DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, April 09, 2012

Walaupun KERAP 'MeLAWAT Wad CCU HUSM', Pok Nik tetap mahu KEKAL berKUASA..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pok Nik 'ALAIHISSALAM' lagi.. Lagi-lagi cerita Pok Nik keluar-masuk WAD.. Pada usia dah meLEBIHi 81 TAHUN, memang LUMRAH untuk INSAN seperti Pok Nik keluar-masuk WAD.. Mustahil ada manusia seUSIA Pok Nik atau pun Tun Dr. Mahathir CERGAS umpama PEMUDA berUSIA 20-an.. Dengan kata lain, keCERGASan manusia pun akan ada HADnya apabila sudah berUSIA.. Apakah Pok Nik SEDARi HAKIKAT ini? ->KLIK<-

Di dalam Al-QURAN pun ada ayat berikut yang menyatakan keBESARan Allah SWT dalam soal menentukan panjang-pendek UMUR manusia..

"Allah yang menciptakan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, ada pula antara kamu yang dikembalikan Nya kepada peringkat umur yang sangat lanjut sehingga dia menjadi tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa." (An-Nahl 16: 70)

Jelas sekali Allah SWT sendiri menyatakan HAD atau keUPAYAan manusia itu semakin terBATAS apabila USIAnya meningkat.. Apakah daya kita sebagai hambaNYA untuk cuba melawan TAKDIR dan MASA bagi mengatasi USIA tua? Apakah kita SEDAR pada USIA tua, TIDAK ada manusia akan terlepas daripada FITRAH yang telah pun diTETAPkan olehNYA? Apakah kita sedar KUASA yang diPEGANG pun akan MUSNAH apabila USIA kita semakin lanjut? Apakah HAK kita untuk KEKAL berKUASA mengalahkan FIRAUN sedangkan Nabi SULAIMAN AS pun hilang KUASAnya bila Baginda WAFAT?

Mungkin Pok Nik meRASAkan dirinya lebih tinggi keISLAMannya berbanding orang ISLAM lain seperti yang terSEMAT dalam OTAK Lebai-Lebai PAS yang DUNGU.. Mungkin sebab itulah Pok Nik meRASAkan KUASA yang diPEGANGnya selama 22 TAHUN itu LAYAK diPEGANG sampai MATI.. Sedangkan kot mana sekalipun KUASA tersebut adalah AMANAH yang perlu diPULANGkan HAKnya kepada RAKYAT setiap 5 TAHUN sekali.. Pok Nik pulak tak lebih sekadar orang tua yang cuma diAMANAHkan KUASA tersebut, bukannya memPUSAKAinya macam HAK Tok-NENEKnya turun-TEMURUN! Betul tak?

Jika diTAKDIRkan Pok Nik 'MENINGGALkan' kita (Tentunya Pok Nik akan kembali kepada PenCIPTA-NYA..), kita mungkin berSEDIH tetapi pada masa yang sama, kita jugak terpaksa MENGAKUi bahawa Pok Nik jugak GILA KUASA dan begitu GHAIRAH menjadi peMAKAN GAJI BUTA sebegitu LAMA.. Pok Nik patut SEDAR dirinya tak jauh pun BEZA dengan Hosni MUBARAK, Ben Ali, Muammar GHADAFFI atau pun Kamal ATTATURK.. Bezanya Pok Nik berTUAH kerana majoriti RAKYAT di NEGARA ini TIDAK seDUNGU Lebai PAS untuk meRUSUH terhadapnya walaupun Lebai-Lebai PAS sendiri adalah peRUSUH yang TEGAR!

Oleh kerana Pok Nik bukannya NABI atau RASUL (Walaupun ada SPESIS GILA bernama Ustaz 'BUDAK' menabalkan sedemikian), RAKYAT tetap BERHAK menuntut KUASA Pok Nik diKEMBALIkan kepada mereka.. Soalnya, apakah PILIHan Pok Nik sendiri? Kalau IKUT perangai 'GEDEBE' Kampung Kedai LALATnya, MUSTAHIL terGERAK diHATI Pok Nik untuk mengembalikan KUASA kepada RAKYAT agar buat PILIHan baru pengGANTInya? Pok Nik sendiri TIDAK mahu ada seseorang mengGANTIkannya seperti mana FIRAUN di Mesir.. Mungkin jika Pok Nik TIADA nanti, Lebai-Lebai PAS patut buat PIRAMID untuknya?

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

bagaimana pula dengan NAJIB..????

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS