DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, March 31, 2010

Presiden MIC dan Mursyidul AM PAS sebenarnya perangai mereka SAMA sahaja..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

APA bezanya antara kedua TOKOH POLITIK ini? Seorang adalah Mursyidul AM PAS merangkap MB Kelantan iaitu Pok Nik 'ALAIHISSALAM', sementara seorang lagi adalah Presiden MIC sebuah parti KOMPONEN dalam BN yang KONONnya mewakili kaum India bernama Samy Vellu.. Apakah BEZA antara mereka berdua? Jawapannya adalah mereka berdua SAMA baik dari segi keANGKUHan, 'ARROGANT' mahu pun suka MAIN lepas cakap tanpa memikirkan sedikit pun AKIBATnya.. Itulah dia dua TOKOH POLITIK yang saling menghancurkan kaum masing-masing dengan kenyataan MULUT mereka..

Samy Vellu dilihat begitu menDESAK agar kerusi Parlimen Hulu Selangor yang KOSONG diwakili oleh Timbalannya G.Palanivel yang sebenarnya telah pun KALAH dalam pilihanraya UMUM baru-baru ini.. Malah, dia meminta atau 'MEMAKSA' pula agar sokongan diberikan kepada CALON pilihannya walaupun orang yang SAMA telah diTOLAK oleh pengundi semasa pilihanraya umum lalu.. Dia menyatakan KONONnya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.. KeANGKUHan pemimpin parti komponen sebegini adalah LAZIM dalam BN.. SOALnya, sekarang INI siapakah yang masih PERCAYAkan kata-kata Samy Vellu sedangkan KAUMnya sendiri pun tak SOKONG dia??

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Inilah DILEMA yang harus dihadapi oleh UMNO sebagai penaraju utama dalam BN.. UMNO terpaksa meminta pengundi-pengundi Melayu agar memberikan SOKONGAN kepada rakan-rakan KOMPONEN seperti MCA dan MIC yang langsung tidak pula memberikan KERJASAMA sebaliknya kepada UMNO.. HAKIKAT ini sebenarnya disedari oleh majoriti pengundi Melayu yang selama ini menyokong UMNO.. Malah, keadaan ini menjadi lebih BURUK apabila UMNO dilanda gejala POLITIK WANG yang dibawak oleh Ketua Pemudanya hingga menyebabkan orang Melayu rasa MELUAT nak bagi undi kepada UMNO.. Ini menyebabkan parti komponen seperti MCA dan MIC menyalahkan UMNO kerana mereka TIDAK lagi menerima sokongan seperti sebelumnya..

Kita cukup YAKIN kemelut ini akan berterusan dalam BN.. Ini kerana orang Melayu merasakan UNDI mereka telah diKHIANATI oleh pemimpin-pemimpin yang TIDAK sepatutnya dalam BN.. Manakala parti komponen dalam BN yang selama ini menerima sokongan orang Melayu untuk MENANG pilihanraya pulak menyalahkan UMNO kerana orang Melayu TIDAK mengundi mereka.. Dijangkakan SLOGAN '1 MALAYSIA' tidak mampu menyelesaikan masalah INI kerana selama ini pun hanya orang Melayu yang terpaksa menghayati slogan tersebut.. Kaum-kaum atau para pemimpin bukan Melayu dalam BN pulak memperlatakan SLOGAN ini untuk terus 'MENEKAN' orang Melayu melalui TUNTUTAN yang bukan-bukan..

****************************************************

Kita berbalik pulak kepada seorang lagi TOKOH POLITIK yang sama tahap dengan Samy Vellu dalam bab MERAPU nih.. Pok Nik 'ALAHISSALAM' telah sekali lagi dengan JAYAnya terpilih kembali sebagai Mursyidul AM PAS baru-baru INI.. Walaupun Pok Nik sendiri menyatakan DIA sudah tak LARAT lagi nak melaksanakan TUGASnya atas faktor kesihatan, Lebai-lebai PAS tetap memilihnya jugak.. Sedangkan Nabi SAW pun pernah suruh Sayyidina Abu Bakar ganti jadi Imam SOLAT semasa baginda UZUR.. Fidel Castro pun bila dah tak larat suruh ADIK dia ganti jadik Presiden CUBA..Sebelum INI bukan MAIN lagi Lebai PAS mengata Tun Mahathir KONONnya ingin jadi PM sampai akhir HAYAT, rupanya Pok Nik JAUH lebih HEBAT lagi.. Silap-silap dah masuk ICU pun masih dipilih jugak oleh Lebai PAS..

APA pun, samada Pok Nik 'ALAHISSALAM' dilantik semula atau TIDAK, ianya langsung TIDAK mengubah PERSEPSI bahawa Lebai PAS memang DUNGU pun.. Pasal DUNGU nih memang bawaan sendiri dan bukannya salah IBU mengandung pun.. Kita jugak TIDAK mengharapkan Pok Nik akan berubah atau menjadi ULAMA sejati yang menganjurkan kepada perpaduan sesama UMAT Islam.. Sudah tentu ianya TIDAK akan berlaku.. Kerana KUASA atau NAFSU POLITIK, orang boleh lupa hatta ibu mereka sendiri.. Apatah lagi Pok Nik yang lebih 20 tahun bergelumang dengan KUASA dan NAFSU POLITIK sebagai MB Kelantan..

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25752:bantu-saya-jayakan-misi-bersama-pakatan-rakyat-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Tambahan PULAK Pok Nik sendiri menyatakan DIA mahu menjayakan MISInya bersama PR untuk mengejar KUASA.. Ye la.. Peranan Pok Nik dalam PR ni pun bukannya KECIK.. Besar tu peranan dia:-

-> ADUN Bukit Lanjan yang BERSEKEDUDUKAN pun boleh dia 'BERSIH'kan?
-> Orang KAFIR baca Al Quran untuk memperlekehkan orang Islam LAIN pun dia BENARkan?
-> Penasihat PKR yang terlibat KES 'menJUBOR' pun dia BELA?
-> Nama ALLAH SWT pun Pok Nik relakan untuk diKONGSI dengan orang KAFIR yang ingin meMURTADkan orang Islam?
-> Itu tak masuk lagi kebenaran untuk bersekutu dengan SETAN, HAK boleh tentukan siapa ke SYURGA atau NERAKA, siapa KAFIR atau ISLAM dan banyak lagi..
-> Apa dah JADIK agaknya dengan Hukum HUDUD, Syariah dan lain-lain?

Seluas-luas dunia Islam, memang tak akan JUMPA orang macam Pok Nik nih.. Pasal, kalau kat Pakistan, Afghanistan atau mana-mana negara Timur Tengah, dah lama dah jadik sasaran PENGEBOM berani mati..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS