DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, March 29, 2010

Apa mesej TERSIRAT yang UMNO perlu faham menerusi Perhimpunan Agung PERKASA dan Pemilihan MCA..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PERKASA baru sahaja selesai mengadakan Perhimpunan Agung mereka yang PERTAMA di PWTC semalam.. Hari ini pulak, MCA yang merupakan rakan UMNO dalam BN sejak sebelum MERDEKA lagi telah sekali lagi mengadakan pemilihan baru untuk kepimpinan parti mereka.. Kedua-dua pertubuhan INI masing-masing menghimpunkan ahli-ahli mereka dan mereka jugak SEBENARnya cuba menyampaikan sedikit MESEJ tersirat kepada UMNO dan rakan-rakan parti lain dalam BN sebenarnya..

PERHIMPUNAN AGUNG PERKASA

Kejayaan PERKASA menghimpunkan seramai 10 ribu lebih ahlinya di PWTC sebenarnya amat mengagumkan.. Malah, jelas sekali PERKASA berjaya mencapai OBJEKTIFnya untuk menyatu-padukan orang Melayu dan Bumiputera di bawah satu pertubuhan NGO.. Walaupun kedengarannya agak JANGGAL terutamanya pada ahli-ahli UMNO, namun kalau dibandingkan dengan kaum CINA yang ada DONG JIAO ZHONG atau kaum INDIA yang ada HINDRAF yang jugak berselindung disebalik nama NGO, maka kewujudan PERKASA seharusnya dialu-alukan oleh orang Melayu..

Jika UMNO boleh TUNDUK kepada NGO-NGO bukan Melayu untuk memenuhi tuntutan berasaskan KAUM mereka sendiri, apakah SALAH pulak jika NGO-NGO Melayu pulak bersatu dan menuntut agar mereka tidak 'DITUNDUKKAN' hanya kerana hendak memenuhi desakan kaum-kaum tertentu? Seharusnya itu adalah tugas UMNO yang kena mempertahankan kepentingan Melayu? Malangnya, sejak UMNO 'DICEMARI' oleh golongan-golongan yang menDEWA-DEWAkan lulusan OX-BRIDGE walaupun mereka hanya lulusan Sains Politik aje.. Pendekatan 'ALA-Penjajah' yang dibawak oleh mereka menyebabkan UMNO semakin jauh daripada HATI orang Melayu sendiri..

TEPAT sekali nasihat Tun Dr. Mahathir bahawa UMNO jangan mengetepikan orang Melayu.. Malah saranan Presiden PERKASA yang meminta agar UMNO tidak meMUSUHi PERKASA jugak seharusnya dipandang serius oleh pucuk-pimpinan UMNO.. Kita YAKIN ramai dalam UMNO yang tidak menganggap PERKASA sebagai MUSUH.. Namun, kita jugak menjangkakan ada ahli-ahli UMNO yang jenis 'CARI MAKAN' melalui parti dan pengamal POLITIK WANG yang akan memusuhi PERKASA.. Terpulang kepada UMNO sendiri samada nak ikut kehendak yang dua tiga KERAT ini atau UMNO dipinggirkan oleh orang Melayu..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

PEMILIHAN SEMULA PARTI MCA

Walaupun MCA telah selesai mengadakan pemilihan semula kepimpinannnya, kita menJANGKAkan MCA akan terus bergolak.. INI kerana keMENANGan yang diperolehi oleh pihak yang MENANG adalah TIPIS dan masih lagi melambangkan MCA masih berpecah-belah sesama sendiri..

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=486013

Malah pemilihan Presiden Baru MCA yang pernah menghadapi KES Video SEKSnya dijangka akan menyukarkan rakan-rakan dalam BN untuk menunjukkan yang BN bersih dari AKTIVITI tidak berMORAL.. Walaupun pada KAUM yang menyokong MCA, mereka beranggapan KES seksual seseorang pemimpin mungkin lebih REMEH berbanding dengan KES penyelewengan melibatkan DUIT seperti KES PKFZ, tetapi pada pandangan rakyat, dua-dua KES ini sama aje.. Rakyat menilai MORAL seseorang pemimpin, jadik seseorang pemimpin seharusnya 'BERSIH DAN KELIHATAN BERSIH'..

JIKA sebelum ini, MCA boleh menyalahkan UMNO kerana menyimpan pemimpin yang berSALAH POLITIK WANG dalam parti hingga menyebabkan kaum-kaum yang selama INI menyokong MCA dan MIC menolak terus BN.. Maka kali ini UMNO mungkin boleh angkat kepala sedikit dengan MCA pasal mereka pun 2X5 jugak bab pilih pemimpin parti sendiri.. Agaknya, SIAPA lagi yang boleh UMNO harapkan sebagai rakan dalam BN? MIC? Gerakan? PPP? Kesemuanya mempunyai PEMIMPIN yang bermasalah dan diketahui RAKYAT yang mereka memang bermasalah..

UJIAN pertama selepas ini untuk BN dan Pakatan Rakyat(PR) adalah pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.. Inilah masanya untuk kedua-dua belah pihak menguji SENTIMEN rakyat terhadap kumpulan masing-masing.. SENARIO politik ketika INI jelas bercelaru dan TIDAK menyebelahi mana-mana pihak.. TIDAK ada satu PIHAK pun yang boleh mendakwa mereka lebih 'BERSIH' atau lebih 'BERMORAL' berbanding lawannya.. Yang kasihannya ialah RAKYAT le.. Terpaksa bergantung kepada NGO untuk membela mereka mengikut KAUM masing-masing..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS