DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, April 21, 2012

HINAnya UMNO kerana RAMAInya para PEMIMPIN ATASan mereka berHATI BATU!



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anda LIHATlah KLIP VIDEO tersebut.. Apa REAKSI anda terhadap KANDUNGANnya? Kita ingin seSANGAT tahu apa REAKSI orang UMNO berhubung KLIP VIDEO ini.. REMEH? Tak perlu diperBESARkan? MARAH? MengHINA? MengAIBkan? Ada aku KISAH? - Walau apa pun REAKSI, wajarkah UMNO memBIARkan sahaja PERSEPSI dan PERSPEKTIF yang cuba diSEBARkan menerusi LAGU ini? Atau seperti yang kita selalu SEBUT, ahli UMNO seRAMAI 3 JUTA orang itu sememangnya **CUL sama seperti PEMIMPIN atasan mereka? Betul ke?

Mungkin mereka yang dok ATAS tu TAK ambil KISAH pun dengan KLIP VIDEO HAMPEH sebegini.. AlMAKLUMlah, mereka yang dok kat ATAS tuh sekarang ni nak APA pun semua dapat.. Tambah pulak yang ada 'TITLE' MENTERI dalam KERAJAAN.. Perghh.. HIDUP macam tak ingat satu HARI nanti dia akan terSUNGKUR.. Walaupun diFITNAH dan diSKANDALkan oleh MAK LAMPIR sekalipun, dia RASA tak perlu buat apa-apa pasal TARAFnya sebagai PEMIMPIN UMNO dan jugak MENTERI begitu TINGGI.. Kerja JAWAB FITNAH itu hanya untuk 'MACAI' je kot? Ada FULUS semuanya BERES la kot? SENANGnya HIDUP!

Kita PERCAYA kalau diTUNJUKkan KLIP VIDEO ini kepada RAKYAT dan PENYOKONG UMNO di peringkat akar-UMBI, mereka akan MENGAUM keMARAHan.. Namun, ianya TIDAK ke mana dan SIA-SIA kerana para PEMIMPIN ATASan mereka langsung tak PEDULI pun dengan REAKSI orang BAWAHan.. Dengan kata lain, para PEMIMPIN UMNO hari ini TIDAK menyelami dalam erti kata sebenar SENTIMEN yang diRASAi oleh para PENYOKONG PARTI ini.. Sebab itulah mereka tak RASA apa bila bebudak 'DROP' mengHINA UMNO di Dataran MERDEKA, MAK LAMPIR memFITNAH ala 'HIT and RUN' dan pemBUATan KLIP VIDEO sebegini..

HATI dan JIWA para PEMIMPIN ATASan UMNO ini sudah terlalu EKSKLUSIF dan ELIT.. Mereka hanya berGAUL dengan KATEGORI atau 'KASTA' yang seTARAF mereka sahaja.. Pada mereka, ahli UMNO peringkat BAWAHan ini nilainya mengikut 'FULUS' yang mampu mereka KELUARkan.. Yang LUCUnya tuh, mereka cuba mengGAMBARkan KONONnya mereka berPERANAN dalam kerajaan dengan terLIBAT mengGUBAL segala AKTA perUNDANGan di PARLIMEN sampai DINIHARI menerusi MOMOKkan di MEDIA milik mereka.. ->KLIK<-

Namun, mereka LUPA untuk menguatkuasakannya seperti BIASA hingga PARTI dan Kerajaan diHINA pun mereka tak RASA mampu berbuat apa-apa pun!

Inilah KUALITI para PEMIMPIN UMNO.. Realitinya, apabila DS Najib dan TS Muhyiddin TURUN PADANG, barulah MUKA masing-masing nak MENEMPEL sama dan meNAMPAKkan KONONnya mereka itu meWAKILi akar-UMBI! Kalau TAK, jangan MIMPIlah nak tengok MUKA mereka nih.. SIKAP BURUK ini sentiasa WUJUD dalam mana-mana PARTI tetapi UMNOlah paling KETARA kerana WUJUDnya KASTA 'ATASan' yang memperLIHATkan SIKAP yang diNYATAkan ini.. Senang KATA, UMNO bukan lagi MILIK RAKYAT atau para PENYOKONG BAWAHan.. UMNO adalah KELAB EKSKLUSIF yang diDOMINASI oleh mereka ini..

Hari ini perJUANGan UMNO diHINA.. Hari ini Dataran MERDEKA yang SINONIM dengan SEJARAH UMNO diCEMARi.. Hari ini RAMAI generasi MUDA cuba diHASUT meLUPAkan SUMBANGAN UMNO kepada NEGARA.. Bagaimana pulak dengan RESPON di dalam UMNO? Ada ke para PEMIMPIN mereka RESPON?

- Ada TIMBALAN Menteri IPT yang MENYOKONG sama TINDAKan mengHINA UMNO dan Kerajaan oleh bebudak 'DROP' di Dataran MERDEKA KONONnya atas keBEBASan berSUARA..

- Ada PEMIMPIN UMNO yang meROSAKkan UMNO dari dalam dengan BUDAYA POLITIK WANG seperti 'BOSS' Pemuda UMNO.. Di samping itu RELA menjadi pengHANTAR PASSPORT kepada Penasihat PKR?

- Ada PEMIMPIN UMNO yang cuma MENGAUM bila ada PEMIMPIN yang menjadi LIABILITI kepada PARTI diSERANG tetapi mengunci MULUT bila PARTI dan perJUANGan mereka di dalam UMNO diHINA secara terBUKA..

Secara JUJURnya kita meNASIHATkan apa kata DS Najib dan YS Muhyiddin TUTUP aje UMNO? Ini kerana SENARIO pada PRU-12 tak banyak berUBAH dan akan berTERUSan selagi ada PEMIMPIN JIJIK sebegini dalam UMNO.. Betul tak?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS