun PESALAH POLITIK WANG nih nak menyibuk? Dah KEMARUK sangat nak jawatan MENTERI ke?

Seperti BIASA, kenyataan dia nih PASTI akan menikam balik BN atau UMNO.. Tambah pulak jika kenyataannya itu tergantung atau tak habis.. Mungkin malaun PESALAH POLITIK WANG nih sengaja berbuat demikian untuk menyusahkan UMNO agaknya.. Almaklumlah, setiap KALI dia buat kenyataan macam tuh, yang akan menJAWAB bagi pihaknya adalah pucuk pimpinan UMNO sendiri! HE!HE!HE!

Kenapa malaun PESALAH POLITIK WANG nih TIDAK pulak merasakan dia adalah PUNCA masalah DALAMAN dalam UMNO dan BN? Kenapa AGAKnya dia TIDAK merasakan bahawa kemerosotan UNDI terhadap UMNO dan BN dalam pilihanraya tahun 2008 lepas adalah disebabkan dia yang menjadi PUNCA? Adakah BN dan UMNO berpandangan bahawa mereka akan kembali meraih SOKONGAN rakyat jika malaun PESALAH POLITIK WANG ini diKEKALkan dalam UMNO? Cuba SEBUT satu aje perkara BAIK yang dia lakukan terhadap UMNO dan BN tanpa sebarang usaha untuk meraih PUBLISITI MURAHAN.. Ada?

PERSEPSI rakyat terhadap UMNO dan BN sebenarnya langsung TIDAK berubah pun selagi malaun PESALAH POLITIK WANG ni dibiarkan berMAHARAJALELA.. Semua maklum bagaimana CARA dia menang jawatan Ketua Pemuda UMNO.. Bagaimana pencalonan UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian menyaksikan malaun PESALAH POLITIK WANG ini berada dalam kedudkan TERCOROT berbanding PESAINGnya, tiba-tiba dengan sedikit 'MANIPULASI' semasa pemilihan di PWTC, terus dapat jadik Ketua Pemuda? Kalau tak, takkanlah dia diSABITkan bersalah dengan keSALAHan POLITIK WANG?

Wallahualam..

5 comments:

Anonymous said...

isshh..isshhh...isshhh!!!

Anak Omak kata "Pengekalan Anwar sebagai ketua pembangkang akan bawa masalah kepada Pakatan".

Aku percaya akhbar tersilap cetak. Tak sengaja.

Sepatutnya "Pengekalan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia akan bawa masalah kepada Barisan Nasional".

Takpe ... aku yakin akan ada media lain buat pembetulan.

Bujang.

Anonymous said...

kami sokong KJ

Skandal Politik said...

Salam bro,

Semua orang benci beruk itam goyang pokok.

semua orang maki-hamun beruk itam klik sini

Sang Guna said...

salam bro,
aku akan sokong satu je tindakan kj, iaitu klu dia letak jawatan KP dan berambus dari umno.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Malaun PESALAH POLITIK WANG ini hanya TAHU menimbulkan ISU kemudian menyorok bawah KETIAK mak dia, BIAR orang lain tolong JAWABkan untuknya..

Kalau tak de PUBLISITI, orang akan LUPAkan dia.. Biasala.. Perangai GILA GLAMOR ala-ala artis! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS