DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, April 05, 2012

Hanya perTUMPAHan DARAH menerusi 'RUSUHAN' BERSIH 3.0 sahaja MODAL PR untuk meRAMPAS KUASA di NEGARA ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita TAK tahu samada kerajaan kita terlalu BAIK atau terlalu BODOH.. Namun demikian, kerajaan sebenarnya KETERLALUAN memBERI muka kepada puak-puak 'PenJUBOR' dan RASIS di dalam PR untuk mengHURU-HARAkan NEGARA.. Sebenarnya, dari dulu lagi kerajaan TIDAK perlu pun meLAYAN TUNTUTAN mereka KONONnya PRU kita selama ini TIDAK bersih.. Sampai sekarang mereka GAGAL memBUKTIkan WUJUDnya salah-laku atau PENYELEWENGAN di dalam PRU.. Malah, jika PRU TIDAK telus, mana MUNGKIN seorang peMAKAN GAJI BUTA terSOHOR di Kelantan jadik MB selama lebih 20 TAHUN?

Ini berPUNCA kerana keLEMAHan UMNO/BN sebagai sebuah kerajaan.. UMNO/BN bukan sahaja mengABAIkan PELUANG untuk kembali meRAIH SOKONGan RAKYAT, UMNO/BN jugak telah diROSAKkan oleh puak-puak berOTAK LIBERAL yang di'SELUDUP' masuk ke dalam PARTInya.. Puak-puak berOTAK LIBERAL inilah yang menDESAK dari dalam PARTI agar UMNO/BN memberi MUKA kepada MUSUHnya seterusnya memperBODOHkan RAKYAT seolah-olah selama ini RAKYAT telah membuat PILIHan yang SALAH dengan mengUNDI UMNO/BN selama 54 TAHUN! Sedangkan RAKYAT dah lama MATANG soal ini!

Sudah tentulah apabila UMNO/BN cuba memBERIkan MUKA dengan apa yang diKATAkan pemBAHARUan proses PRU, puak-puak PR mengambil KESEMPATAN untuk memBOHONGi RAKYAT KONONnya PROSES PRU selama TIDAK telus.. Adakah puak-puak PR itu JUJUR mahukan pemBAHARUan? TIDAK.. Sudah tentu TIDAK.. Mereka pun TAHU mereka TIDAK boleh meneruskan keLANGSUNGan PEMERINTAHAN di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jika berTERUSan memBOHONGi RAKYAT.. Mereka pun TAHU pada PRU-13 nanti RAKYAT akan mengHUKUM mereka kerana keGAGALan..

Untuk mengALIHkan TUMPUAN, mereka SENGAJA meLAKUkan keKECOHan apabila USUL untuk pemBAHARUan PRU ini diBENTANGkan di dalam PARLIMEN.. ->KLIK<-

Mereka TAHU jika USUL tersebut diperSETUJUi sekalipun, mereka tetap akan KALAH pada PRU-13 kerana mereka TIDAK mampu lagi memBOHONGi RAKYAT.. Dengan KATA lain, mereka TIDAK mahu PRU atau PROSES DEMOKRASI itu berLANGSUNG kerana mereka masih GILAkan KUASA dan FOBIA untuk menerima HAKIKAT keKALAHan jika PRU diadakan nanti..

Satu-satunya CARA untuk mereka KEKAL berKUASA tanpa diAIBkan menerusi PRU hanyalah dengan meLAKUkan RUSUHAN ala-ala 'SPRING' di negara-negara ARAB.. Seperti mana BERSIH 2.0, mereka akan cuba meLAKUkan perTUMPAHan DARAH secara lebih 'REAL' setelah mereka GAGAL sebelum ini kerana PELAKON BODOH tak tahu SKRIP! Selagi DARAH TIDAK diTUMPAHkan, selagi itulah mereka akan GELISAH kerana bakal keHILANGan KUASA.. Lagi pun, dari AWAL lagi mereka TIDAK PERCAYAkan PROSES DEMOKRASI menerusi PRU kerana yakin mereka TIDAK akan dapat KUASA.. ->KLIK<-

RUSUHAN dan perTUMPAHan DARAH pasti akan dilakukan mereka.. Ini IBARAT 'RITUAL' para pemuja IBLIS yang berada di dalam BERSIH 3.0 dan jugak rakan-rakan LUAR NEGARA Penasihat PKR.. Dalam KONTEKS ini, sampai bila UMNO/BN sebagai kerajaan berSIKAP DAYUS? Apakah begitu KUAT sekali CENGKAMan puak-puak berOTAK LIBERAL dalam UMNO khususnya dalam kePIMPINan Pemuda UMNO? Sampai bila UMNO terpaksa 'ACCEPT the BLAME' yang PUNCAnya hanya TOHMAHan semata-mata? Apakah UMNO sudah HILANG SEMANGAT tahun 1946 dan 1969 serta 1977 (Kelantan) yang menyaksikan keBANGKITan RIBUan umat Melayu/ISLAM demi memperTAHANkan NEGARA? Apakah 3 JUTA lebih ahli-ahli UMNO dan semua Melayu/ISLAM nak DIAM aje?

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Dalam perancangan bersih akan di adakan sekali lagi.So...BN buatlah pada hari yang sama untuk memperjelaskan isu kalimah allah,liwat,israel dan apa apa isu yg masih belum selesai oleh pihak pembangkang.Baru kena buku ngan ruas,ni asyik biar diaorg berdemo,peniaga2 seperti saya gak yg sengsara.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS