DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, March 18, 2010

Jika DS Zahrain BERANI bongkar kisah Penasihat PKR, kenapa UMNO tak BERANI nak bongkar kisah Pembawak Passportnya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Jelas sekali ada ADEGAN yang 'SERONOK' kita LIHAT apabila DS Zahrain menyerang Penasihat PKR dalam Dewan Rakyat semalam.. Malah, HARI ini jugak kita 'SERONOK' melihat dua orang ber'SHORT-FORM' "KP" dalam UMNO turut sama terKINJA-KINJA macam BEROK konon-kononnya nak turut SAMA membantai Penasihat PKR.. "KP" yang diMAKSUDkan ialah "KETUA PEMUDA UMNO" dan "KETUA PENERANGAN UMNO".. Biasalah.. Bila lagi nak tumpang SEKAKI? Walhal yang memBANTAI Penasihat PKR semalam dan HARI ini sebenarnya bukan orang UMNO atau BN pun! Namun, dek kerana MUKA TEBAL dan tak TAHU malu, maka seperti BIASA diorang pun menyibuk samalah untuk cari PUBLISITI MURAHAN.. Cubalah cipta ISU walaupun orang tak LAYAN..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_71505f8b-7f000010-175b7f90-fd8be8ef

Apa yang dibangkitkan oleh DS Zahrain untuk membantai Penasihat PKR dan konco-konconya dalam Dewan Rakyat semalam adalah sesuatu yang boleh diBERIkan pujian.. Selama INI tidak pernah ada MP UMNO mahu pun BN yang sedemikian BERANI memBANTAI Penasihat PKR sedemikian rupa.. Malah dua-dua "KP" yang dimaksudkan tu pun setakat ini cuma buat PROVOKASI murahan yang langsung tak diLAYAN sebelah mata pun.. Nasibla MEDIA MASSA yang dikuasai kerajaan bagi jugak publisiti murahan terhadap mereka.. Kalau TAK, maunya SASAU bercakap secara 'One Side' aje.. HE!HE!HE!

Kita pun PERASAN apabila PM diserang habis-habisan oleh Penasihat PKR dan konco-konconya, dua-dua "KP" ni pun sekadar BAGI ulasan untuk ambik HATI 'BOSS' aje.. Janji keluar dalam sikit akhbar atau keluar sekitar 30 saat dalam berita TV pun cukupla.. Apa yang PENTING, nama diorang dah disebut dalam MEDIA.. ITUlah dia tahap KUALITI 'mengKAGUMkan' yang dimilikki oleh "KETUA PEMUDA UMNO" dan "KETUA PENERANGAN UMNO" yang meLOYAkan tekak rakyat.. Sebahagian besar FAKTA yang mereka sebut tu pun bukannya dicari sendiri, malah BANYAK yang dikutip dari BLOG, internet dan sebagainya..

Sebenarnya UMNO dan BN patut rasa MALU kerana terpaksa bergantung kepada Ahli Parlimen BEBAS untuk membantai Penasihat PKR dan konco-konconya.. Terutama sekali UMNO, sudahla tak BERANI, malah nak bagi KREDIT kepada Ahli-Ahli Parlimen BEBAS pun keberatan.. Dah la tu, bila ada Ahli Parlimen BEBAS yang nak mempertahankan perkara-perkara yang terMAKTUB dalam Perlembagaan Negara, ada pulak yang cuba SABOTAJ mereka? Kita TIDAK lupa bagaimana demonstrasi membantah campur tangan MP Australia dalam KES menJUBOR sebelum ini di'HIJACK' oleh Pemuda UMNO tanpa ada sedikit pun rasa MALU? Orang lain buat kerja, orang lain yang dapat KREDIT..

Kalau DS Zahrain BERANI bongkarkan kisah Penasihat PKR, kalau BLOGGER Kickdafella pulak BERANI bongkarkan kisah Dewata Raya PAS Pok Nik 'ALAIHISSALAM', apa kata UMNO pulak mengambil langkah BERANI dengan memBONGKARkan pulak kisah Pembawak PASSPORT kepada Penasihat PKR? Jangan BUAT-buat tak TAHU pulak siapa yang dimaksudkan.. Semua tahu semasa Penasihat PKR dibebaskan dari jel Sungai Buloh, ada seorang 'MALAUN' tuh yang bukannya Pegawai Imigresen, bukan Menteri KDN malah takde jawatan apa-apa pun tiba-tiba aje terhegeh-hegeh pergi HULURkan passport kepada Penasihat PKR..

Apa sebab 'MALAUN' tuh berbuat demikian? ITUlah yang kita tuntut agar UMNO berani BONGKARkan kisah disebaliknya.. Biar terBONGKAR segala apa perancangan yang telah mereka lakukan untuk menJATUHkan negara ini kepada kuasa asing.. Biar terDEDAH segala perSEKONGKOLan yang cuba mereka sembunyikan selama ini.. Biar UMNO sendiri memahami kata-kata bekas PM ke-4 bahawa UMNO tidak akan dihancurkan dari luar sebaliknya UMNO akan diLEMAHkan dari dalam.. SOALnya berani ke UMNO nak BONGKARkan kisah 'MALAUN' yang dimaksudkan tu? Atau setakat BERANI gebang belakang TABIR aje? HE!HE!HE!

Wallahualam..

5 comments:

Anonymous said...

Mana Nazri aziz?, mana noh omar? mana Bung mokhtar? mana mohamad aziz seri gading? bongkar la kalau u all ada telor...

Anonymous said...

Najib ada kat sini !

Hishamuddin ada kat sini !

Dua-dua dok melutut kepada anjing-anjing yang sedang menyalak sakan !

Anonymous said...

Umno le ni..... sedih dan memalukan ! Sesama Melayu bukan main tunjuk belang konon dialah pejuang Melayu.
Tapi bila cina biadap, sekor pun tak berani nak bersuara ...

Makin lama makin hilang telor Umno. Kalau inilah yang Najib namakan pembaharuan Umno, memang baru pun kerana Umno zaman TDM cina tak berani angkat muka. Pembaharuan sekarang Umno pula yang tak berani angkat muka !

Anonymous said...

Haji Kitol Jamaludin A/L Abu Bakar... layak dipanggil Bangkai-Bernyawa ... busuk ... malah membusukkan.

Bangsat sungguh keturunan Exco2 Pemuda Umno. Sudah tahu siBangkai-Bernyawa bernama Haji Kitol Jamaludin A/L Abu Bakar membusukkan, tetapi sanggup membapok kan diri, sanggup membarua kan diri.

Takkan ni pun Exco2 Pemuda tak reti-reti.
Takkan ni pun nak di ajar.
Takkan ni pun nak di bayar.

Kharrrgghhh ....Ptttuiii !!!

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Itulah yang memBEZAkan siapa sebenarnya petualang..

Kita hairan UMNO masih cuba bermain POLITIK bukan dengan lawan sebaliknya dengan RAKYAT khususnya orang Melayu..

Jangan terkejut jika PRU13 nanti makin ramai MP BEBAS yang muncul..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS