DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, April 12, 2012

Rupanya bukan MANUSIA aje yang mengHADIRi perTABALan DYMM YDP AGONG semalam..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Rupa-rupanya perTABALan DYMM Sultan Kedah sebagai YDP AGONG seMALAM turut mengundang satu jenis penCEMARan di dalam MAJLIS gilang-GEMILANG tersebut.. NAMPAKnya masih RAMAI yang belum tahu bahawa MAJLIS yang nampak SEMPURNA depan kamera TV ini sebenarnya telah diCEMARi oleh KELAKUAN 'BEROK' segelintir PEMIMPIN PR termasuk yang ber'IC' No. 71 dan kini menJADI MP Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.. Apa pun, TIDAK perlu diHAIRANkan kerana IBU kandungnya SENDIRI pun boleh dia DERHAKA, apa lagi dengan para SULTAN yang tak ada KAITAN?

Menurut Dr RAHMAN Kadir yang turut mengHADIRi MAJLIS tersebut dan keBETULan berada pulak berDEKATan para 'BEROK' ini,

"Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, "Bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia." Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut "Menteri Wanita" dan hilaian tawa berterusan.
"

Mungkin keJAHILan para 'BEROK' ini kerana mereka sememangnya TIDAK tahu cara menjadi RAKYAT di NEGARA ini.. Selanjutnya, Dr. RAHMAN menambah,

"Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, "Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah." Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, "I don’t care".

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, "Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar" sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.
" ->KLIK<-

Jelas sekali dari AWAL lagi TUJUAN keHADIRan para 'BEROK' ini sebenarnya bukan sebagai mengHORMATi MAJLIS dan tentunya INSTITUSI Beraja MELAYU.. Bukankah selama ini DYMM Sultan Selangor dan Sultan PERAK meRUPAkan MUSUH utama mereka dalam beberapa KRISIS di kedua-dua buah NEGERI tersebut? Apa kata RAKYAT di kedua-dua buah NEGERI tersebut? Pujian terhadap DYMM Sultan KELANTAN pulak TIDAK lebih sekadar mengambil HATI Lebai-Lebai PAS seperti Khalid GEREJA sahaja.. Bukannya IKHLAS mana pun.. Soalnya, wajarkah KELAKUAN para 'BEROK' ini diBIARkan?

Di sini kita INGIN tahu apakah Kerajaan PUSAT atau Kerajaan NEGERI Selangor dan PERAK hanya berDIAM diri apabila DYMM SULTAN masing-masing diHINA? Kita PERCAYA terdapat lebih daripada rama SAKSI selain Dr. RAHMAN ini yang menyaksikan para perlakuan 'BEROK' ini.. Apakah pihak kerajaan sekadar mampu mengGELENGkan kepala atau turut sama mengANGGUK atas perbuata para 'BEROK' ini? Apakah pihak kerajaan TIDAK mampu untuk berTINDAK KONONnya kerana mereka ini ahli-ahli PARLIMEN? Apakah NEGARA ini TIDAK boleh menCONTOHi Thailand atau pun JEPUN dalam bab keDAULATan pada SULTAN?

Wallahualam..

4 comments:

Dot said...

tukang dok peghati,

kita tak perlukan manusia berkelakuan berok ni utk jadi pemimpin kita! mintak dijauhi Allah SWT selamanya...

ambo tak heran azmin ni bersikap menderhaka kpd DYDAgong, Sultan2 & Raja2 krn AZMIN MEMANG ANAK DERHAKA!!

biasanya anak derhaka takke mana langkahnya..hidup akan sentiasa dibayangi sumpahan ibu...

Anonymous said...

Azmin kan jantan dayus,anak derhaka dan bininya shamsidar betina JALANG...jadi tak payah heran lah dengan perangai kurang ajar.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anda semua TAHUkan apakah HUKUMan terhadap MELAYU yang DERHAKA kepada SULTANnya..

Anda juga TAHUkan apabila peMAKAN BABI seperti MP BATU terang-terangan mengHINA para SULTAN..

Anda juga TAHUkan bagaimana BETINA BERSIH 2.0 memperMAINkan TITAH DYMM Agong sebelum ini..

DAULATnya Sultan MELAYU kerana RAKYATnya.. Sultan adalah PAYUNG dan RAKYATlah yang diPAYUNGi Baginda.. Ini SUMPAH keramat Sang Sapurba dan Demang Lebar DAUN sejak sekian lama..

Jika ini diLANGGAR baik oleh SULTAN mahupun oleh RAKYAT seperti 'BEROK2' itu, Hilang MELAYU dari TANAH airnya.. Adakah anda sanggup KORBANkan TANAH air ini kerana 'BEROK2' itu atau anda KORBANkan 'BEROK2' itu?

Wallahualam..

Anonymous said...

Selepas PRU 13 terlalu banyak kisah penghinaan dan cerita duka yg melanda umat Islam Melayu. Kenapakah ini berlaku? Barisan Pakatan pembangkang yang kununnya mempertahankan Islam daripada kununnya dicacamerba oleh UMNO sengaja membutakan mata dan menulikan telingakah? Atau mereka ini amat jahil membaca taktik dan strategi serta membaca permainnan musuh musuh laknatullah? Apakah Tok lebai tok lebai PAS asyik msyuk dengan dakwaan mereka pasca pru 12 bahawa gerakan Islam telah berjaya menewaskan gerakan kebatilan yang dipimpin oleh UMNO sehingga masih melopongkan mulut mereka terhadap keadaan yang amat tidak menggalakkan ini? Atau mereka sememanngnya tidak mampu melakukan apa-apa?

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS