DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, April 30, 2012

BARUA PKR dalam UMNO sudah berSUARA - UMNO akan MATI CELIK kerananya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terTANYA-TANYA apakah DS Najib benar-benar seorang PM dan seorang PRESIDEN UMNO yang berKUASA terhadap KABINET dan ahli-ahli PARTInya? Itu yang kita ingin TAHU.. Ini kerana sejak dari AWAL lagi kita mengeSYAKi bahawa BERSIH 3.0 ini adalah KOMPLOT untuk menJAHANAMkan segala macam usaha PEMULIHAN DS Najib sebelum ini.. Dengan KATA lain, ada PIHAK di kalangan ahli KABINET dan PARTInya sendiri yang berKOMPLOT, berSEKONGKOL, berCEMOLOT dan berKHALWAT dengan MUSUH untuk menSABOTAJnya.. BUKTInya ada pada KENYATAAN para PEMIMPIN UMNO/BN pasca BERSIH 3.0..

Kita SEMUA tahu DS Najib TIDAK memPUNYAi MASA lagi untuk mengHADAPi PRU-13.. Kita jugak tahu DS NAJIB bertungkus-lumus memulihkan keKUATan PARTI dan Kerajaan UMNO/BN bagi mengHADAPi PRU-13.. Namun demikian, terdapat beberapa perUBAHan DASAR Kerajaan UMNO/BN sejak akhir-akhir ini diMANFAATkan oleh MUSUHnya untuk meROSAKkan segala USAHAnya selama ini.. Sudah tentu ianya TIDAK akan berlaku jika tiada BANTUAN dari DALAM.. SOALAN yang perlu diTANYA ialah kenapakah Kerajaan UMNO/BN berLEMBUT dengan perTUBUHan HARAM BERSIH 3.0 ini walaupun jelas mereka MUSUHnya?

Kot mana sekalipun TIDAK ada RAKYAT yang PERCAYA bahawa BERSIH 3.0 ini IKHLAS dan TIDAK diPENGARUHi MUSUH UMNO/BN.. RAKYAT lagi CERDIK berbanding para PEMIMPIN UMNO/BN! Kita pun dah naik LETIH mengUNGKAPkan bahawa BERSIH 3.0 ini 100% usaha berLATAR-BELAKANGkan ZIONIS Neo-CON untuk TIDAK mengIKTIRAF KEPUTUSAN PRU-13 seterusnya meROBEK PERLEMBAGAAN NEGARA ini! Apakah DS Najib sendiri begitu SYOK menDENGARi HASUTan puak-puak berOTAK LIBERAL dalam UMNO/BN hingga meRASAkan bahawa dia dan PARTInya sudah cukup KUAT untuk mengHADAPi SEMUA ini?

Cuba DS Najib TELITI kata-kata Timbalan MENTERI IPT ini yang sejak dari AWAL lagi kita sudah SEBUT bahawa dia sebenarnya PETUALANG kepada UMNO! Berikut adalah kenyataannya yang mengULAS beberapa INSIDEN yang berlaku semasa RUSUHAN BERSIH 3.0.. ->KLIK<-

"That was top story for the mainstream newspapers. If that police car wasn’t overturned, there would be no story for the dailies. Bersih could have laid claim to a peaceful rally and that would have been a bigger issue for BN. But now Bersih has to answer to BN’s statement that the rally was far from peaceful"



Kenyataan ini memBUKTIkan dia PENYOKONG perTUBUHan HARAM BERSIH 3.0 dan KESAL dengan INSIDEN menterBALIKkan kereta POLIS kerana ianya mengGAGALkan terus BERSIH 3.0.. Mungkin dia mengHARAPkan POLIS yang berTINDAK AGRESIF supaya dapat diJADIkan MODAL oleh MUSUH DS Najib?Selain itu, terdapat juga ayat-ayat berikut dalam PORTAL berita INTERNET tadi.. Apa agaknya MUSLIHAT dia ini?

"He, however, cautioned the ruling government to handle the aftermath with 'care and finesse' which he said included refraining from labelling protesters as 'barbarians' and 'morons'. He also noted that the police had 'acted strangely' towards the media and in not allowing detainees access to their lawyers or speak to Bar Council representatives but didn’t elaborate further."

BAR Council? Apakah dia TIDAK sedar siapa yang meMULAkan terlebih dahulu keGANASan ini? Apakah dia mengHARAPkan BAR Council tampil memBELA dan meng'HERO'kan para PENJENAYAH ini selepas mereka memBELASAH POLIS dan ada yang nyaris terBUNUH? Apakah dia cuba memutar-belitkan keadaan KONONnya untuk menunjukkan POLIS yang KEJAM, bukannya BERSIH 3.0?

Mintak MAAFlah Timbalan MENTERI IPT, RAKYAT bukannya BODOH untuk MENELAN buta-buta perKATAan anda! RAMAI sudah menyedari bahawa walaupun DS Najib berSUNGGUH untuk memulihkan kePERCAYAan RAKYAT, masih ada BARUA PKR yang berSEMBUNYI dan menSABOTAJ segala USAHAnya itu dari dalam.. Anda berNASIB BAIK kerana 3 JUTA ahli UMNO masih BODOH dan masih BUTA untuk meLIHAT anda sebagai BARUA PKR yang akan meMUSNAHkan mereka dari dalam PARTI.. Kita pun tak tahu BERAPA lama lagi ahli UMNO akan jadik BODOH dan BERAPA RAMAI lagi BARUA macam anda!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS