DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, April 22, 2012

Selepas KUASA MENTERI diKURANGkan melalui PINDAan AKTA-AKTA, makin GALAK le mereka berSKANDAL sana-sini untuk mengisi MASA!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita INGATkan kita aje yang PERASAN pasal nih RUPA-RUPAnya ada jugak juruBLOG lain yang turut PERASAN.. Antaranya Abang DIN TURTLE.. ->KLIK<-

Ye betul.. Kita jugak terTANYA-TANYA apakah keWAJARan untuk mengHAPUSkan kuasa MENTERI di dalam beberapa AKTA yang diSEMAK semula baru-baru ini? Adakah dengan pengGUGURan kuasa MENTERI itu berMAKNA mereka yang mahukan AKTA-AKTA tersebut diKAJI semula berPUAS hati seterusnya mengakui keTELUSan Kerajaan UMNO/BN? Mungkin TIDAK..

Sebenar-benarnya, apa pulak TUGAS seorang MENTERI yang KeMENTERIannya menguatkuasakan AKTA-AKTA tersebut selepas ini? Goyang KAKI? Banyak MASA untuk berSKANDAL dengan PELACUR.... Oppss!! 'PELAKON' Kelas ATASan sampai berjaya diFITNAHkan oleh MAK LAMPIR MP Ampang? Banyak MASA untuk me 'MULTI-Level MARKETING'kan PROJEK-PROJEK Kerajaan kepada para KRONI BELAan masing-masing? Atau apa agaknya TUGAS para MENTERI tersebut selepas ini? MERAPU ke sana ke mari KONONnya kerajaan semakin terBUKA?

Pada kitalah, SEMAKan sedemikian RUPA hanya untuk memperLIHATkan KONONnya para MENTERI TIDAK berTANGGUNG-JAWAB ke atas penguatkuasaan AKTA tersebut sebaliknya para MENTERI ini menyerahkan tanggung-jawab tersebut kepada para AGENSI perLAKSANA masing-masing.. Adakah ini sesuatu yang BAIK? Kalau diIKUT kata-kata Timbalan Menteri KDN,

"Kerajaan amalkan dasar terbuka, liberal dan bertanggungjawab dalam menjamin kebebasan akhbar sebuah masyarakat majmuk bagi menuju ke arah laporan berita bercorak positif dan menjana minda masyarakat. Perkara sensitif seperti ini perlu ada had kebebasan. Akta ini juga bagi memelihara keselamatan, menjaga kepentingan awam dan negara juga bagi imbangi keperluan, keadaan semasa dan hak masyarakat," ->KLIK<-

Ooo... Kerajaan nak diLIHAT semakin LIBERAL rupanya.. Kenapa tak diTUKAR aje nama 'Pertubuhan KEBANGSAAN Melayu Bersatu' itu kepada 'Pertubuhan LIBERAL Melayu Bersatu' aje? Barulah BETUL kalau nak kata jadik LIBERAL!

Baik AKTA tersebut diPINDA, diSEMAK semula atau apa sekalipun, ianya TIDAK menCERMINkan apa-apa pun kalau GAGAL dikuatKUASAkan.. Kalau MENTERI yang sepatutnya bertanggung-jawab dok main 'PLAYSAFE' atau PENGECUT untuk berTINDAK bila AKTA tersebut diLANGGAR, ada ke MAKNA ianya diPINDA? Bagaimana pulak jika AGENSI pelanksana itu pulak menyalah-gunakan KUASA? Hari ini RAKYAT menyaksikan bagaimana segala UNDANG-UNDANG di dalam AKTA tersebut diLANGGAR dengan SERIUS.. Ianya diTUNJUKkan dalam SENARIO ini:-

1) DEMONSTRASI BERSIH 2.0 yang jelas meLANGGAR titah YDP AGONG yang meLARANG DEMONSTRASI tersebut di JALANan..

2) DEMONSTRASI bebudak 'DROP' IPT di Dataran MERDEKA yang jelas perHIMPUNan HARAM.. Siap diSOKONG pulak KONONnya atas nama keBEBASan berSUARA oleh Timbalan MENTERI IPT?

3) HASUTan dan FITNAH yang berleluasa di dalam MEDIA seperti Suara KeADILan, HARAKAH, Malaysiakini, FACEBOOK, TWITTER dan BLOG..

4) PengHINAan terhadap para SULTAN oleh para PEMIMPIN PR semasa upacara perTABALan YDP AGONG baru-baru ini..

Jadik, kalau MENTERI yang bertanggung-jawab pun macam PONDAN takde 'TELOQ' untuk berTINDAK, apakah JAMINAN bahawa mereka yang bukan MENTERI mampu berTINDAK dan menguat-kuasakan AKTA-AKTA ini demi menJAGA kePENTINGan AWAM dan Perlembagaan NEGARA? Pi mai pi mai tang tu, kong kali kong?

Sepatutnya MENTERI yang dipertanggung-jawabkan tu sekali turut 'diPINDA' bersama AKTA-AKTA tersebut.. Biar tinggal MENTERI yang benar-benar SERIUS dengan TUGASnya sahaja yang diPILIH dalam KABINET.. Mentang-mentang dia KETURUNAN 'Bangsawan UMNO', dia ingat JAWATAN semua tuh PUSAKA Tok NENEK dia GAMAKnya? Kalau MENTERI tersebut meRASAkan TUGASnya itu BERAT dan memBEBANkan walaupun ianya demi NEGARA, letak JAWATAN aje! Ramai lagi MENTERI atau INDVIDU yang bukan KETURUNAN 'Bangsawan UMNO' atau pun 'Bangsawan OXFORD' rela berKORBAN demi keSEJAHTERAan NEGARA..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS